Wednesday, 2 August 2017

Mengait Merupakan Hobi Yang Mengajar Erti Kesabaran

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang bertemu lagi kita dengan tajuk entri mengait. Kali nii aku nak kongsi set chairback yang aku buat untuk adik ipar aku di Melaka. Dia minta untuk buat chairback dengan tema warna putih.

Set chairback yang dah siap
Ketika aku pergi membeli benang mengait nii...tauke Cina tuu pun heran dan bertanya kenapa aku beli benang warna putih nii. Aku rasa mungkin tak ramai yang beli benang warna putih nii kat kedainya kot. Bagi aku putih nii klasik sebab zaman dulu-dulu memang ramai makcik-makcik...nenek-nenek....yang menggunakan benang kait warna putih nii.... untuk dijadikan alas meja dan chairback.


Apabila aku memulakan kaitan...aku tengok macam tak berseri laa sangat set chairback nii sekiranya aku gunakan benang berwarna putih semuanya. Lalu aku pun menggabungkan ianya dengan warna kuning...kebetulan pulak memang aku ada beli benang tone 3 warna untuk diri aku (cadang nak buat chairback rumah aku).


Aku rasa warna nii sangat sesuai kerana rumah mak mertua aku jenis rumah tradisional Melaka yang menggunakan warna kuning dan biru untuk dinding rumah. Kerusinya pulak kerusi kayu dengan sarung kusyen berwarna kuning keemasan. Memang sesuai laa sangat pada pemikiran dan mata kasar aku nii.


Dengan tekunnya aku cuba untuk menyiapkan set chairback nii sebab aku target nak bagi adik ipar aku pakai menjelang Raya Haji nanti. Seminggu aku dapat siapkan 1 chairback. Nasib baik kerusinya hanya ada 4 jer...jadi hanya 4 chairback jer yang aku perlu kait untuk kerusi kayu di ruang tamu rumah atas.... iaitu memakan masa selama sebulan untuk menyiapkannya.


Set chairback nii menggunakan 3 pack benang putih dengan kod no 20 jenama Nona. Satu pack ada 5 buku benang dengan harga RM 10.00. Untuk benang tone tiga warna pula  dengan kod 119 jenama Wina memerlukan 1 buku benang  jer dengan harga RM 5.00 satu. Benang yang mudah diperolehi di Malaysia hingga ke ceruk kampung ialah Jenama Wina dan Nona. Jenama Wina yang bestnya ada tone warna (1 benang 3 warna). Aku dah pakai kedua-dua jenama benang nii dan aku paling suka sekarang nii jenama Nona sebab lebih lembut dan sekata.


Sebenarnya hobi mengait nii banyak mengajar erti kesabaran kerana korang kena tekun mengadapnya...kiraan kena betul. Selain itu korang juga kena pandai membaca corak diagram. Untuk yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia mengait nii....korang kena belajar dulu buat tali air yang merupakan asas utama kepada mengait. Kalau korang gagal buat tali air...memang susah laa korang nak buat yang lain-lainnya.


Selepas itu korang boleh laa mencuba corak granny...iaitu corak yang macam dam tuu. Bila dah terror barulah korang boleh cuba corak-corak yang lain. Aku cadangkan korang cari corak/diagram yang korang minat dan color benang yang korang suka. Dan korang kena tahu jugak korang kait tuu untuk apa? Korang nak buat alas meja ke...chairback...alas kabinet...dan sebagainya. Dan untuk permulaan korang jangan ada target bila nak siapkan! Yang penting korang dapatkan dulu 'rentak' mengait nii...


Selain itu tangan korang jugak kena lembut untuk melenturkan dan mencangkukkan benang nii. Kalau korang guna benang halus...lagiii laa memerlukan kesabaran yang tinggi. Mata jugak perlu tajam untuk memasukkan jarum ke setiap kaitan. Apabila berlaku kesilapan dalam pengiraan...korang kena buka semula kaitan tersebut supaya tidak nampak cacat. Aku pernah try and error hingga 20 kali sebab dah terlupa pengiraan corak tersebut. Tapi bila dah dapat...memang laju laa sikit kaitan tuu dan rasa seronok.


Untuk korang yang ingin cuba mengait pattern nii...aku ada sediakan diagram kat atas nii. Sebenarnya tak susah pun patternnya walaupun nampak awalnya susah. Aku harap korang bolehlah mencuba. Yang penting minat dan kesabaran kena ada....InshaAllah boleh berjaya. Selamat Mencuba....

Sekian.

3 comments:

  1. saya nak tempah alas kerusi.blh x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf yea buat masa nii saya tak ambik tempahan kerana faktor kerja saya yang tak menentu menyebabkan masa free saya agak terhad. Kadang-kadang mengambil masa setahun untuk menyiapkannya.

      Delete