Thursday, 20 July 2017

Mengait Untuk Mengisi Masa Lapang

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang....sori yea dah lama aku tak on entri. Kesihatan aku sekejap ok sekejap tak ok...menyebabkan aku terpaksa berehat seketika. Hari ni aku nak cerita tentang hobi aku di masa lapang iaitu mengait jarum satu. Sebenarnya aku tidak mengikuti mana-mana kelas mengait pun...aku hanya berpandukan gerak hati aku dan mata kasar aku jerr. Aku jadikan mengait nii sebagai hobi dimasa lapang aku...waktu mood aku tengah ada. Mengait nii memang kena ada mood sebab perlukan tumpuan  dan kesabaran yang tinggi.



Aku baru sahaja menyiapkan set chairback untuk rumah aku yang memakan masa selama setahun nii...lega rasanyer. Tema warna yang aku cuba padankan ialah pink dan hijau...perrrghhh cantik dan terang kan! kan! kan!

Chairback sofa


Aku buat untuk chairback sofa aku sebanyak 6 helai... alas kabinet buku aku 5 helai dan sarung kotak tisu 1 helai. Ada dua pattern yang aku gunakan iaitu pattern bulat untuk chairback dan pattern segi empat untuk alas kabinet buku.

Alas cabinet buku
Benang yang aku selalu gunakan ialah benang jenama Nona kerana lebih lembut. Aku tak ingat berapa buku benang yang aku gunakan untuk semua set nii kerana aku beli sikit-sikit. Satu pack ada 5 buku benang berharga RM 10.00. Kod untuk benang pink ialah no 86Benang hijau pula no N5.


Membuat set chairback memang memerlukan kesabaran yang tinggi sebab mengambil masa yang agak lama jugak untuk menyiapkannya. Selain itu warna juga memainkan peranan yang penting untuk nampak cantik dan sesuai dengan perabot kat rumah.


Kalau korang nak cuba mengait pattern nii...aku ada sediakan diagram kat bawah entri nii dan aku ada juga sediakan ruang crochet dan korang boleh tengok dan cuba. Aku pun bukannya pandai sangat tapi selalu ingin mencuba...banyak kali jugak kena buka kaitan sebab salah kait tapi bila dah siap...kepuasan tuu susah nak digambarkan. Memang BEST GILER!.

Diagram Chairback
Pada mulanya semua set nii untuk rumah aku tetapi bila dah siap aku bercadang untuk hadiahkan set ni semua kat adik ipar aku untuk rumah mak mertua aku kat Melaka...sebab adik ipar aku nii sangat minat menghias rumah gaya lama (tradisional). Adik ipar aku nii lelaki tapi minatnya sangat tinggi terhadap rumah tradisional Melaka. Memang sesuai sangat dengan rumah mak mertua aku nii. Untuk set nii aku padankan dengan set sofa di ruang tamu rumah bawah.

Diagram untuk Alas cabinet aku
Aku rasa seronok bila dapat berkongsi minat yang sama dengan adik ipar aku dan juga korang semua. Dan yang paling bestnya bila ramai generasi muda sekarang yang cuba untuk belajar seni mengait ini dan membuat duit dengannya. Terima kasih juga kepada korang yang banyak memberi sokongan kepada blog aku yang tak seberapa nii... dan ramai juga yang bertanyakan diagram-diagram mengait ini...dan aku dah sediakan ruang  crochet khas untuk korang semua untuk dikongsi bersama...Selamat mencuba yea...

Sekian.
**jangan lupa yea untuk follow blog aku nii

No comments:

Post a comment