Friday, 19 May 2017

Seronoknyer Memasak Dengan Tupperchef Inspire

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hari nii...entri aku agak lain sikit... hari ni aku nak cerita pasal periuk yang aku suka guna buat masa ini. Aku rasa best giler nak memasak guna periuk nii.. Periuk jenama Tupperware yang diberi nama Tupperchef Inspire nii...memang buat korang rasa seronok nak memasak.


Aku bukan laa agent menjual Tupperware nii tetapi sebenarnya dah lama aku mencari (dah 8 tahun) sebuah periuk yang memuashati aku...mungkin aku nii agak cerewet sikit kot...

Untuk makluman korang... aku nii tak la pandai memasak...tapi ada waktu-waktunya aku suka memasak terutama Nasi Beriani dan Nasi Hujan Panas. Disebabkan aku tinggal di rumah sewa bersama kengkawan...jadi mood memasak tuu kurang la sikit.


Ok laa...aku nak citer...kenapa aku rasa periuk nii sangat istimewa. Sebelum ini aku pernah menggunakan periuk jenama Zebra...kawan aku yang suggest kata bagus walaupun mahal sikit tetapi aku tak puashati pakai periuk nii sebab cepat sangat panas...menyebabkan rendang ayam aku jadi hangit dan hancur sebab kena kacau selalu. Bila dah hangit...susah pulak aku nak cuci periuk nii dan kesannya masih lagi ada dan susah nak tanggal. Emmmm....menyebabkan aku jadi hilang mood nak memasak....


Di awal perancangannya... aku cadang nak beli periuk Vantage... sebab aku suka juga guna periuk jenis tanah nii...tetapi aku still tak beli dan memikirkan tentangnya....sehinggalah  pada suatu hari...ofis aku ada buat demo masakan menggunakan periuk Tupperchef Inspire nii. Aku tengok macam menarik jer...nampak tegap dan tebal!!. Akak tu kata periuk nii tak hangit kalau memasak. Kebetulan pulak ketika itu ada pulak 'harga runtuh'....memang terbeliak biji mata aku....dan hati kembang-kempis dibuatnya. 3 biji periuk nii dijual dengan harga RM 1000...yang bestnya akak nii buat bayaran secara bulanan...macam kutu.


Aku pun tak melepaskan peluang yang hebat nii.... Kalau tak harganya lebih kurang RM 1700. Aku dah jimat lebih kurang RM 700. Secara kebetulan pulak...roomate aku ajak buat Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah minggu tuu...so bolehlah aku test periuk baru aku nii!!
Setelah ditest... aku memang sangat puashati...roomate aku pun sama. Nasi Tomato...dalam 5 minit dah siap masak! Nasinya lembut dan masak dengan rata sekali. Ayam Masak Merahnya pula...lembut dan mudah dicubit. Yang bagusnya jugak...periuk nii sangat mudah dibasuh...tak perlulah nak menyental bagai... Memang berbaloi beli dengan harga RM 1000. Harga tak menjadi kisah sangat yang penting menang  memakai kata orang dulu-dulu. Mood nak masak jadi seronok gitu...
Ayam digoreng separuh masak untuk buat Ayam Masak Merah

Peralatan memasak Tupperchef Inspire nii menggabungkan teknologi terkini dengan keluli tahan karat berkualiti tinggi bagi menghasilkan peralatan memasak yang tidak berkarat, tidak kemik dan membolehkan pengagihan haba yang cepat dan sekata. Pengagihan haba yang cepat dan sekata terhasil melalui penggunaan keluli tahan karat gred khas (18% keluli tahan karat dan 8% nikel). Bahan berkualiti tinggi ini juga terbukti tahan lasak dan tahan kakisan untuk tempoh yang lama.
Nasi Tomato baru ditanak
Penyelidikan dan pembangunan yang meluas dilakukan bagi memastikan hidangan yang disediakan berupaya mengekalkan sebahagian besar vitamin dan mineral penting dalam hidangan tersebut.
Kalau korang memang sedang mencari sebuah periuk yang bagus...aku suggestkan kat korang....beli laa periuk Tupperchef Inspire nii..memang berbaloi-baloi. Lagi satu korang tak perlu pun menggunakan minyak untuk memasak sebab periuk nii tak melekat...so makanan korang pun sihat. Dah jimat duit untuk beli minyak masak...kan minyak masak mahal harganya sekarang nii. Aku bagi 5/5 bintang untuk periuk Tupperchef Inspire nii...sebab aku sangat puashati menggunanya. Seronoknyer Memasak!!

Sekian.

No comments:

Post a comment