Wednesday, 28 June 2017

Korean Drama Review : Signal

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera.



Hai korang semua... Apa khabar korang hari nii? Ok.....hari nii aku nak citer pasal drama Korea yang tengah meletop sekarang  dan ditayangkan di TV 9. Bagi aku drama ni memang best giler... Apatah lagi bagi korang yang sangat meminati citer tentang kepolisan dan CSI macam ni.


Pada awalnya aku tak la tertarik sangat dengan tajuk citer nii tapi yang aku hairan sebab drama nii dapat rating pertama dan meletop-letop macam popcornDrama ini juga memenangi banyak anugerah yang diarahkan oleh Kim Won-Suk dan penulis skripnya ialah Kim Eun-Hee.


Drama ni diinspirasikan daripada kisah pembunuhan bersiri yang sebenar di Hwaseong. Ianya mula ditayangkan di Korea Selatan pada 22 Januari hingga 12 Mac 2016 sebanyak 16 episode. Episod pertama tengok pun buat korang rasa tertarik...tetapi tak berapa nak faham lagi laa jalan ceritanya. Setiap episode mempunyai keistimewaannya tersendiri dan gerenti korang tak rasa bosan.


Kisahnya bermula dengan panggilan walkie talkie oleh seorang anggota polis di tahun 2000 iaitu Lee Jea-han (Cho Jin-woong) kepada pegawai polis di tahun 2015 iaitu Park Hae-young (Lee Je-hoon). Kiranya macam mesin masa laa. Yang menariknya... banyak kes yang tidak dapat diselesaikan di tahun 2000 dan cuba untuk diselesaikan oleh unit kes 'cold' di tahun 2015. Melalui walkie talkie ini mereka cuba untuk menyelesaikan kes-kes di tahun 1999 hingga 2000 supaya tidak banyak mangsa yang tidak berdosa menjadi korban.


Yang peliknya walkie-talkie ini sebenarnya tak boleh digunakan pun sebab rosak dan baterinya pun memang dah tak ada serta dalam proses hendak dilupuskan. Walkie-talkie ini hanya berfungsi atau mendapat signal pada jam 11:23 malam sahaja iaitu pada waktu kematian anggota polis Lee Jea-han. Citer ini memang banyak unsur suspen dan korang akan rasa berdebar-debar serta nak tahu akan kesudahan setiap kesnya.


Cha Soon-hyun pula seorang polis wanita baru bertugas di tahun 2000 dan pada tahun 2015...dia telah dinaikkan pangkat menjadi seorang pegawai dan diarahkan untuk menyelesaikan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan dengan tertubuhnya unit baru iaitu unit 'cold case'. Unit ini terdiri hanya 4 orang anggota sahaja dan terpaksa menyelesaikan 9 kes yang sangat mencabar.


Rupa-rupanya setiap kes ini ada kaitan antara satu sama lain... Yang membuatkan kes-kes ini tidak dapat diselesaikan ialah kerana adanya orang dalaman yang makan rasuah. Citer ini jugak akan membuatkan korang menitis air mata bila tiba episode yang ke 13... Cuma yang tak berapa nak bestnya bagi aku ialah bila time endingnya... macam konfius dan suspen jer. Apa pun korang tengok dan nilaikan sendiri la yea...


Aku bagi 5 bintang sebab jalan ceritanya lain daripada yang lain dan sebab aku suka citer ala-ala CSI nii...


Sekian.

Monday, 19 June 2017

Sangat Teruja Dan Enjoy Dengan Aktiviti DIY Terrarium

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai kengkawan... Harapnya semua sihat yea hari nii. Hari ni aku nak story satu aktiviti yang sangat menarik untuk korang cuba sendiri. Bukan sahaja menarik tetapi sangat laa comey...dan boleh dijadikan hadiah buat yang tersayang. Aku nak cerita pasal Terrarium yang baru jer aku belajar nii.






Secara asasnya Terarium ialah satu binaan kaca tertutup yang menempatkan tumbuh-tumbuhan di dalamnya. Ia bertujuan untuk mengkaji kehidupan tumbuhan atau tumbuhan kecil/mini. 

Terrarium ini mula diperkenalkan pada tahun 1842 oleh seorang pakar botani iaitu Nathaniel Bagshaw Ward yang memiliki kelulusan dari Kolej Diraja London pada tahun 1814.


Pokok kaktus yang disediakan



Terrarium nii ada dua jenis...iaitu yang bertutup dan tiada bertutup (terbuka). Yang bertutup lebih kepada tumbuhan redup seperti lumut, orkid dan paku-pakis (persekitaran tropika) tetapi perlu dibuka tutupnya seminggu sekali untuk pengudaraan. Bagi Terrarium terbuka pula lebih sesuai untuk tumbuhan kering seperti pokok kaktus.


Nii pokok kaktus yang menjadi pilihan aku


Nak buatnya tak susah pun.... 3 barang jer yang korang perlukan. Yang pertama... paling penting korang kena ada bekas kaca...aku guna gelas jer. Kalau bekas korang besar...korang boleh letak pelbagai jenis tumbuhan hiasan di dalamnya. Untuk permulaan kami diajar guna bekas gelas jer.  Kalau korang ada bekas-bekas kaca yang tak guna kat rumah tuu pun...lebih baik digunakan untuk dijadikan Terrarium...kan lebih bagus dan menjimatkan.


Kengkawan aku sibuk meletakkan tanah di dalam bekas kaca

Dah ada bekas yang sesuai.... yang kedua korang kena pulak sediakan tanah. Tanah ada dua jenis yang perlu korang sediakan iaitu tanah hitam...lebih kurang RM 3 sepaket. Tapi lebih bagus kalau korang beli tanah gambut organik...kalau tak salah aku dalam RM 8...aku selalu beli paket yang warna hijau.


Tanah ni dijual dalam pack besar...korang boleh buat lebih dari 20 unit Terrarium...untuk jimat korang bolehlah share dan buat bersama-sama BFF korang atau dengan famili korang.

Semua teruja membuat DIY Terrarium nii

Kemudian korang kena beli tanah yang khusus untuk tanam kaktus...harga lebih kurang dalam RM 20 sepaket....tanahnya ada campuran baja yang berwarna keemasan. Akhir sekali dan ke tiga....korang kena ada batu-batu kecil...yang berwarna pun tak apa ...asalkan korang suka.


Mula-mula sekali korang kena letak batu-batu kecil dilapisan bawah untuk dijadikan tapak...lebih kurang 1 cm tebalnya. Lapisan yang kedua adalah tanah khusus untuk kaktus...lebih kurang 1.5 hingga 2 cm.


Kemudian lapisan yang ke tiga adalah tanah gambut organik atau tanah hitam...lebih kurang 3 cm. Ukuran nii untuk gelas kecil yang aku gunakan. Kalau korang punya bekas kaca yang besar...korang agak-agak jer laa lebih kurang.


Selepas itu korang buatkan lubang ditengah-tengah tanah ini untuk ditanam pokok kaktus tersebut. Setelah korang tanam pokok kaktus...korang padat-padatkan tanah dan tambahkan tanah secukupnya.



Akhir sekali korang letakkan batu-batu kecil dilapisan atas sekali. Kalau korang nak cantikkan lagi Terrarium korang...korang bolehlah hias dengan cendawan atau pun serangga macam aku...supaya nampak berseri dan lagi comey.


Setelah siap jangan lupa untuk spray pokok kaktus korang dengan air...jangan banyak sangat..nanti mati pulak pokok kaktus korang. Korang spray air seminggu 3 kali jer. Kaktus tak perlukan air yang banyak untuk hidup. Kalau korang punya pokok kaktus jenis yang berbunga...dapatlah korang lihat hasilnya nanti.

Nii aku punya yang dah siap. Cantik tak??

Jangan lupa untuk mencuba aktiviti DIY nii...memang menyeronokkan dan comey laa sangat! Letak kat meja makan pun cantik kan!! Aku letak kat meja workstation aku jer... boleh pandang hari-hari untuk pengubat stress kerja...hikkk...hikkk...hikk....


Sekian.
**jangan lupa tau follow blog aku nii

Thursday, 8 June 2017

Korean Drama Review : Night Watchman Journal

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Kebelakangan nii... aku asyik dok melayan drama Korea jer sebab drama Korea nii tak memberatkan kepala otak...tuu yang syok tengok. Hari ni aku nak tulis pasal drama yang aku baru jer layan iaitu Night Watchman Journal. Aku tengok drama Korea nii secara random iaitu aku tak memilih sangat... mana yang aku rasa nak tengok, aku tengok jer. Selalunya tak ada sebab-sebab yang tertentu sangat... kecuali ada kengkawan yang suggest atau yang dapat rating pertama dalam carta.


Sebenarnya cerita ini dah lama di tayangkan di Korea Selatan iaitu pada 4 Ogos hingga 21 Oktober 2014 dengan 24 buah episode. Skripnya ditulis oleh Yoo Dong-yoon dan diarahkan oleh Lee Joo-hwan. Cerita nii ada macam-macam nama...antaranya The Records of a Night Watchman, The Night Watchman dan Night Shift of the Joseon Police.




Cerita nii merupakan pemilihan aku secara random. Mula-mula macam tak best sebab macam dogengan ala-ala fantasi jer tapi bila dok layan...rupanya best jugak citer nii. Ada hantu-hantu lagi. Jalan ceritanya jugak aku rasa sangat menarik... ada kelainan sikit daripada drama Korea yang biasa aku tengok. Walaupun ianya masih lagi menceritakan pasal tahta kerajaan yang perlu dikekalkan dan perebutan tahta.



Mula-mula nampak macam abang  tiri raja yang jahat tetapi sebenarnya perdana menteri yang mempunyai rancangan jahat tersebut. Citer ni banyak berkisahkan amalan sihir yang digunakan bagi merebut tahta Maharaja tersebut.


Kisahnya bermula apabila Maharaja ingin mencari ubat bagi mengubati penyakit anakandanya Raja Lee Rin/Wolgang (Jung II-woo). Ketika dalam pengembaraan mencari ubat tersebut maharaja telah disihir dengan ilmu hitam menyebabkan kerajaan menjadi huru hara. Maharaja dan Permaisuri telah dibunuh dan Raja Lee Rin/Wolgang telah dibuang daerah. Abang tirinya Gi-san telah dinaikkan tahta menjadi maharaja baru Joseon.


Raja Lee Rin/Wolgang mempunyai kebolehan melihat roh dan juga hantu. Setelah 12 tahun berlalu, Raja Lee Rin/Wolgang telah berjumpa dengan seorang ahli sihir wanita (bomoh) Do-ha (Ko Sung-hee) dari Gunung Baekdu yang mencari kakaknya yang hilang diculik.


Ada bomoh jahat Sadam yang mempunyai rancangan bagi menguasai Negara dengan ilmu hitamnya. Beliau juga cuba menguasai Maharaja Joseon supaya mempercayainya. Berjayakah Raja Lee Rin/Wolgang dan ahli sihir Do-ha untuk menyelamatkan Joseon daripada kuasa-kuasa jahat? So korang kena la tengok citer nii. Aku bagi 3.5 bintang untuk drama Night Watchman Journal nii.


Sekian.

Tuesday, 6 June 2017

Kuih Jongkong Perak Yang Enak Makin Ditelan Zaman

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang.... Hari ni aku nak bercerita tentang kuih tradisional yang sangat terkenal di Negeri Perak. Kuih Jongkong... nama yang sangat menarik. Ada juga di sesetengah tempat yang menggelarnya Kuih Bongkong. Mak cik aku.. Tazimah memang berbakat dalam bab-bab membuat kuih tradisional nii... Bukan dia sorang sahaja tetapi jiran-jiran tetangganya juga mewarisi kepandaian membuat kuih-kuih tradisional nii. Masa tuu..aku diminta untuk mendapatkan gambar dan maklumat tentang kuih tradisional kat Perak... tak lain dan tak bukan di pemikiran aku..hanya wancu aku nii laa yang dapat membantu..


Aku sendiri pun memang tak pernah tengok rupa kuih Jongkong nii... sebab kuih-kuih yang manis dan berair macam nii memang aku tak gemor (suka) sangat. Apa pun aku kena gak cuba untuk tahu rasa dan keenakkannya tuu.


Resepi Kuih Jongkong
Untuk adunan kuih
250gm tepung beras
50gm tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1 liter santan
500ml air pandan (lebih kurang dalam 4 helai)
1 sudu kecil garam
sedikit gula
sedikit pewarna hijau

Untuk intinya pula
gula putih dan ada juga yang menggunakan gula Melaka
pati santan yang digaul dengan sedikit garam
daun pisang yang telah dilayur

lidi atau pencungkil gigi





Mula-mula korang kena adun semua bahan kuih tuu dan dimasukkan dalam acuan kecil untuk dikukus selama 25 minit. (Ada sesetengah orang....bahan ini akan gaulkan semuanya atas dapur dengan api yang perlahan... macam masak kuih Qashidah).






Setelah siap dikukus kuih tu dikeluarkan daripada acuan dan diletakkan di tengah-tengah daun pisang dan ditabur dengan gula pasir. Kemudian daun pisang itu dibungkus (sila lihat gambar) seperti bungkus tapai (ala-ala beg) dan disemat dengan lidi/pencungkil gigi. Mak cik aku guna stepler jer nak mudah. Di sesetengah negeri  pula....gula Melaka dibubuh ditengah-tengah kuih tersebut sebagai inti.




Apabila semuanya sudah siap dibungkus...kuih ini kemudiannya dikukus selama 30 minit. Bila dah siap dimasak...bolehlah korang try rasa. Bila korang buka daun pisang nii...korang akan lihat air gula macam kuah di keliling kuih nii. Nak makan kena makan sekali dengan kuah gula nii...memang meletop!!



Sekali try memang nak try berkali-kali. Rasanya enak lemak-lemak manis gitu... Kalau pergi bazar Ramadhan pun...tak jumpa orang jual kuih Jongkong dengan daun pisang secara tradisional nii.. Ramai yang jual dalam bekas plastik dah. Aku kena belajar buat Kuih Jongkong nii supaya ianya tak di telan zaman.



 Sekian.

Sunday, 4 June 2017

Book Review : Korban Kasih

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai  korang. Apa khabar semua... Diharap sihat dan ceria selalu yea. Dah lama jugak aku tak menulis tentang book review... so hari nii aku nak cerita tentang satu novel yang baru habis aku baca. Novel karya Fatimah Saidin ini adalah cadangan daripada rakan sekerja aku apabila dia mendapat tahu aku akan membuat kerja lapangan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dia menyuruh aku cari novel nii...katanya memang best!! Mulanya jenuh jugak aku memusing dalam kedai buku DBP tuu untuk cari novel nii...last-last aku tanya juga kat adik di kaunter jualan tuu. Alhamdulillah... nasib baik ada dan tinggal satu jer pun! Novel yang bertajuk Korban Kasih.





Selepas 2 minggu baru aku berkesempatan untuk membaca novel ini... 2 hari jer aku dah habis membacanya. Memang tak rugi beli untuk dijadikan koleksi peribadi. Tidak aku sangka rupanya novel nii merupakan novel pertama karya Fatimah Saidin dan aku difahamkan beliau menulis novel ini ketika berumur 18 tahun. Hebatnya....

Novel ini membuatkan aku rasa ingin terus membacanya tanpa henti...memang best korang. Firstly aku rasa geram sangat dan sedih... kenapa ada seorang ibu yang sanggup buat anaknya begitu. Penceritaan novel ini sangat bagus dari sudut pandangan aku sebab ianya memberi kesan yang sangat positif dalam keluarga. Walaupun tidak mendapat kasih sayang daripada ibunya tetapi ikatan kasih sayang antara adik-beradik sangat kukuh.

Novel ini berkisahkan tentang kehidupan sebuah famili dari kecil hingga dewasa... dan novel ini memberi penekanan kepada Jalil anak yang ke 3 dan merupakan kembar kepada Jamil. Jamil seorang yang bijak pandai dan selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan menyebabkan dia menjadi anak kesayangan emaknya. Jalil pula malas belajar kerana lebih minat dalam melukis tetapi tidak disukai emaknya. Sebenarnya Jalil juga seorang yang pandai cuma tidak minat untuk belajar dan Jalil pernah mengalami demam panas sewaktu kecil yang hampir meragut nyawanya.

Jalil cuba untuk menagih kasih sayang seorang ibu. Jalil juga seorang yang tidak banyak cakap dan penyabar serta sangat disayangi oleh adik bongsunya iaitu Fatimah. Semasa mereka kecil...Fatimah pernah bertanya kepada abangnya Jalil, apakah cita-citanya... dan Jalil menjawab...."Cukuplah jika abang mendapat secebis kasih sayang emak". Memang tersentuh dengar ayat nii..

Pernah suatu hari emaknya berjanji untuk membelikan basikal sekiranya Jamil mendapat no 1 dalam peperiksaan dan Fatimah juga meminta emaknya membelikan Jalil juga basikal tetapi emaknya mengatakan sekiranya Jalil mendapat tempat 10 ke bawah didalam peperiksaan...dia juga akan dibelikan basikal. Sebenarnya emaknya begitu yakin Jalil tidak akan berjaya tetapi Jalil telah menyahut cabaran tersebut dan belajar bersungguh-sungguh dalam tempoh seminggu yang ada untuk mendapat tempat 10 ke bawah.


Apabila Jalil mendapat tempat ke enam didalam peperiksaan...emaknya tidak membeli basikal untuk Jalil kerana kekurangan duit. Emaknya hanya membelikan Jamil basikal kerana Jamil mendapat tempat pertama. Jamil merasa sedih kerana emaknya membelikan basikal tanpa ada tempat duduk dibahagian belakangnya dan tiada juga bakul. Menyebabkan dia tidak dapat menumpangkan basikalnya kepada Jalil untuk pergi ke sekolah. Ayahnya dan juga Jamil tahu...emaknya sengaja buat begitu. Suatu hari.. Jamil menggunakan duit simpanannya sebanyak RM 25 untuk memasang tempat duduk belakang basikalnya supaya dia boleh menumpangkan Jalil ke sekolah.

Dan yang paling sedih juga apabila Jalil dipukul oleh emaknya dengan penyapu lidi...menyebabkan ayahnya terpaksa membawa Jalil pindah dari rumah tu untuk tinggal bersama Mak Longnya. Jalil juga sangat rajin menolong ayahnya di kebun dan menjaga binatang ternakkan. Apabila ayahnya meninggal... segala tanah kebun dan rumah telah diletakkan oleh ayahnya atas nama Jalil sebab ayahnya tahu Jalil seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
Air dicincang

Tika padi kuning berisi,
jangka segalah sinar mentari,
siang ternanti belaian suci,
malam termimpi kasih bersemi.

seyogia dikau,
langkah terorak sedikit sumbang,
ibu berdendam pantas membungkam,
ego meningkah, sumpah seranah,
kalimat berbisa menghancur punah,
terasa langit tinggi rendah.

Abang,
saat engkau nekad melangkah,
menongkah arus melawan tak sudah,
hati hancur mengaduh resah,
tapak diayun kerana maruah,
dan...
kau sempat bersumpah,
tidak dijejak tanah tumpah darah,
hingga diri berpihak tuah,
membujur lalu melintang patah.

Pulanglah abang,
kini pasir telah berubah.

Ego emak telah berlalu,
daku menunggu di muka pintu,
Tuah di kandang menguak sayu,
pintu terbuka luas untukmu,
malah...
pintu hati ibu...
telah lama terbuka untukmu.


Akhirnya apabila dewasa...Jalil telah menjadi seorang arkitek yang berjaya dan mendapat projek berjuta-juta. Untuk mengetahui bagaimana Jalil boleh berjaya... dan mendapat kasih sayang emaknya semula...cerita nii sangat sedih. Korang kena laa baca buku nii sampai habis. Aku bagi rating 5/5 bintang untuk novel Korban Kasih ini.

Sekian.

Friday, 2 June 2017

Lunch Box Feberet Aku...Mudah Dan Ringkas...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua... Hari nii...aku nak citer tentang lunch box (bekas makanan) yang menjadi feberet aku kerana ianya mudah digunakan. Ia sangat sesuai untuk dijadikan bekal ke pejabat atau pun di rumah bujang. Lunch box nii menggunakan elektrik...jadi makanan korang sentiasa jer panas.
 




Bab-bab makan nii aku memang laa tak cerewet sangat dan aku jenis simple jer... Lagi pun kalau kita dok kat rumah bujang...kadang-kadang berebut untuk memasak sebab masing-masing mempunyai citarasa negeri sendiri dan ikut tekak sendiri. Dengan adanya lunch box seperti ini...aku tak perlu pun berebut untuk memasak sebab lunch box ini juga boleh digunakan untuk memasak. Tuu yang bestnyer...

Masak Maggie dan telur rebus


Untuk maklumat korang...lunch box ini pun boleh mengukus sebab ianya berfungsi seperti steamer. Di tengah-tengah lunch box nii ada lubang untuk korang letakkan sedikit air... Air inilah yang akan digunakan untuk memasak. Kalau korang masak nasi...memang takkan hangitlah nasi korang tuu dan takkan berkerak kat bawahnya. Nasi korang juga lebih lembut dan sedap dimakan.


Aku nii...bab makan nasi memang laa tak berapa nak makan banyak sangat jadi mudahlah bagi aku memasak menggunakan lunch box nii...sukatan untuk aku sekali makan jer. Kalau periuk nasi sediaada...susah nak masak untuk 1/4 pot (1/4 susu tin). Dengan adanya lunch box nii mudah jugaklah aku nak control makan... Bagi yang berdiet memang bagus...
Masak Nasi Beras Perang
Aku juga selalu mengukus pau kari ayam menggunakan lunch box nii. Aku beli pau yang frozen...esoknya aku bawa ke ofis untuk dipanaskan sebagai breakfast aku. Aku juga telah cuba untuk masak telur rebus dan telur dadar. Masak Maggie dan sup sayur pun aku dah cuba. Memang berbaloi-baloi.
Kukus Pau Kari Ayam Frozen

Lunch box nii ada 3 bekas diberikan kalau korang membelinya...1 untuk mengukus dan 2 bekas lagi untuk memasak beserta dengan tutupnya sekali. Nak memasak...korang just bubuh sedikit air kat lubang tengah tuu dan tekan suiz kat lunch box nii. Yang aku beli nii jenis dua tingkat dan ada juga yang jenis tiga tingkat...harga lebih laa sikit. Aku dah guna lunch box nii lebih 2 tahun. Aku sangat puashati...


Aku beli lunch box nii kat Lazada... masa tu harga dalam RM 45.00 rasanya kalau tak salah aku laa (ingat-ingat lupa). Waktu lunch tak perlu laa aku keluar gi cari makanan...dah laa panas...nak kena berebut-rebut la pulak! Kalau tempat kerja korang memang jauh dari kedai makan...memang sesuai laa sangat lunch box nii.

Dan ada lagi satu lunch box yang menjadi feberet aku jugak...tapi lunch box nii tak boleh memasak hanya memanaskan makanan jer. Sebenarnya aku dapat hadiah lunch box nii daripada kawan aku dan ada sorang officemate aku yang menggunakan lunch box jenis nii... Katanya dia beli kat Alamanda Putrajaya... Harga dalam RM 50 masa tu. Nak mudah...korang order jer kat Lazada...terus sampai ke rumah.


Ok laa...nii ajer laa citer aku untuk hari ini...semoga berguna untuk korang...terutama yang bujang dan dok rumah bujang sebab berjauhan dengan hubby dan anak-anak macam aku. Aku bagi 5/5 bintang untuk lunch box nii.


Sekian.