Wednesday, 30 August 2017

Sihat Dan Enjoy Dengan Mai Kayuh Warisan 2017 Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 60

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua apa khabar hari nii. Aku doakan semoga semuanya sihat dan ceria selalu yea.. Hari ni aku nak story tentang sebuah program yang aku rasa sangat menarik untuk dilakukan....tengok tajuk pun korang dah tahu kan!! Nii bukan sebarangan kayuhan tau...Aktiviti berkayuh basikal nii dah mula menjadi semakin femes sejak 5 tahun kebelakangan nii. Aku sendiri pun mula berminat nak beli basikal...haaahaaahaaa...selama nii tak perduli pun!


Pendaftaran dan pembahagian kumpulan kepada peserta

Kalau aku dok kat area Taiping...memang dah lama rasanya aku beli basikal sebab boleh kayuh di kawasan Tasik Taiping yang sangat mendamaikan tuu dengan redupan pokok hujan-hujan.


Peralatan untuk aktiviti di Check Point 1....kawasan parkir Zoo Taiping


Program Mai Kayuh Warisan 2017 ini dibuat di sekitar kawasan pekan Taiping dan Taman Tasik Taiping pada 26 Ogos yang lalu bersempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 60.


Peserta dengan tekunnya menyiapkan Jalur Gemilang


Ramai jugak yang berminat untuk turut serta tetapi kami hadkan untuk 60 orang sahaja. Penyertaan pada mulanya memerlukan bayaran sebanyak RM 40 seorang dengan diberi goodies dan juga T-shirt serta medal....tetapi akhirnya diberikan percuma kerana dapat tajaan.


Jalur Gemilang yang sudah siap dijahit oleh salah satu daripada 6 kumpulan

Pesertanya pulak kebanyakkannya terdiri daripada yang agak dah berusia tetapi mempunyai minat yang tinggi. Sebenarnya rata-rata peserta tidak mengetahui bahawa mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti di setiap check point yang diorang kena singgah nanti. Markah pula diberi berdasarkan aktiviti dan bukannya siapa sampai dulu di garisan penamat.
 

Peserta sangat teruja untuk mencuba aktiviti bermain Bowling Kelapa

Ada 4 checkpoint yang telah disediakan. Semasa pendaftaran...peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 10 orang. Di check point pertama iaitu kawasan parkir Zoo Taiping... mereka perlu menjahit bendera Malaysia Jalur Gemilang dengan kain dan peralatan yang disediakan dan juga menjawab beberapa soalan kuiz...setelah siap bendera dijahit, mereka perlu menyanyikan lagu patriotik secara berkumpulan sambil rakaman video dibuat. Masa yang diberikan untuk aktiviti ini adalah 40 minit.

Peserta sedang mencuba bermain sepak raga dalam bulatan dengan berkain pelikat
 


Di check point ke 2 iaitu di Muzium Perak...peserta dikehendaki membuat labu sayung menggunakan tanah liat/doh yang disediakan. Mereka juga dikehendaki meneka berat kuih bahulu dan meneka jumlah bunga lawang serta bunga cengkih. Selain itu...mereka juga perlu menjawab soalan kuiz berkaitan bahan pameran yang ada di Muzium Taiping.

 
Peserta lelaki juga tak kurang hebatnya untuk cuba menjahit Jalur Gemilang

Di check point 3 pula iaitu di Galeri Majlis Perbandaran Taiping (Galeria Pertama)... peserta perlu bermain permainan tradisional dan juga menjawab soalan kuiz. Bowling kelapa merupakan antara aktiviti/permainan yang tidak sabar untuk dilakukan oleh peserta. Balingan hanya diberikan sebanyak 3 kali sahaja dan markah dibagi berdasarkan jumlah pin yang dapat dijatuhkan.

 
Salah satu kumpulan bersiap sedia untuk menyanyikan lagu patriotik
 
 
 
Kemudian peserta juga dikehendaki untuk bermain sepak raga dalam bulatan dengan memakai kain pelikat...memang kecoh dibuatnyer...

Merakam gambar kenangan setelah siap menjahit Jalur Gemilang

Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang sangat sabar untuk melakukan aktiviti sebegini. Aku tengok ramai yang enjoy dengan aktiviti ini semua walau pun penat. Jam 3 petang pemenang diumumkan iaitu jatuh kepada kumpulan Pink. Tahniah yea...
 
Berposing sakan dengan Jalur Gemilang yang telah siap dijahit



Semoga aktiviti sebegini menarik lebih ramai peserta dan dapat dianjurkan setiap tahun sebagai aktiviti sihat keluarga... Aku sendiri pun teruja rasa nak join. Selain mendapat sahabat baru...dapat juga menimba ilmu dalam bidang warisan terutama warisan Negeri Perak......Syabas dan Cayok!!


Sekian.

Saturday, 19 August 2017

Jalan-jalan Cari Makan Ke Mee Udang Port Weld Salleh Stall Since 1956

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai korang...hari ni entri aku berkaitan tentang makanan yang sangat femes kat Perak terutama di Kuala Sepetang iaitu mee udang....Kalau korang ke Kuala Sepetang jangan lupa laa untuk mencuba mee udang kat sini yang gerainya bertaburan sepanjang jalan dan salah satu yang femes di kunjungi adalah Gerai Salleh.


Mee Udang saiz kecil RM 8.00


Aku dah pergi kat gerai ini 3 kali dan dibawa oleh kawan-kawan aku. Ramai yang kata sedap tapi kurang kena dengan selera aku...bagi aku ok jer. Aku ikut pun sebab kengkawan ajak. Sebenarnya aku lebih meminati mee udang Penang.

Papantanda yang terletak dihadapan gerai mee udang ini

Gerai Salleh ini sudah lama beroperasi sejak tahun 1956 lagi. 

Yang paling aku tabik spring kedai nii ialah servicenya memang cepat. Gerai ni terletak betul-betul kat pekan kecil Kuala Sepetang berhampiran dengan pelabuhan nelayan atau jeti.

Keadaan gerai Mee Udang Salleh...simple jer macam gerai kampung

Gerainya mudah jer korang nak cari sebab terletak di tepi jalan. Tak susah nak cari sebab ada papan tanda besar kat depan gerai nii. Rekabentuk gerainya pun simple jer menggunakan atap zing....agak panas sikit laa kalau korang pergi waktu tengahari rembang tuu. Yang bagusnya gerai nii berkonsep terbuka dan ala-ala kampung gitu....santai.

Aku dan kengkawan tak melepaskan peluang untuk merasa keenakkan mee udang Salleh ini
Harga bagi sepinggan mee udang yang paling murah ialah RM 8 untuk udang saiz kecil tapi bagi aku......saiznya agak besar la jugak (memuaskan hati). Untuk saiz sederhana RM 15 dan saiz besar RM 18. Ikut laa pada selera dan kemampuan poket korang.

Tinggal kepala udang jerrr...hikkk hikk hikk

Pada mulanya kami hanya nak tapau untuk dibawa pulang ke KL tapi akhirnya tergoda dan terus duduk makan kat situ...tapi tapau still ada jugak...haahaahaa...macam tamak la pulak!! Bukan apa.... sebab dah lama tak makan mee udang nii. Nak dapat datang pun bukannya senang.

Dah habisssss masuk dalam perut

Rata-rata kengkawan aku cakap Mee Udang Salleh nii lagi sedap rasanya daripada Mee Udang Mak Jah. Bagi aku ikut selera masing-masing...kat mana pun kita pergi mesti cuba. Ramai yang datang pun sebab nak cuba rasa keenakkannya sebab dah jadi Food Trail Taiping. Gerai ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 7 pagi hingga 7 petang. Bisnes ini diperturunkan dari generasi ke generasi sehingga ke hari ini.


Sekian.

Wednesday, 2 August 2017

Mengait Merupakan Hobi Yang Mengajar Erti Kesabaran

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang bertemu lagi kita dengan tajuk entri mengait. Kali nii aku nak kongsi set chairback yang aku buat untuk adik ipar aku di Melaka. Dia minta untuk buat chairback dengan tema warna putih.

Set chairback yang dah siap
Ketika aku pergi membeli benang mengait nii...tauke Cina tuu pun heran dan bertanya kenapa aku beli benang warna putih nii. Aku rasa mungkin tak ramai yang beli benang warna putih nii kat kedainya kot. Bagi aku putih nii klasik sebab zaman dulu-dulu memang ramai makcik-makcik...nenek-nenek....yang menggunakan benang kait warna putih nii.... untuk dijadikan alas meja dan chairback.


Apabila aku memulakan kaitan...aku tengok macam tak berseri laa sangat set chairback nii sekiranya aku gunakan benang berwarna putih semuanya. Lalu aku pun menggabungkan ianya dengan warna kuning...kebetulan pulak memang aku ada beli benang tone 3 warna untuk diri aku (cadang nak buat chairback rumah aku).


Aku rasa warna nii sangat sesuai kerana rumah mak mertua aku jenis rumah tradisional Melaka yang menggunakan warna kuning dan biru untuk dinding rumah. Kerusinya pulak kerusi kayu dengan sarung kusyen berwarna kuning keemasan. Memang sesuai laa sangat pada pemikiran dan mata kasar aku nii.


Dengan tekunnya aku cuba untuk menyiapkan set chairback nii sebab aku target nak bagi adik ipar aku pakai menjelang Raya Haji nanti. Seminggu aku dapat siapkan 1 chairback. Nasib baik kerusinya hanya ada 4 jer...jadi hanya 4 chairback jer yang aku perlu kait untuk kerusi kayu di ruang tamu rumah atas.... iaitu memakan masa selama sebulan untuk menyiapkannya.


Set chairback nii menggunakan 3 pack benang putih dengan kod no 20 jenama Nona. Satu pack ada 5 buku benang dengan harga RM 10.00. Untuk benang tone tiga warna pula  dengan kod 119 jenama Wina memerlukan 1 buku benang  jer dengan harga RM 5.00 satu. Benang yang mudah diperolehi di Malaysia hingga ke ceruk kampung ialah Jenama Wina dan Nona. Jenama Wina yang bestnya ada tone warna (1 benang 3 warna). Aku dah pakai kedua-dua jenama benang nii dan aku paling suka sekarang nii jenama Nona sebab lebih lembut dan sekata.


Sebenarnya hobi mengait nii banyak mengajar erti kesabaran kerana korang kena tekun mengadapnya...kiraan kena betul. Selain itu korang juga kena pandai membaca corak diagram. Untuk yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia mengait nii....korang kena belajar dulu buat tali air yang merupakan asas utama kepada mengait. Kalau korang gagal buat tali air...memang susah laa korang nak buat yang lain-lainnya.


Selepas itu korang boleh laa mencuba corak granny...iaitu corak yang macam dam tuu. Bila dah terror barulah korang boleh cuba corak-corak yang lain. Aku cadangkan korang cari corak/diagram yang korang minat dan color benang yang korang suka. Dan korang kena tahu jugak korang kait tuu untuk apa? Korang nak buat alas meja ke...chairback...alas kabinet...dan sebagainya. Dan untuk permulaan korang jangan ada target bila nak siapkan! Yang penting korang dapatkan dulu 'rentak' mengait nii...


Selain itu tangan korang jugak kena lembut untuk melenturkan dan mencangkukkan benang nii. Kalau korang guna benang halus...lagiii laa memerlukan kesabaran yang tinggi. Mata jugak perlu tajam untuk memasukkan jarum ke setiap kaitan. Apabila berlaku kesilapan dalam pengiraan...korang kena buka semula kaitan tersebut supaya tidak nampak cacat. Aku pernah try and error hingga 20 kali sebab dah terlupa pengiraan corak tersebut. Tapi bila dah dapat...memang laju laa sikit kaitan tuu dan rasa seronok.


Untuk korang yang ingin cuba mengait pattern nii...aku ada sediakan diagram kat atas nii. Sebenarnya tak susah pun patternnya walaupun nampak awalnya susah. Aku harap korang bolehlah mencuba. Yang penting minat dan kesabaran kena ada....InshaAllah boleh berjaya. Selamat Mencuba....

Sekian.