Tuesday, 6 June 2017

Kuih Jongkong Perak Yang Enak Makin Ditelan Zaman

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang.... Hari ni aku nak bercerita tentang kuih tradisional yang sangat terkenal di Negeri Perak. Kuih Jongkong... nama yang sangat menarik. Ada juga di sesetengah tempat yang menggelarnya Kuih Bongkong. Mak cik aku.. Tazimah memang berbakat dalam bab-bab membuat kuih tradisional nii... Bukan dia sorang sahaja tetapi jiran-jiran tetangganya juga mewarisi kepandaian membuat kuih-kuih tradisional nii. Masa tuu..aku diminta untuk mendapatkan gambar dan maklumat tentang kuih tradisional kat Perak... tak lain dan tak bukan di pemikiran aku..hanya wancu aku nii laa yang dapat membantu..


Aku sendiri pun memang tak pernah tengok rupa kuih Jongkong nii... sebab kuih-kuih yang manis dan berair macam nii memang aku tak gemor (suka) sangat. Apa pun aku kena gak cuba untuk tahu rasa dan keenakkannya tuu.


Resepi Kuih Jongkong
Untuk adunan kuih
250gm tepung beras
50gm tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1 liter santan
500ml air pandan (lebih kurang dalam 4 helai)
1 sudu kecil garam
sedikit gula
sedikit pewarna hijau

Untuk intinya pula
gula putih dan ada juga yang menggunakan gula Melaka
pati santan yang digaul dengan sedikit garam
daun pisang yang telah dilayur

lidi atau pencungkil gigi





Mula-mula korang kena adun semua bahan kuih tuu dan dimasukkan dalam acuan kecil untuk dikukus selama 25 minit. (Ada sesetengah orang....bahan ini akan gaulkan semuanya atas dapur dengan api yang perlahan... macam masak kuih Qashidah).






Setelah siap dikukus kuih tu dikeluarkan daripada acuan dan diletakkan di tengah-tengah daun pisang dan ditabur dengan gula pasir. Kemudian daun pisang itu dibungkus (sila lihat gambar) seperti bungkus tapai (ala-ala beg) dan disemat dengan lidi/pencungkil gigi. Mak cik aku guna stepler jer nak mudah. Di sesetengah negeri  pula....gula Melaka dibubuh ditengah-tengah kuih tersebut sebagai inti.




Apabila semuanya sudah siap dibungkus...kuih ini kemudiannya dikukus selama 30 minit. Bila dah siap dimasak...bolehlah korang try rasa. Bila korang buka daun pisang nii...korang akan lihat air gula macam kuah di keliling kuih nii. Nak makan kena makan sekali dengan kuah gula nii...memang meletop!!



Sekali try memang nak try berkali-kali. Rasanya enak lemak-lemak manis gitu... Kalau pergi bazar Ramadhan pun...tak jumpa orang jual kuih Jongkong dengan daun pisang secara tradisional nii.. Ramai yang jual dalam bekas plastik dah. Aku kena belajar buat Kuih Jongkong nii supaya ianya tak di telan zaman.



 Sekian.

No comments:

Post a comment