Wednesday, 31 May 2017

7 Sebab Seronoknyer Bercuti Ke Bandar Ho Chi Minh

Assalammualaikum  Salam Sejahtera,



Hai korang... Apa khabar hari nii... Hari nii aku nak cerita pasal percutian aku ke Bandar Ho Chi Minh. Dah lama pun aku pergi iaitu 2 tahun yang lalu...cuma tak berkesempatan untuk menulis tentangnya jer yang tiada. Lagi pun dah ramai sangat yang menulis tentang tajuk nii dan ada yang menulis dengan detail sekali. Apa pun ia terpulang kepada minat masing-masing... kalau yang minat bershopping, memang banyak entri yang berkaitan. Ada juga yang minat melawat ke tempat tempat menarik, ada yang minat melawat tempat-tempat bersejarah, ada yang minat melawat tempat warisan dunia UNESCO dan ada juga yang saja-saja berjalan...tiada tujuan apa pun. Entri aku nii lain sikit... aku nak tulis apa yang aku lihat kat sana.








Offer untuk ke Ho Chi Minh nii datang daripada member belajar aku dulu...yang dah pun jadi cikgu sekolah... dia nak cukupkan ahli kumpulan. Macam orang mengantuk disorongkan bantal... memang aku nak laa. Nii merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki aku ke Bandar Ho Chi Minh nii... aku ajak BFF aku jugak untuk turut serta. Masa tuu package murah jer campur flight (Vietnam Airlines.. memang besar) untuk 3 hari 2 malam iaitu bawah RM 800. Aku tak tukar banyak pun duit Dong Vietnam kerana Ringgit Malaysia boleh digunakan di sini.




Flight kami jam lebih kurang 3:45 petang.. kami sampai sana pun masih lagi petang.  Tiba kat hotel lebih kurang jam 6 petang. Kami balik bilik.. berehat, mandi dan solat. BFF aku dah tak sabar sangat.. so dia keluar gi jalan-jalan dulu. Balik bilik...dia bawa kopi ais Vietnam yang sedap tuu... mulanya aku tak nak minum tapi disebabkan dia cakap sedap...aku pun hirup jugak!



Hotel kami dekat jer dengan bazar dan pasar... turun bawah dan jalan kaki jer. Hari pertama tiba.. kami pergi ke Cau Tau 2... ronda-ronda naik bot ke pulau. Kat pulau nii ada macam-macam aktiviti dan jualan. Antaranya pembuatan candy. Korang juga boleh pusing-pusing nak kereta kuda...memang best giler!!



Oh ya... lupa aku nak bagitau... di awal entri tadi aku ada cerita pasal minat seseorang kalau pergi melancong dan apa tujuannya. Bagi diri aku... aku tengok dari pelbagai sudut antaranya kebudayaan... cara kehidupan mereka, makanan, pakaian...juga senibina bangunan yang ada kat sana terutama sekali bangunan bersejarah. Selain itu...aktiviti menarik yang ada kat Vietnam nii. Bab shopping mopping nii...selalunya jatuh tempat ke 5 dan ikut pada budget yang aku ada....hikk...hikk.



Yang pertama aku nampak ialah mereka kat sini banyak menggunakan motosikal untuk pergi bekerja dan sebagainya. Terlampau banyak sangat motosikal di jalan raya tetapi tak pernah aku melihat sebarang kemalangan yang berlaku sepanjang aku kat Vietnam nii. Aku difahamkan sekiranya berlaku kemalangan...kedua-duanya disabitkan bersalah walaupun dilanggar dari belakang. Dan mereka tak suka naik mahkamah. Oooo patut laa....



Yang ke dua.... aku melihat kedai-kedai jualan kecil tepi-tepi jalan dengan membuka meja kecil dan 2 atau 3 buah kerusi kecil macam kerusi kanak-kanak jer. Kebanyakkannya makcik-makcik yang menjual. Kedai-kedai ini antaranya menjual minuman seperti kopi, ada juga yang menjual jajan dan juga mee kari. memang aku kagum betul  cara diorang sara kehidupan.



Yang ke tiga...aku melihat makanan diorang. Aku rasa ramai yang tahu.. Vietnam nii antara pengeluar kopi yang paling banyak dan sedap. Kalau korang gi sini jangan lupa untuk try kopi nii... aku minta yang kurang manis sikit. Selain kopi aku cuba gak mee supnya, memang sedap dan lain sikit dari Malaysia punya. Korang jangan risau.. kat sini dah banyak kedai kedai makanan yang Halal... milik orang Islam.

Kuih Bingka Ubi

Kuih bingka ubinya antara yang terbaik juga walaupun ianya pada mulanya bukan menjadi kuih kesukaan ku di Malaysia... tapi bila di Vietnam.. rasa ketagih pulak nak makan hari-hari tapi agak mahal sikit la. Dan ada lagi satu makanan diorang yang aku try iaitu roti sandwish...dalamnya ada inti daging dan juga sayur. Roti sandwish nii agak besar dan boleh makan untuk dua orang.


Yang ke empat.... aktiviti yang aku sangat suka bila ke Vietnam ialah menaiki sampan di Sungai Mekong. Dia punya feel tuu susah aku nak gambarkan... keseronokkannya. Sampai nii boleh naik 4 orang jer termasuk pendayungnya. Sambil menyusuri Sungai Mekong... tangan tuu boleh la bermain-main dengan air. pakai pulak dengan topi tradisonal mereka...memang terasa macam gaya pelancong betul.

Pelbagai jenis kopi dan kacang

Yang ke lima.... bangunan yang menarik. Sebelum datang ke Vietnam nii aku dah google terlebih dahulu tentang bangunan-bangunan menarik dan bersejarah yang aku nak pergi jika berkesempatan.... antaranya pejabat pos, gereja dan juga Muzium Perang kerana terletak berhampiran.

Restoran Makanan Halal

Dalam jadual percutian kami memang tak ada pergi ke tempat-tempat macam nii sebab tujuan mereka semua adalah untuk bershopping. Aku pujuk member belajar aku nii untuk bawa aku lihat pejabat pos paling kurang pun. Pada mula member aku kata okey...akan singgah on the way nak ke airport nanti iaitu hari last day. Pada pagi hari kejadian... permintaan aku tak dapat ditunaikan kerana yang lain semua nak gi shopping lagi. Frust menonggeng jugak aku pada awalnya.

Pejabat Pos

Semasa dalam van pelancong... member aku nii pun pujuk ahli yang lain...bagi aku 5 minit untuk gi melihat pejabat pos nii.. Sampai jerr aku terus melompat keluar berlari-lari anak untuk melihat pejabat pos yang sangat cantik rekabentuknya ini. Hiasan dalamannya juga tidak kurang cantiknya... kagum aku. gah dengan hiasan ala Inggeris. Pejabat Pos ini masih lagi beroperasi dan ditengah-tengahnya terdapat kaunter jualan poskad dan juga cenderahati. Bersebelahan pejabat pos ini terdapat gereja yang juga cantik senibinanya.


Pada hari pertama datang juga aku dapat melihat sebuah masjid dengan rekabentuk yang cantik apabila kami singgah untuk solat asar sebentar. Negara Vietnam ini masih lagi mengambil berat akan bangunan-bangunan bersejarah di Negara mereka dengan melakukan kerja-kerja pemuliharaan dan menjadi salah satu tarikan kepada pelancong.


Ke enam...shopping. Tempat popular untuk bershopping adalah di pasar Ben Thanh. Macam-macam ada. Kat Vietnam nii banyak barangan yang boleh dibeli...antara yang popular ialah kain atau pakaian dan juga barangan hiasan rumah. Masa aku pergi... aku tengah giler kain cotton... banyak jugak laa yang aku beli untuk adik-adik aku jugak sebab murah...seratus ringgit boleh dapat 4 atau 5 pasang. Telekung sembahyang jugak murah... yang cantik dan boleh dapat dalam harga RM 40.... kat Malaysia diorang jual dalam RM 90 - RM 100.


Ke tujuh dan terakhir...pasal buah-buahan kat sini. Korang kena rasa sebab gebu dan besar-besar sebab tanah kat sini subur. Memang geram tengok buah-buahan kat sini...harga pun murah. Buah ciku pun dah sama besar dengan buah epal. Anggur...pelam...buah naga...mata kucing...dan lain-lain banyak dijual di sini.


Tuu saja laa untuk kali ini... semoga entri ini dapat memberi manafaat untuk korang apabila pergi ke Bandar Ho Chi Minh nanti. Selain bershopping...ambil laa sedikit masa untuk mengenali kebudayaan negara diorang.


Sekian.

No comments:

Post a comment