Monday, 11 September 2017

Keretapi Negeri Muar (Muar State Railway) Kini Hanya Tinggal Sejarah...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....... 



Hai korang....Semoga semuanya sihat-sihat yea dengan keadaan cuaca yang tidak menentu nii. Hari nii aku nak cerita tentang sebuah tinggalan sejarah yang masih ada kat Muar kerana kebetulan aku baru jer balik dari sana. Ini adalah merupakan kali pertama aku sampai kat Muar...memang teruja habis sebab ramai yang kata...Mee Bandung yang paling sedap adalah kat Muar ni. Dulu aku adalah peminat setia mee bandung.


Ok lah lain kali jer laa aku cerita kat korang pasal mee bandung sebab hari nii aku nak cerita tentang sejarah yang ada kat Muar nii...jommmm...




 
Sekitar abad ke-19, sebagai jajahan terbesar dan terpenting, Muar merupakan daerah pertama yang dimajukan di negeri Johor. Aktiviti ekonomi utama penduduknya adalah mengusahakan tanaman gambir, kelapa dan pinang yang bertumpu di kawasan dulunya dikenali sebagai Padang dan berpusat di Parit Jawa.


Kesukaran untuk membawa keluar ke Bandar Muar pada waktu itu menjadi satu cabaran besar dan sedikit sebanyak melambatkan perkembangan aktiviti ekonomi yang menjadi sumber utama pendapatan penduduk di kawasan ini. Keadaan laluan darat yang begitu buruk dan ancaman lanun di sekitar perairan Selat Melaka jika hasil komoditi ini dibawa melalui laut menyebabkan satu inisiatif baru diperkenalkan.





Pada 13 November 1887, Kerajaan Johor cuba menyelesaikan masalah ini. Satu rundingan diadakan diantara Residen Ungku Sulaiman dengan Dato' Bentara Luar Mohd Salleh Perang yang pada masa itu berjawatan sebagai ketua Jabatan Tanah dan Hal Ehwal Pertanian Daerah Muar.



Dalam rundingan ini satu persetujuan telah dicapai dimana pembinaan keretapi akan dimulakan pada awal tahun 1889 dengan tujuan memberi kemudahan kepada penduduk di Selatan Bandar Muar dan memudahkan kepada para pelajar sekolah berulang-alik ke sekolah Inggeris di bandar Muar secara percuma.





Pekerja yang terlibat dalam pembinaan jalan keretapi ini kebanyakannya terdiri dari orang Jawa yang berhijrah beramai-ramai ke Tanah Melayu. Ini adalah kerana orang Jawa ini tidak mempunyai sebarang kerja tetap semasa berada di sini dan hasil tenaga mereka juga murah.



Dalam tahun 1889 kerja pembinaan jalan keretapi Muar dari bandar Maharani telah dimulakan tetapi sehingga Julai kerajaan tidak berpuashati dengan kerja-kerja pembinaan yang dikontrakkan kepada Pemborong Ernest Garland menyebabkan kerja borongan itu terpaksa dihentikan. Tahun 1889 hingga 1890 merupakan fasa bagi pembinaan jalan keretapi dan pemasangan rel dan enjin keretapi yang didatangkan dari Eropah (England).



Keretapi ringan Muar mula mengadakan perkhidmatannya dari Jalan Sulaiman Bandar Maharani ke Parit Jawa mulai tahun 1890. Dari tahun itu hingga 1915 terdapat tiga enjin lokomotif yang kekuatannya 10 kuasa kuda dengan pelepasan kuasa ‘steam’ nya 160lbs dan kemudian diturunkan kepada 80lbs sahaja. Menjelang bulan Ogos 1915 ketiga-tiga enjin lokomotif  itu disifatkan sudah uzur dan terpaksa dibaiki dan dijaga. Dalam tahun 1912, keretapi Muar telah menerima satu lagi enjin baru buatan Hunslet Engine Works Limited London.




Rekabentuk keretapi ini adalah seperti kebanyakan keretapi yang terdapat pada masa itu. Hanya terdapat sedikit perbezaan. Enjinnya menggunakan kayu arang dan tempat duduknya pula disusun berhadap-hadapan. Terdapat 8 buah gerabak. Lima daripadanya untuk penumpang dan tiga gerabak di belakang untuk pengangkutan barang. Bahagian penumpang terdapat kelas pertama, ke dua dan ke tiga yang sentiasa penuh dan sesak. 


Setiap penumpang dikenakan bayaran sebanyak lima sen sebatu.



Keretapi ini mula mengadakan perkhidmatannya dari Jalan Sulaiman di Bandar Muar ke Parit Jawa pada tahun 1890. Pada tahun 1894 jalan keretapi ini disambungkan sejauh 3 batu lagi hingga ke Sungai Pulai. Keretapi ini menjalankan perkhidmatannya sebanyak lima kali dalam sehari.




Terdapat lima buah stesyen tetap dan lapan buah stesyen sementara di sepanjang perjalanan ini.


Stesyen Tetap


  1. Bandar Maharani
  2. Parit Bakar
  3. Parit Jawa
  4. Parit Pecah
  5. Sungai Pulai


Stesyen Sementara


  1. Parit Peropok
  2. Parit Keroma
  3. Parit Raja
  4. Parit Unas
  5. Parit Samsu
  6. Parit Jamil
  7. Parit Bulat
  8. Parit Sri Menanti


Landasan Keretapi Muar melalui Parit Samsu. Kelihatan DYM Almarhun Sultan Ibrahim (Sultan Johor) memburu harimau di Kg. Parit Samsu pada tahun 1915.


 


Perkhidmatan ini pada awalnya sangat menguntungkan. Terdapat beberapa faktor penting yang memajukannya umpamanya terdapat dua trem perkhidmatan dan kerana terhentinya jalan laut. Pada tahun 1915 pendapatan keretapi Muar ini mencapai sejumlah RM 86,701.92 berbanding dengan anggaran perbelanjaan sejumlah RM 63,216.77.





Memandangkan kepada kemajuan ini DYM Sultan Johor bercadang untuk menyambung lagi sehingga ke Sungai Batu Pahat. Namun rancangan ini gagal kerana beberapa faktor kewangan dan faktor alam. Contohnya rel-rel yang terletak di kawasan tanah lembut (gambut) proses penambakan terpaksa dijalankan setiap kali trem melaluinya. Ini adalah merugikan.




Keuntungan dari perkhidmatan ini mulai merosot disebabkan kelemahan enjin dan juga proses membaikpulih stesen dan rel-rel yang menelan belanja yang besar.


Pembukaan jalan raya "Jalan Abd. Rahman" yang menghubungkan Bandar Maharani Muar dengan Parit Jawa pada tahun 1918 telah menghentikan terus perkhidmatan keretapi ini pada 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Lokomotif MSR yang dipamerkan di Taman Tanjung Emas adalah satu-satunya tinggalan warisan yang membuktikan kewujudan MSR di masa silam. Dipercayai juga lokomotif tersebut adalah yang tertua di negara ini yang masih berkeadaan baik memandangkan lokomotif wap yang dipamerkan di Muzium Negara Kuala Lumpur adalah dari model yang lebih baru.

Kalau korang datang ke Muar nii jangan lupa untuk melihat lokomotif nii...selain mencuba makanan yang femes kat sana korang juga boleh mengenai Bandar Muar yang sangat menarik ini...

Sekian.

**jangan lupa tau follow blog aku nii

Monday, 4 September 2017

Kemeriahan "Family Fun Day...." Pecah Perut Dibuatnyer...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang apa khabar semuanya.... Sori yea sebab entri aku sekejap ada sekejap tiada..macam chipmore la pulak!! Kebelakangan ini aku kerap mengalami masalah kesihatan tapi tidaklah serius dan mungkin disebabkan faktor cuaca dan mungkin jugak sebab aku kurang rehat.

Ahli yang hadir untuk Family Fun Day

Oklah berbalik kepada entri yang aku nak story nii.... memandangkan kita baru sahaja selesai cuti panjang...Cuti Hari Merdeka ke 60 dan cuti Hari Raya Korban... 5 hari kita bercuti kan! kan! bagi yang memang dapat cuti laa...bagi yang bekerja tuu...selamat menjalankan tugas dengan penuh kesabaran la yea...

Photo Props
Sebenarnya dah lama aku plan nak buat Famili Fun Day untuk rumah mak mertua aku nii....akhirnya tercapai jugaklah walaupun separuh jer yang hadir kerana separuh lagi tak dapat nak balik. Tujuan atau objektif utamanya ialah untuk mengeratkan ikatan siratulrahim antara keluarga dengan cara yang fun dan hepi. Selain itu untuk merakamkan gambar kenangan sementara kedua ibubapa masih lagi ada.

Games - maze

Tarikh yang dirancang adalah pada 1 September 2017 (Jumaat - Hari Raya Korban). Masanya dari 6 petang hingga 8 malam. Hanya dapat dilakukan dalam masa 2 jam sebab masing-masing kepenatan baru balik dari kerja. Hubby aku pun tak dapat join sebab balik kul 930 malam. Tapi untuk 1st Family Fun Day nii pun dah bergegar dan kecoh satu rumah dibuatnya. Lagi pun ini percubaan pertama... InshaAllah lain kali mungkin lebih ramai lagi yang dapat join.

Games - puzzle

Lebih kurang jam 10 pagi...aku memulakan aktiviti games dengan anak-anak buah aku...antaranya puzzle dan maze. Rata-rata kanak-kanak sekarang hanya mengenali games daripada gajet jer. Aku lihat anak-anak buah aku seronok dengan games ini cuma agak sukar mereka untuk menguasainya kerana mereka baru pertama kali melakukan permainan ini. Yang bestnyer...neneknya pun turut membantu mereka untuk permainan ini.

Nenek pun turut membantu cucu-cucu untuk games puzzle

Jam 3 petang...aku memulakan decor mendecor ruang serambi untuk dijadikan ruang bagi photo booth. Belon digantung untuk menceriakan lagi ruang ini. Anak-anak buah aku pun sibuk membantu. Photo booth yang aku sediakan simple jer sebab aku tak sempat untuk cari bahan-bahan d├ęcor. Apa pun still nampak ceria kan!!

Photo Booth - simple jer
Selesai jer untuk hiasan photo booth dan photo props...aku mengadakan aktiviti color sand dengan anak-anak buah aku. Mereka nii memang tak sabar nak buat. Games yang aku buat adalah untuk mengasah minda mereka supaya jadi kreatif selain keseronokan bermain beramai-ramai.

Games - color sand
Acara  sebenar kami bermula jam 6 petang dengan sesi bergambar... Yea laa...Kalau makan dulu... hilang laa make up dan lipstick kan!! kan!! kan!! hik...hikk...hikk. Lagi pun cuaca masih lagi terang dan gambar mesti akan nampak lebih menarik....kononnya laaa. Tapi disebabkan family hubby aku sangat giler-giler dan sporting...aku tak boleh  nak tahan ketawa (aku memang suka ketawa sebab tuu awet muda...haaahaaahaaa)

Muaz dengan puzzlenya yang dah siap dicantum
So...korang nak tahu apa yang jadi... kebanyakkan gambar yang aku ambik jadi goyang dan blur...tak banyak gambar yang cantik dapat aku snap. Tragis sungguh!! Tapi tak per...yang penting hepi dan lain kali boleh buat yang lebih baik.

Anak-anak buah turut membantu untuk mendecor ruang serambi
Kemudian kami mulakan acara makan-makan. Selesai acara makan-makan...kami mengadakan undian bagi pakaian beragam. Pakaian beragam ini diuruskan oleh 'pakcik' Hasan yang sememangnya kreatif. Walaupun tiada dalam perancangan asal tapi acara ini menambahkan lagi kemeriahan Family Fun Day ini. Nasib baik hadiah cabutan bertuah ada banyak yang lebih...maka bolehlah disediakan untuk hadiah pakaian beragam juga. Undian dibuat berdasarkan kepada pemilihan majoriti.

Hadiah untuk cabutan bertuah
Acara yang paling dinanti-nantikan....cabutan bertuah laa. Yang pastinya semua akan dapat hadiah untuk cabutan ini. Alhamdulillah aku dapat sediakan hadiah untuk acara ini....walau pun tak la hebat sangat tapi memuaskan hati dengan budget yang termampu. Aku melantik Abang Long bagi mengacarakan No Cabutan Bertuah nii...

Color sand yang dah siap diwarnakan
Terima kasih banyak-banyak kepada 2 orang kawan aku iaitu Juana Saerah dan Sabarina Saad yang membantu bagi menjayakan aktiviti ini. Terima kasih kengkawan....Sayang korang tau!! Korang memang BEST!!

Muaz menyertai pertandingan pakaian beragam
Selain itu...tak lupa juga diadakan acara sambutan Hari Lahir untuk ahli keluarga yang lahir dalam bulan Ogos hingga Oktober. Yang paling hampir adalah hari Lahir aku sendiri....yahoooo.... kek ditaja oleh Ashwad dari Secret Recipe. Sedap giler weii...yea laa kek mahal...memang la sodap...chocolate and cheese kalau tak salah aku tapi tak pasti pulak namanya.

Makanan dan kudapan ringkas yang disediakan
Acara yang terakhir adalah games family untuk golongan dewasa yang diacarakan oleh shafiq dan dibahagi kepada dua kumpulan. Semua rasa macam suspen jerr pada mulanya tapi excited untuk sertai permainan nii.

3 orang peserta yang menyertai pertandingan pakaian beragam
Ketua kumpulan kena buat isyarat tangan supaya ahli kumpulan dapat meneka perkataan tersebut...yang berkaitan dengan tajuk filem-filem lama (filem P.Ramlee dan Saloma) dan juga lagu-lagu lama serta lagu-lagu raya. Aku rasa acara nii yang paling kecoh sekali dalam banyak-banyak acara yang dibuat. Semua bagi komitmen yang tinggi termasuklah ibu mertua aku.

Abang Long sedang mengacarakan cabutan bertuah
Aku harap acara sebegini dapat dilakukan lagi dilain kali sebagai gathering keluarga. Tidak bermaksudkan apa-apa tetapi hanyalah untuk suka-suka dan berseronok serta usik-mengusik. Selalunya bila orang tua masih ada...memang ramai yang datang berkumpul tapi bila orang tua dah tiada...masing-masing dah mula buat hal sendiri.

'Pakcik' memenangi hadiah cabutan bertuah
Duit memang boleh menggembirakan tapi duit tidak boleh membeli kebahagiaan. Kebahagiaan keluarga membawa hingga ke Syurga. Keceriaan akan kekal terpahat di hati selamanya. Kenang yang indah-indah jer.

Melayan permintaan anak-anak buah bergaya dengan photo props
Kebahagian bermula dari diri sendiri....Hargai Kehidupan...Sayangi Keluarga... Cintai Diri Sendiri dan selalulah bersyukur diatas nikmat yang diberikan. Amin...
 
Sekian.