Sunday, 28 May 2017

Nasi Tomato Hidangan Cuti Hari Minggu..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,




Hai...Kengkawan semua...Apa khabar? Pada hari ahad yang lepas...aku dan roommate, dengan mood yang rajin teringin masak nasi tomato dan ayam masak merah ala utara.  Aku xberapa nak suka sangat nasi tomato nii...tapi kalau ada aku makan jerr... rezeki jangan ditolak...hikk...hikk. Nasi tomato dan ayam masak merah nii aku buat yang simple jer...menu dapur orang bujang laa katakan.


Bahan-bahan  
4 cawan beras
150g minyak masak atau korang boleh guna minyak sapi atau margerin
3kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 biji bawang besar dicincang
150g tomato puree (tin)
sedikit kiub pati ayam  
sedikit garam
bhn dikisar/tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 hiris halia


Bila dah siap semua bahan tuu...bolehlah start untuk memasak. Koarang panaskan minyak dulu dalam periuk dan api tuu jangan besar sangat...sederhana jer. Pastu boleh laa  ditumiskan rempah-rempah selama 3 minit.


Kemudian masukkan bahan-bahan yang tumbuk tadi dan teruskan menggoreng hingga masak. Setelah itu... masukkan pula bawang besar dan goreng hingga layu. Bila dah layu masukkan pula puri tomato.


Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 2 minit. Last sekali jangan lupa masukkan garam dan tutup periuk tersebut dan biarkan sehingga masak. Kemudian kita sediakan pula bahan-bahan untuk memasak Ayam Masak Merah Ala Utara..


Bahan-bahan
3/4 ekor ayam
1 labu bawang besar
2 sudu makan tomato pure
1 paket cili boh (aku guna jenama puteri)
2 inci halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 labu bawang besar - kisar
2 batang serai - ketuk/titik
4 biji tomato - potong dadu
setengah kotak kecil santan
Minyak masak secukupnya
sedikit garam
sedikit gula


Mula-mula sekali korang goreng dulu ayam separuh masak. Pastu angkatkan dia keluar dari kuali. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar hingga garing dan berbau harum.



Selepas tuu... baru dimasukkan semula ayam tadi bersama tomato pure dan bawang besar. Kemudian dimasukkan santan dan akhir sekali garam dan gula secukupnya. Gaulkan sehingga sebati...dan biarkan sehingga kuahnya menjadi pekat. Dah bolehlah dihidang bersama nasi tomato tadi....Waahhh...yummy memang sedap resepi roommate aku nii.



Sebenarnya untuk lagi menarik dan kebabom...korang bolehlah masukkan kacang pea dalam Ayam Masak Merah nii.. Dan kalau dah terlebih rajin sesangat... korang boleh buat arca atau jelatah..memang kelas gitu makan dengan Nasi Tomato nii. Kalau malas sikit...korang hidang jer dengan sayur salad.


Semoga korang dapat mencubanya di rumah. Roomate aku nii dia buat banyak sebab nak bawa ke tempat kerja.. makan beramai-ramai dengan kengkawan dia. Boleh laa jadikan menu juadah untuk Hari Raya nii kan! Selamat Mencuba...


Sekian.

**jangan lupa follow blog aku yea

No comments:

Post a comment