Friday, 20 October 2017

25 Idea Untuk Ruang Melukis

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang....aku harap korang semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera serta gembira-gembira selalu. Hari nii aku nak story mory tentang hobi yang sangat aku gemari sejak zaman sekolah lagi iaitu melukis. Aku sangat suka melukis cuma bakat dalam melukis tuu kurang la sikit tetapi apabila melukis aku rasa hepi dan tenang.






Masa zaman sekolah dulu aku suka melukis lebih kepada potret...dan pernah cikgu aku mengajar melukis menggunakan arang. Sebenarnya impian aku ingin mempunyai sebuah studio yang kecil tempat untuk aku mencurahkan idea lukisan aku. Dan di entri nii ada 25 idea ruang yang aku suka untuk studio aku nanti...In sha Allah.



Aku juga teringin untuk mengikuti kelas belajar melukis cuma masa belum mengizinkan lagi.... Buat masa ini aku mempelajarinya sedikit demi sedikit daripada chanel youtube. Aku tidak kisah sangat untuk melukis apa sahaja bagi mengasah bakat melukis aku cuma aku kurang berminat sikit untuk melukis gambar binatang walau pun buat masa nii aku dah pernah melukis dua lukisan kucing sebab adik aku suka kucing. Minat aku lebih kepada melukis potret dan juga flora.


Sekarang ini aku berminat untuk mencuba pula melukis lukisan Madhubani...sebuah lukisan klasik India yang sangat berseni. Aku dah jatuh cinta dengan lukisan nii...mungkin dalam 2 atau 3 minggu lagi aku akan mula mencuba lukisan ini.


Pelukis kesukaan aku ialah Ismail Embong dan Emma Maembong kalau di Malaysia kerana lukisan mereka lebih bercirikan kebudayaan masyarakat Malaysia dan sangat berseni serta teliti.


Kalau pelukis luar negara aku meminati Frida Kahlo...pelukis lama yang telah pun meninggal dunia. Bagi aku Frida Kahlo ini mempunyai semangat yang sangat tinggi. Dan lukisannya lain daripada yang lain kerana dia banyak melukis potret diri dia sendiri dan juga pengalaman hidup dia. Lukisan yang paling banyak aku lukis buat masa nii ialah lukisan Frida kahlo...dah ada 5 kalau tak salah aku.


Selain itu aku juga meminati Leandro Lamas....(lukisannya lebih kepada kehidupan seharian seperti bercucuk tanam, berkelah, bersantai, majlis perkahwinan dan sebagainya). Lukisannya juga sangat comel... aku dah melukis 3 lukisan Leandro Lamas nii.


John Blake.....aku minat lukisan bunga dia dan aku dah pun melukis 4 lukisan bunga John Blake nii. Bagi aku sangat comel dan mudah untuk dilukis bagi seseorang yang ingin mula melukis seperti aku. Semalam aku baru lepas melukis lukisan gambar kambing biri-biri dengan bunga matahari oleh John Blake.


Romi Lerda.....Sekali korang tengok art painting dia.. korang mesti jatuh cinta punya. Sangat la cantik. Potret yang dia lukis macam bermakeup. Dia ada sebuah galeri untuk koleksi paintingnya ini. Lukisannya lebih kepada potret wanita.


Nii antara pelukis yang aku minati dan menjadi inspirasi buat diri aku. Melukis nii untuk mengisi masa lapang aku dan menghilangkan tekanan kerja. Selalunya aku mengambil masa 3 hingga 4 jam di hari cuti untuk melukis. Sekarang nii aku cuba untuk menggunakan warna arcylic... dan aku menyukai warnai nii sebab warnanya terang.


Oh yaa...lupa plak aku nak bagi tahu kat mana aku beli canvas untuk melukis nii. Aku membelinya di Spotlight MyTown Cheras bersebelahan dengan IKEA. Kat sini ada macam-macam peralatan painting dan juga craft yang korang boleh beli...tapi harganya mahal sedikit. Oleh itu korang kena beli waktu ada sales....memang Spotlight nii selalu buat sales.


Kalau korang nak beli canvas...pastikan korang nak guna warna jenis apa...arcylic atau watercolor sebab canvas nii ada beberapa jenis dan saiz. Bila time sales memang sangat-sangat berbaloi korang beli... Pada hari Krismas tempohari Spotlight ada buat sales 50% untuk semua canvas.. aku bagai nak giler dibuatnya. Pagi tuu jugak aku terus gi beli... habis dalam RM 150... kalau tak terbang gak RM 300.....



Spotlight nii ada buat kad ahli...kalau korang jadi ahli lagi untung dan dapat harga murah...memang berbaloi sesangat. Setiap kali ada sales dia akan maklumkan melalui email...so korang takkan terlepas punya. Oh ya...Spotlight juga ada jual secara online.


Kat Spotlight nii bukan hanya jual peralatan seni tapi macam-macam ada...kiranya peralatan hiasan rumah...decor-decor. Untuk buat birthday party pun ada.


Buat masa nii aku dah ada 17 koleksi art.... dan tahun hadapan aku nak tambahkan menjadi 30 koleksi. Bila aku dah duduk kat rumah sendiri nanti senang la sedikit untuk aku melukis dan membina studio aku sendiri...rasa tak sabar pun ada. Semoga impian aku menjadi kenyataan.


Aku nak hias studio aku nanti dengan warna-warna yang ceria...supaya aku sentiasa ceria..haaahaaahaaa. Dan juga dengan pokok hiasan yang comey-comey dan mengadap tingkap supaya aku dapat lihat pemandangan luar yang menghijau....


Bagi korang yang minat melukis macam aku dan ingin ada studio sendiri... mungkin boleh dapatkan idea untuk ruang studio korang kat entri aku nii. Semoga ia juga memberi inspirasi buat korang semua.



Lukisan aku nii sangat bermakna buat diri aku...boleh dikatakan macam evergreen laa. Walau pun ada yang berminat untuk membelinya tetapi aku mohon maaf kerana buat masa ini aku tidak menjualnya. Ianya tak layak untuk dijual....masih banyak cacat celanya dan aku dalam proses pembelajaran.


Apa pun terima kasih kepada yang sudi nak membeli lukisan aku tuu... Bagi korang yang ingin mula melukis...aku cadangkan mula secara perlahan-lahan dan dalam keadaan korang bersedia. Bila korang bersedia...lukisan korang akan lebih cantik dan juga kemas.


Korang boleh belajar melukis daripada youtube sekiranya korang tak nak pergi ke kelas. Di sini aku sediakan jugak nama-nama pelukis yang aku suka untuk rujukan korang antaranya...Nena Sanchez, Lindy Longhurst, Heather Galler, Karla Gerard, Milovan Lazarevic, Pam Hobbs, Heather Brown dan Carlos Rivero.


Hobi melukis ini jugak boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan kalau korang rajin dan minat. Kalau dulu-dulu memang masyarakat pandang rendah kepada pelukis kerana tidak boleh cari makan tetapi kini menjadi pelukis boleh kaya dengan menjual hasil lukisan tersebut seperti adik Wan Jamila...walau pun kekurang pada diri tapi hebat dalam bidang seni.


Lukisan berjudul EOC Series yang menggunakan medium akrilik dihasilkan oleh Awang Damit pada 1988 mencatat lelongan tertinggi pada harga RM110,000. Karya Khalil berjudul 'Untitled' dihasilkan pada 1987 dibida pada RM100,000. Hebat kan!!

"Dua lukisan masing-masing karya Awang Damit Ahmad dan Khalil Ibrahim mencatat lelongan tertinggi mencecah RM100,000."


Di universiti pun banyak disediakan bidang art nii. Aku sangat kagum dengan orang yang mempunyai bakat semula jadi dan terror melukis nii...Memang aku jelos tau...


Lukisan-lukisan tertua berada di Chauvet Grotte di Perancis, diklaim oleh beberapa sejarawan dari sekitar 32.000 tahun yang lalu. Lukisan itu diukir dan dicat menggunakan oker merah dan pigmen hitam dan menampakan kuda, badak, singa, kerbau, raksasa, desain abstrak dan sejenis sosok manusia mungkin parsial.


Namun bukti paling awal penciptaan lukisan telah ditemukan di dua tempat perkampungan batu di Arnhem Land, di Australia utara. Pada lapisan terendah material pada situs ini tidak digunakan potongan oker diperkirakan 60,000 tahun.


Para arkeologi juga menemukan sebuah fragmen dari lukisan batu diawetkan dalam batu kapur batu-tempat penampungan di wilayah Kimberley Utara-Australia Barat, iaitu pada 40 000 tahun . Ada contoh lukisan gua di seluruh dunia-di India , Perancis, Sepanyol, Portugal, Cina, Australia dan lain-lain.

Sekian.
**jangan lupa yea follow blog aku

No comments:

Post a comment