Friday, 5 May 2017

Wan Mee Kari Menjadi Kedai Kegemaran Ku Setiap Kali Balik Ipoh

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang....apa khabar? Semoga korang sihat-sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya. Hari nii aku nak cerita tentang sebuah kedai makan kat Ipoh. Kedai yang menjadi feberet aku setiap kali balik ke Ipoh ialah..... Wan Mee Kari di Jelapang berhadapan dengan Poliklinik Jelapang. Kedai nii memang ramai orang...korang kena menunggu sebab meja selalunya penuh. Korang boleh pilih...samada nak duduk dalam kedai atau di bawah pokok besar....tapi takut daun berguguran laa pulak masuk ke pinggan korang...
Pandangan Hadapan Kedai Wan Mee Kari

Sebenarnya kedai nii dah beroperasi lebih 40 tahun kalau tak salah aku... Kalau tak silap aku asalnya di Jelapang atau Meru tapi bukan di tapak sekarang...aku pun ingat-ingat lupa sebab kawan aku yang bagitau.
Gerai menjual kuih-muih


Kemudian ianya beroperasi di kedai-kedai makan Stesen Bas Medan Kids Ipoh (tempat Bas Ekpress waktu tuu). Kedainya no 2 dari jalan masuk utama. Kemudian berpindah di kedai bahagian tengah pulak. Apabila kawasan ini ingin dirobohkan dan dinaiktaraf seperti sekarang...maka mereka pun berpindah ke tapak sekarang ni di Jelapang. Kat tapak sekarang nii mungkin dah 10 tahun rasanya.


Gerai Mee Kari

Pada asalnya perniagaan ini diuruskan oleh kedua orang tua mereka...aku panggil makcik Yah...anak-anaknya hanya membantu dan membancuh air. Sekarang diwarisi pula oleh anak-anaknya. Rasanya masih lagi sama...tapi kuahnya pekat sedikit masa waktu ibu bapa mereka dahulu. Kalau tak salah aku 15 tahun dulu harga mee kari kedai nii RM 2.20...sekarang harganya RM 3.80 semangkuk...
Roti Telur Goyang/Roti Titap/Roti Telur Danggut


Yang bagusnya mereka buat sendiri bahan-bahan tersebut seperti fish cake, fish ball, cabai sumbat dan lain-lainnya. Korang boleh pilih nak biasa atau special...kalau special korang boleh tambah sendiri bahan-bahan yang korang suka. Dulu...kalau aku pergi ke kedai Makcik Yah nii aku akan order mee kari...menu wajib. Sekarang aku lebih suka order mee kicap kuah kari dan roti telur goyang (Orang Kelantan panggil roti titap)
Kuey Tiaw Goreng Kerang


Yang bestnya jugak kedai nii menjual pelbagai jenis makanan...dulu memang mee kari, mee kicap, kuey tiaw goreng kerang, chee chong fun (mak cik Yah buat sendiri) dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Tapi kini telah ditambah dengan disewakan gerai-gerai kecil kat dalam kedai nii yang menjual sate, mee rebus, nasi lemak, beraneka kuih-muih (kebanyakkannya jenis tradisional), roti telur goyang dan lain-lain.
Hubby dan mak aku...bukan main syok makan!


Kedai nii dibuka setiap hari kecuali hari selasa tutup...kalau tak salah aku...aku pun dah tak berapa nak ingat. Beroperasi diwaktu pagi hingga petang. Kedainya terletak di tepi jalan utama memudahkan pelanggan untuk datang. Parking terhad kerana berhampiran dengan kawasan perumahan dan masjid. Kalau hari bekerja pun memang penuh sebab terdapat banyak pejabat di sini terutama kakitangan kerajaan dan pengunjung Poliklinik Jelapang.
Penuh dengan pelanggan

Aku suka datang hari minggu iaitu hari Ahad sebab terdapat kawasan pasar Tani berhadapan dengan kedai ini. Selepas makan aku dan hubby aku akan jalan-jalan kat pasar Tani ini. Hubby aku suka cari kopi timbang.
Gerai-gerai kecil yang terdapat dalam kedai nii

1 st time aku bawa hubby aku datang sini...dia dah rambang mata...semua makanan dia nak cuba...takut pulak aku tengok dia order...boleh habis ke aku kata kat dia...sebab hubby aku nii bukan jenis kuat makan sangat. Sejak dari itu...setiap kali balik Ipoh...dia pulak yang ajak aku datang ke sini. Dari rumah aku (Ipoh) nak ke Jelapang nii...lebih kurang 30 minit. Walau pun agak jauh sedikit dari kawasan rumah aku...tapi berbaloi dan puas makan.
Kedai Wan Mee Kari nii berhadapan dengan Poliklinik Jelapang dan kedai RM 2

Aku jugak pernah bawa member ofis (Kuala Lumpur) datang makan kat sini semasa lawat tapak kat Ipoh....pada mulanya diorang tak confident jer bila aku cerita...sebab kengkawan aku nii jenis kuat makan dan terror bab makan-makan nii. Bila diorang try...esok siap ajak lagi aku datang ke sini. Haaa...baru korang tahu...penagan mee kari nii...
Pasar Tani yang terletak berhadapan Kedai Wan Mee Kari

Ada lagi satu kedai mee kari yang tip top kat area Ipoh nii...iaitu Mee Kari Mat Jasak...betul-betul di pekan Ipoh berhampiran dengan UTC. 15 tahun dulu memang sedap tapi sekarang dah kurang sikit. Yang paling best dan terbaik ialah Wan Mee Kari nii.
kuey tiaw kicap kuah kari yang menjadi feberet aku


Aku heran jugak walau pun kedai nii dah beroperasi lebih 40 tahun tetapi ramai jugak kengkawan aku kat Ipoh yang tak tahu pasal kedai nii. Lain kali bila aku free memang aku kena bawak diorang datang ke sini untuk try dan test. Kalau korang datang ke Ipoh....aku harap korang boleh laa cuba Wan Mee Kari nii...In Sha Allah korang puashati punya sebab harga pun masih lagi dalam kategori murah.

Sekian.

3 comments:

  1. salam sis..sy dr wan mee kari..oleh kerana sis byk support kedai sy..sy nak bg ganjaran utk sis..sis screen syot mesej ni n tunjuk kat sy atau staff utk terima makanan free di kedai kami seramai 3org..sis makanla apa saja dr menu kami atau dr gerai2 di kedai kami..tq

    ReplyDelete
  2. Terbaikk..lapor buoan pose weyh

    ReplyDelete