Monday, 8 May 2017

Rumah Bonggi Dikenali Sebagai Baali Baar Bonggi Dibina Atas 25 Tiang Utama

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Di Sabah banyak terdapat suku kaum masyarakat Peribumi...Salah satu yang dapat aku kenali adalah kaum Bonggi di Pulau Banggi, Kudat. Untuk ke Pulau Banggi korang kena menaiki bot/feri lebih kurang 2 jam perjalanan. Aku berpeluang untuk mengkaji tentang rumah masyarakat ini.

Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah, Malaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.



Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Puncak tertinggi bagi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter.
Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit dan pekan ini menempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rest House (Rumah Rehat), Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Bajau Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Kagayan, dan Ѕuluk.






Suku kaum Dusun Bonggi merupakan suku kaum awal yang mendiami Pulau Banggi. Suku kaum tersebut masih mengamalkan kehidupan secara tradisional dan masih mendiami rumah tradisional yang unik.


Masyarakat Bonggi mendiami di Pulau Banggi dalam daerah kecil Banggi. Sistem ekonomi tradisi mereka adalah pertanian sara diri dan pertanian pindah dengan menanam ubi kayu, jagung dan pisang. Aktiviti sampingan mereka adalah menangkap ikan.



Rumah Bonggi dikenali sebagai Baali Baar Bonggi yang dibina di atas 25 tiang utama. Daun balak digunakan sebagai bumbung dan tali pengikat diperbuat daripada kulit pokok. Orang Bonggi memilih tapak rumah berhampiran dengan sumber air dan upacara geid nein turut diadakan.
Keistimewaan rumah Bonggi nii ialah ia ada menara bagi mengelak daripada binatang buas dan juga sebagai tempat untuk menyimpan makanan. Tetapi kini untuk mencari rumah yang ada menara adalah sangat sukar...dan mereka tidak membinanya lagi.



Ruang rumah Bonggi mempunyai ruang utama seperti silian lasaan, tiningkat kanahan, lamin baar, tiningkat umai, lamin serambi dan dafor'n. Silian lasaan ialah ruang ruang utama berfungsi sebagai tempat tamu bertandang, berehat dan perbincangan diadakan. Di ruang silian lasaan, terdapat perasan sebagai tempat duduk untuk tetamu menunggu.
Tiningkat kanahan berfungsi sebagai tempat tidur anak lelaki bujang dan tiningkat lama kisah sebagai tempat tidur ibu bapa sementara tiningkat umai adalah tempat tidur perempuan bujang dan tiningkat lamai tua sebagai tempat tidur nenek.
Manakala dafor'n ialah ruang dapur terdiri daripada lalangan leuk, datag dafor'n, sender soung dan datag ligigan. Lalangan leuk ialah ruang penyediaan makanan, datag defor'n ialah tempat masak, sender soung ialah kawasan basah untuk membasuh dan datag liligan ialah ruang belakang berfungsi sebagai laluan keluar.

Bagi aku penyelidikan awal tentang rumah suku kaum Bonggi ini satu pengalaman yang sangat berharga yang aku perolehi...walau pun kajian hanya dapat dilakukan dalam sehari (cadangan awalnya mungkin 3 atau 4 hari) kerana pada waktu itu ketiadaan air di tempat penginapan kami (rest house)...jadi kami terpaksa balik awal ke Pekan Kudat. Kami sedaya upaya bertungkus lumus menggumpul segala data dengan sebanyak mungkin dalam tempoh satu hari itu.
Sewaktu kami membuat kajian awal rumah Bonggi ini...tak banyak bahan rujukan yang kami perolehi....kami hanya bergantung kepada bahan dari Muzium Negeri Sabah. Setelah 14 tahun berlalu....aku lihat semakin banyak buku-buku tentang rumah Bonggi ini diterbitkan untuk dijadikan rujukan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment