Thursday, 8 June 2017

Korean Drama Review : Night Watchman Journal

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Kebelakangan nii... aku asyik dok melayan drama Korea jer sebab drama Korea nii tak memberatkan kepala otak...tuu yang syok tengok. Hari ni aku nak tulis pasal drama yang aku baru jer layan iaitu Night Watchman Journal. Aku tengok drama Korea nii secara random iaitu aku tak memilih sangat... mana yang aku rasa nak tengok, aku tengok jer. Selalunya tak ada sebab-sebab yang tertentu sangat... kecuali ada kengkawan yang suggest atau yang dapat rating pertama dalam carta.


Sebenarnya cerita ini dah lama di tayangkan di Korea Selatan iaitu pada 4 Ogos hingga 21 Oktober 2014 dengan 24 buah episode. Skripnya ditulis oleh Yoo Dong-yoon dan diarahkan oleh Lee Joo-hwan. Cerita nii ada macam-macam nama...antaranya The Records of a Night Watchman, The Night Watchman dan Night Shift of the Joseon Police.




Cerita nii merupakan pemilihan aku secara random. Mula-mula macam tak best sebab macam dogengan ala-ala fantasi jer tapi bila dok layan...rupanya best jugak citer nii. Ada hantu-hantu lagi. Jalan ceritanya jugak aku rasa sangat menarik... ada kelainan sikit daripada drama Korea yang biasa aku tengok. Walaupun ianya masih lagi menceritakan pasal tahta kerajaan yang perlu dikekalkan dan perebutan tahta.



Mula-mula nampak macam abang  tiri raja yang jahat tetapi sebenarnya perdana menteri yang mempunyai rancangan jahat tersebut. Citer ni banyak berkisahkan amalan sihir yang digunakan bagi merebut tahta Maharaja tersebut.


Kisahnya bermula apabila Maharaja ingin mencari ubat bagi mengubati penyakit anakandanya Raja Lee Rin/Wolgang (Jung II-woo). Ketika dalam pengembaraan mencari ubat tersebut maharaja telah disihir dengan ilmu hitam menyebabkan kerajaan menjadi huru hara. Maharaja dan Permaisuri telah dibunuh dan Raja Lee Rin/Wolgang telah dibuang daerah. Abang tirinya Gi-san telah dinaikkan tahta menjadi maharaja baru Joseon.


Raja Lee Rin/Wolgang mempunyai kebolehan melihat roh dan juga hantu. Setelah 12 tahun berlalu, Raja Lee Rin/Wolgang telah berjumpa dengan seorang ahli sihir wanita (bomoh) Do-ha (Ko Sung-hee) dari Gunung Baekdu yang mencari kakaknya yang hilang diculik.


Ada bomoh jahat Sadam yang mempunyai rancangan bagi menguasai Negara dengan ilmu hitamnya. Beliau juga cuba menguasai Maharaja Joseon supaya mempercayainya. Berjayakah Raja Lee Rin/Wolgang dan ahli sihir Do-ha untuk menyelamatkan Joseon daripada kuasa-kuasa jahat? So korang kena la tengok citer nii. Aku bagi 3.5 bintang untuk drama Night Watchman Journal nii.


Sekian.

No comments:

Post a comment