Sunday, 4 June 2017

Book Review : Korban Kasih

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai  korang. Apa khabar semua... Diharap sihat dan ceria selalu yea. Dah lama jugak aku tak menulis tentang book review... so hari nii aku nak cerita tentang satu novel yang baru habis aku baca. Novel karya Fatimah Saidin ini adalah cadangan daripada rakan sekerja aku apabila dia mendapat tahu aku akan membuat kerja lapangan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dia menyuruh aku cari novel nii...katanya memang best!! Mulanya jenuh jugak aku memusing dalam kedai buku DBP tuu untuk cari novel nii...last-last aku tanya juga kat adik di kaunter jualan tuu. Alhamdulillah... nasib baik ada dan tinggal satu jer pun! Novel yang bertajuk Korban Kasih.





Selepas 2 minggu baru aku berkesempatan untuk membaca novel ini... 2 hari jer aku dah habis membacanya. Memang tak rugi beli untuk dijadikan koleksi peribadi. Tidak aku sangka rupanya novel nii merupakan novel pertama karya Fatimah Saidin dan aku difahamkan beliau menulis novel ini ketika berumur 18 tahun. Hebatnya....

Novel ini membuatkan aku rasa ingin terus membacanya tanpa henti...memang best korang. Firstly aku rasa geram sangat dan sedih... kenapa ada seorang ibu yang sanggup buat anaknya begitu. Penceritaan novel ini sangat bagus dari sudut pandangan aku sebab ianya memberi kesan yang sangat positif dalam keluarga. Walaupun tidak mendapat kasih sayang daripada ibunya tetapi ikatan kasih sayang antara adik-beradik sangat kukuh.

Novel ini berkisahkan tentang kehidupan sebuah famili dari kecil hingga dewasa... dan novel ini memberi penekanan kepada Jalil anak yang ke 3 dan merupakan kembar kepada Jamil. Jamil seorang yang bijak pandai dan selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan menyebabkan dia menjadi anak kesayangan emaknya. Jalil pula malas belajar kerana lebih minat dalam melukis tetapi tidak disukai emaknya. Sebenarnya Jalil juga seorang yang pandai cuma tidak minat untuk belajar dan Jalil pernah mengalami demam panas sewaktu kecil yang hampir meragut nyawanya.

Jalil cuba untuk menagih kasih sayang seorang ibu. Jalil juga seorang yang tidak banyak cakap dan penyabar serta sangat disayangi oleh adik bongsunya iaitu Fatimah. Semasa mereka kecil...Fatimah pernah bertanya kepada abangnya Jalil, apakah cita-citanya... dan Jalil menjawab...."Cukuplah jika abang mendapat secebis kasih sayang emak". Memang tersentuh dengar ayat nii..

Pernah suatu hari emaknya berjanji untuk membelikan basikal sekiranya Jamil mendapat no 1 dalam peperiksaan dan Fatimah juga meminta emaknya membelikan Jalil juga basikal tetapi emaknya mengatakan sekiranya Jalil mendapat tempat 10 ke bawah didalam peperiksaan...dia juga akan dibelikan basikal. Sebenarnya emaknya begitu yakin Jalil tidak akan berjaya tetapi Jalil telah menyahut cabaran tersebut dan belajar bersungguh-sungguh dalam tempoh seminggu yang ada untuk mendapat tempat 10 ke bawah.


Apabila Jalil mendapat tempat ke enam didalam peperiksaan...emaknya tidak membeli basikal untuk Jalil kerana kekurangan duit. Emaknya hanya membelikan Jamil basikal kerana Jamil mendapat tempat pertama. Jamil merasa sedih kerana emaknya membelikan basikal tanpa ada tempat duduk dibahagian belakangnya dan tiada juga bakul. Menyebabkan dia tidak dapat menumpangkan basikalnya kepada Jalil untuk pergi ke sekolah. Ayahnya dan juga Jamil tahu...emaknya sengaja buat begitu. Suatu hari.. Jamil menggunakan duit simpanannya sebanyak RM 25 untuk memasang tempat duduk belakang basikalnya supaya dia boleh menumpangkan Jalil ke sekolah.

Dan yang paling sedih juga apabila Jalil dipukul oleh emaknya dengan penyapu lidi...menyebabkan ayahnya terpaksa membawa Jalil pindah dari rumah tu untuk tinggal bersama Mak Longnya. Jalil juga sangat rajin menolong ayahnya di kebun dan menjaga binatang ternakkan. Apabila ayahnya meninggal... segala tanah kebun dan rumah telah diletakkan oleh ayahnya atas nama Jalil sebab ayahnya tahu Jalil seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
Air dicincang

Tika padi kuning berisi,
jangka segalah sinar mentari,
siang ternanti belaian suci,
malam termimpi kasih bersemi.

seyogia dikau,
langkah terorak sedikit sumbang,
ibu berdendam pantas membungkam,
ego meningkah, sumpah seranah,
kalimat berbisa menghancur punah,
terasa langit tinggi rendah.

Abang,
saat engkau nekad melangkah,
menongkah arus melawan tak sudah,
hati hancur mengaduh resah,
tapak diayun kerana maruah,
dan...
kau sempat bersumpah,
tidak dijejak tanah tumpah darah,
hingga diri berpihak tuah,
membujur lalu melintang patah.

Pulanglah abang,
kini pasir telah berubah.

Ego emak telah berlalu,
daku menunggu di muka pintu,
Tuah di kandang menguak sayu,
pintu terbuka luas untukmu,
malah...
pintu hati ibu...
telah lama terbuka untukmu.


Akhirnya apabila dewasa...Jalil telah menjadi seorang arkitek yang berjaya dan mendapat projek berjuta-juta. Untuk mengetahui bagaimana Jalil boleh berjaya... dan mendapat kasih sayang emaknya semula...cerita nii sangat sedih. Korang kena laa baca buku nii sampai habis. Aku bagi rating 5/5 bintang untuk novel Korban Kasih ini.

Sekian.

No comments:

Post a comment