Saturday, 22 July 2017

Jeruk Pak Ali Terkenal Di 11 Buah Negeri

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Diharap semuanya sihat-sihat ajer yea....Hari nii aku nak cerita tentang makanan. Kebanyakkan perempuan memang suka makan makanan nii terutama wanita yang mengandung. Mesti korang dah boleh agak kan!! Ok hari nii aku nak cerita tentang jeruk... dan jeruk yang terkenal kat Malaysia nii ialah Jeruk Pak Ali. Kalau ke Pulau Pinang memang tak sah kalau tak membeli jeruk Pak Ali nii untuk dibawa pulang dan dijadikan buah tangan utnuk sahabat handai dan saudara mara. Sebelum aku teruskan lebih lanjut..jom kita kenali perusahaan Jeruk Pak Ali nii dulu...(aku ambik dari laman web rasmi Jeruk Pak Ali)





Pak Ali Food Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar jeruk buah-buahan yang terulung di Malaysia dan terkenal dengan rasa dan aromanya yang istimewa dibawah jenama “Pak Ali”. Jeruk-jeruk ini  dihasilkan dari buah-buahan segar berkualiti yang terpilih dari ladang. Rasanya yang enak dan bernutrasi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi tradisional dan teknologi terkini dari pihak Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).


Produk Jeruk Madu Pak Ali telah mendapat pengiktirafan Sijil Halal dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Sijil Mesti dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sijil “1 Malaysia Best” dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA).


Sempena MAHA 2014, syarikat ini telah dianugerahkan sebagai pemenang Industri Asas Tani Jaya peringkat kebangsaan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Anugerah telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia.  


Penghasilan jeruk ini diusahakan di kilang yang terletak Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang semenjak dari tahun 2009. Dikilang ini juga para pelancong dan pelanggan dapat melihat sendiri industri pembuatan jeruk secara lebih dekat disamping dapat membeli belah barangan keluaran Pak Ali Food Industries Sdn Bhd dan produk-produk usahawan tempatan lain dari Pulau Pinang di Pusat Jualan Jeruk Madu Pak Ali.


Jeruk Madu Pak Ali kini semakin terkenal sebagai buah tangan dari Pulau Pinang. Sudah menjadi kemestian bagi pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang mendapatkan Jeruk Madu Pak Ali sebagai cenderahati kepada saudara mara dan sahabat handai.


Jeruk Madu Pak Ali juga kini diminati  oleh semua lapisan masyarakat. Jeruk yang dihasilkan didalam keadaan yang bersih, selamat dan tertutup, ditambah lagi dengan rasanya yang enak dan lazat, menjadikannya produk pilihan ramai masyarakat Malaysia.

Kalau korang nak tahu... cawangan Jeruk Pak Ali ini telah ada di 11 buah negeri tau..Tak perlulah korang mencarinya di Pulau Pinang. Jauh tuu...kalau orang Johor nak ke Pulau Pinang semata-mata nak beli Jeruk Pak Ali nii....hishh..hishh..hishh...

Sebenarnya aku tidak laa meminati sangat Jeruk Pak Ali nii kerana rasanya yang manis-manis sebab aku lebih suka rasa jeruk yang masam-masam dan sedikit pedas. Tetapi rasa Jeruk Pak Ali ini sangat sesuai untuk dinikmati oleh semua kaum dan semua golongan...tak kira laa kanak-kanak atau pun orang dewasa sebab itu ianya dibuat dengan ada rasa manis. Apa pun...kalau aku ke Pulau Pinang jeruk ini akan aku beli untuk dijadikan buah tangan untuk keluarga dan juga kawan- kawan.

Sekian.

No comments:

Post a comment