Monday, 17 July 2017

Cara Mudah Untuk Membuat Kek Pisang Yang Sedap

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai... korang apa khabar hari nii? Harap-harap sihat selalu la yea. Aku masih lagi demam sebab tuu lama gak aku tak menulis untuk blog aku nii lepas raya. Kebetulan plak roommate aku nak buat kek...aku pun join la sama sebab keesokkannya ada jamuan raya kat ofis untuk department aku.






Lama jugak aku tak buat kek...rasa-rasanya hampir setahun sebab sibuk dengan kerja luar. So hari nii aku nak bagi korang satu resepi atau bagaimana nak buat kek pisang yang sangat mudah dan comey gitu...

Bahan-bahan untuk membuat kek pisang
Bahan-bahannya
8 biji pisang emas ( 1 untuk hiasan)
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 cawan minyak masak (aku guna minyak sunflower )
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla atau pisang

Pisang diasingkan kepada 2 bekas
Cara-cara membuatnya
1. Mula-mula korang lenyek dulu pisang tersebut hingga hancur dan asingkan
2. Kemudian telur dan gula pasir dipukul hingga kembang
3. Setelah itu ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder dimasukkan ke dalam adunan telur tadi
4. akhir sekali masukkan minyak masak dan esen vanilla
5. Kemudian bolehlah korang masukkan dalam bekas cup cake dan dihias dengan hirisan pisang untuk nampak lebih menarik
6. Setelah itu dibakar selama 10 hingga 15 minit

Pisang yang telah dihiris untuk dijadikan hiasan
Kalau korang nak lebih mudah dan cepat korang masukkan semua bahan-bahan ni dalam blender untuk dihancurkan. Senangkan resepinya ni.. Dalam dua jam jer kek korang dah siap dan boleh dimakan.

Pisang yang telah dilenyek hancur

Kalau korang masukkan adunan korang dalam bekas cup cakes... pastikan korang masuk separuh jer adunan tersebut sebab ianya akan mengembang. Kalau korang masuk 3/4 alamatnya apabila dibakar nanti adunan korang akan melimpah keluar dan kek korang tak jadi cantik.

Tepung gandum diayak
Aku suka guna bekas cup cakes sebab comey dan mudah dimakan....nak hias pun mudah. Selain itu ianya murah...100 cup dalam RM 4.90 jer...aku beli kat kedai kek. Pilihan pun banyak dan menarik.

Tepung dan pisang lenyek digaul sebati

Sementara korang nak masukkan adunan ke dalam bekas cup cakes... korang panaskan dulu oven. Bila oven dah panas barulah korang masukkan adunan tersebut untuk dibakar supaya kepanasannya seragam dan kek korang akan cantik bakarnya. Dengan adunan ini korang boleh dapat lebih kurang 55 biji cup cakes saiz medium.

Adunan kek dimasukkan ke dalam bekas cup cakes

Senang jer nak tahu kek korang tuu dah masak atau tak....bila korang dah terhidu bau haruman pisangnya...maknanya kek korang dah masak. Atau korang boleh guna lidi dan cucuk ke dalam adunan kek tersebut. Sekiranya adunan tersebut tidak melekat pada lidi...maknanya kek korang dah pun masak.

Kek pisang yang telah siap dibakar
1 st time aku try...  dah menjadi dan kek pisang nii memang lembut dimakan. Jangan lupa untuk mencuba yea...


Sekian.

No comments:

Post a comment