Sunday, 2 July 2017

Kemeriahan Lebaran 2017 Di Melaka

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai semua. Apa khabar korang hari nii. Di harap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Mood Syawal masih lagi terasa... Raya kan sebulan. Tahun  ini untuk pertama kalinya aku berpeluang untuk menyambut lebaran di kampung halaman hubbyku di Melaka. Yang menjadi keterujaan aku adalah untuk melihat suasana Lebaran di sini terutama sekali hidangan makanannya. Kalau di negeri aku Perak, hidangan utama kami mestilah kena ada lemang. Setahu aku.. kalau belah selatan selalunya ketupat menjadi menu utama.


Bergambar kenangan di pagi Raya


2 hari sebelum Raya.... aku dah pun tiba di kampung halaman hubby aku. Petang tuu... aku betulkan sarung-sarung sofa yang telah uzur. Selepas Isyak pun aku masih menyambung semula tugasan menjahit sarung-sarung sofa ini... kebetulan pulak mesin jahit yang ada telah lama rosak... jadi aku terpaksa menggunakan hasil kreativiti jahitan tangan sendiri yang sememangnya memakan masa panjang sedikit.


Membersih halaman rumah



Sehari sebelum menjelangnya Lebaran... Aku dan adik ipar aku sibuk dengan aktiviti di dapur. Awal-awal pagi lagi kami dah sibuk merebus ketupat... Ketupat nasi yang dibuat oleh adik ipar aku bersaiz dua tapak tangan...punya laa besarnya. Dekat 40 biji tak salah aku... dia buat. Kami merebusnya di kawasan belakang rumah sebab luas dan lapang.


Mengayam daun ketupat


Kemudian dia masak rendang ayam. Adik ipar aku nii memang terror bab memasak nii...air tangan dia selalu menjadi walau pun main campak-campak jer... Mak mertua aku pulak masak rendang kerang yang merupakan menu wajib kat rumah nii.


Merebus ketupat nasi

Bagi yang lelakinya pula...sibuk mengemas halaman rumah termasuklah anak-anak buah yang masih kanak-kanak lagi. Anak-anak buah hubby aku memang sangat rajin dan ringan tulang semuanya.

Bermain bunga api
Malam Raya dah kurang sikit aktiviti di dapur... aku melihat anak-anak buah aku bermain bunga api dan ada jugak yang mengemas rumah di bahagian atas.

Amar tolong membersihkan rumah di bahagian atas

Pagi-pagi Raya...jam 5, aku dah bangun. Baju Raya aku dan hubby...2 hari lepas aku dah siap gosokkan. Selesai jer solat subuh...berperang kat dapur menyediakan sarapan untuk famili sebagai alas perut sebelum pergi sembahyang Raya.

Acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi raya

Balik dari sembahyang Raya memulakan program bersalaman dan bermaafan dengan mak dan ayah mertuaku mengikut giliran dan pangkat masing-masing. Adik-beradik hubby aku boleh dikatakan ramai jugak so acara ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Mak dan Babah

Kemudian kami memulakan pula dengan family photo tapi sayangnya hanya dapat 1 snap posisi jer sebab dah ada tetamu mula datang membanjiri rumah mertuaku...sehinggalah jam 1 pagi. Sinsing lengan baju laa apa lagi....terpaksa pakai apron supaya baju Raya tak basah. Meriah sungguh!! Lama jugak aku tak merasa suasana begini semenjak arwah tok dan opah aku dah tiada...rasanya lebih 10 tahun.

Kemeriahan famili dari Dengkil datang beraya

Sebelah petang pulak...lebih kurang jam 3 petang, kami sekeluarga berpeluang beraya ke rumah jiran-jiran terdekat sehingga jam 530 petang.
  
Beraya ke rumah jiran-jiran terdekat

Hari ke 2 Raya... mak mertua aku ajak gi berjalan ke rumah Pak Long dan Pak Ngah. Hari nii aku kena cirit-birit... jam 4 pagi aku dah bangun. Mungkin sebab perut aku baru lepas berpuasa....tiba-tiba mengejut makan macam-macam. Aku tak berani nak makan hari nii...sarapan pun aku tak makan. Aku pun bukannya makan banyak pun tapi mungkin sebab perut tak biasa.
Bergambar kenangan di rumah Pak Ngah

Selesai jer urusan di rumah... jam 10 pagi kami semua bersiap dan bergerak untuk pergi beraya. 4 biji kereta kami konvoi...seronok giler. Yang menyeronokkan aku ialah kebanyakkan rumah yang kami pergi beraya adalah merupakan rumah tradisional Melaka. Ambik gambar memang cantik nii...kata aku dalam hati.
  
Bergambar kenangan di rumah Pak Long

Aku pulak memang suka ambik gambar dan aku juga suka kalau buat family ceria di Hari Raya. Raya nii aku 'push' family hubby aku untuk bergambar di setiap lokasi raya yang kami pergi serta bagi ucapan raya. Inilah peluang untuk menyimpan gambar kenangan bersama mak dan ayah mertua aku selagi mereka masih lagi ada. Nasib baik mereka semua memang suka bergambar...mak mertua aku pun sporting habiss... Korang boleh tengok video raya yang aku ada sediakan. Sempoi tau...haahaa puji diri sendiri. Tapi....gambar aku tak ada sebab aku jadi camera girl... sedih tau...(haahaahaa)

Licin hidangan di rumah Pak Long

Raya ke dua memang aku agak berhati-hati sikit tentang makan... aku jamah sikit jer di setiap rumah yang aku pergi. Kami beraya sehingga 8 malam baru sampai ke rumah. Lepas Isyak...ada ramai lagi tetamu yang datang ke rumah sehingga jam 12:30 malam. Badan masing-masing semua dah lembik.

Famili Dengkil berposing untuk kenangan Raya

Abang Long cakap ada satu lagi famili yang paling ramai akan datang dan buat kecoh...iaitu famili dari Dengkil. Aku ingatkan yang datang sebelum-sebelum nii dah cukup ramai dan meriah...rupanya ada lagi yang lebih meriah. Masing-masing aku lihat macam berdebar-debar jerr... suspen aku dibuatnya.

Adik ipar aku...Ina melayan kengkawannya yang datang beraya

Raya ke 3... ketika aku sedang khusyuk mengambil air sembahyang di bilik air...pintu bilik air aku digegarkan dan aku terdengar kecoh-kecoh kat luar. Aaaahhh apa hal pulak nii. Bila aku keluar dari bilik air...aku lihat ramai orang di ruang tamu...ohhh nii agaknya famili dari Dengkil yang diorang dok sebut-sebut tuu...memang meriah betul!!

Famili Dengkil ambik peluang bergambar kenangan waktu malam

Lepas solat Isyak...aku pun membantu adik ipar aku kat dapur... dah macam masak untuk kenduri dibuatnya... tapi adik ipar aku nii memang cepat dan cekap buat kerja... tak sampai 1 jam siap masak mee kicap dan meehoon goreng 1 kuali besar. Hebatkan!!

Adik ipar aku..Ina (tudung biru) chef hebat di dapur

Jam 1 pagi baru kami semua dapat berehat. Mak mertua aku siap kata kat aku...jangan serik tau Zue. Mana taknya...tak menang tangan aku dibuatnya. Membasuh pinggan mangkuk tanpa henti. Nasib baik aku dah biasa dan ada pengalaman....zaman remaja dulu, aku laa yang jadi mangsa untuk membasuh pinggan mangkuk nii hingga ke kuali dan periuk belanga kat rumah arwah opah aku setiap kali Raya. Hissh..hishhh...nasib baik dah terror.

Hubby aku dan Darwish sibuk mengemas halaman rumah

Bagi aku...penat tak jadi masalah. Yang paling utama kemeriahan dan keseronokkan beraya tuu... hepi kena ada dalam setiap kehidupan. Apatah lagi di Hari Raya yang mulia ini.... hari untuk bergembira bersama keluarga. Selain itu.. merekod gambar kenangan juga penting bagi aku kerana masa inilah semua dapat berkumpul bersama sebab hari yang lain semuanya sibuk dengan urusan masing-masing dan tinggal berjauhan.

Qila dan Muaz bergambar kenangan di rumah Pak Ngah

Esoknya iaitu Raya ke 4 jam 10 pagi...aku dan hubby bertolak balik ke Ipoh untuk beraya bersama keluarga aku pula. Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Dan Batin untuk korang semua...Ceria-ceria di Hari Raya yea....
  

Sekian.

No comments:

Post a comment