Friday, 12 May 2017

Korean Drama Review : Jewel In The Palace...

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang... Hari nii aku nak citer tentang sebuah drama Korea yang sangat popular iaitu Jewel In The PalaceJewel In The Palace mula ditayangkan di tv korea pada 15 september 2003 hingga 23 mac 2004 sebanyak 54 episod…banyak giler kan!!…kiranya citer nii dah lama…Cuma aku jer yang tak dapat tengok citer nii sepenuhnya. Drama ni menjadi drama kesukaan arwah abah aku. Kalau tak sempat tengok dia akan rekod untuk tengok apabila balik dari kerja. Disebabkan drama ni memang best dan aku tak dapat menghayatinya pada waktu dulu...so kali nii aku nak tengok sampai ke penghujung citer...




Dae Janggeum (bahasa Inggeris: Jewel in the Palace) adalah siri drama tahun 2003 yang diproduksi oleh saluran TV MBC Korea Selatan. Ceritanya berdasarkan pada tokoh sejarah yang diceritakan dalam Catatan Sejarah Dinasti Joseon, yang berpusat di Jang-geum. Tema utamanya adalah kegigihan serta gambaran tentang budaya Korea yang tradisional termasuk penyediaan makanan serta perubatan istana Korea.




Drama ini berkisahkan bermula dari pemerintahan Raja Seongjong (1457-1494)...Raja Yeonsan (1494-1506)....Raja Jungjong (1506-1544)...Raja Injong (1544-1545)...dan Raja Myeongjong (1545-1567).....scene yang terakhir adalah sekitar pada tahun 1550an.

Kisahnya bermula apabila Raja Seongjong mengarahkan supaya Maharani Lady Yun dibunuh dan seorang hulubalang istana iaitu Seo Cheon-soo telah menjadi saksi atas kematian maharani ini. Maharani menyumpah kepada semua yang terlibat diatas kematiannya kerana beliau tidak bersalah. Seo Cheon-soon telah dihantui rasa bersalah.



 
Seo Cheon-soon yang menjadi saksi tersebut berasa sangat takut akan sumpahan tersebut dan telah memohon untuk berhenti kerja. Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman beliau telah terjatuh ke gaung. Tetapi telah diselamatkan dan dirawat oleh seorang lelaki tua di dalam sebuah gua. Seo Cheon-soon  tersebut menceritakan kepada orang tua itu akan kejadian yang telah menimpa beliau dan orang tua tersebut telah memberinya beberapa kertas yang tertulis tentang takdirnya.


Kemudian Seo Cheon-soon  tersebut pun pergi berjumpa dengan sami untuk mendapatkan pandangan tentang tulisan tersebut dan sami mengatakan...tulisan pertama tentang perempuan yang dah mati. Tulisan yang kedua pula berkaitan dengan perempuan yang akan mati kerananya walaupun dia cuba menyelamatkannya beberapa kali dan tulisan ke tiga pula tentang seorang perempuan yang akan membunuhnya walaupun perempuan itu selalu menyelamat dan menolong ramai orang.






Seo Cheon-soon bertanya kepada sami tersebut bagaimana caranya dia ingin mengelak takdir tersebut. Sami mengatakan...jangan jumpa dengan perempuan ke dua.... Selepas beberapa tahun berlalu...di zaman pemerintahan Raja Joseon ke 10...Park Myeong-yi adalah merupakan seorang pembantu dapur Diraja (soorangan), dia menjadi saksi atas salahguna kuasa keluarga Choi iaitu Choi Seung-geum yang sama-sama batch menjadi pembantu dapur Diraja untuk membunuh Maharani dengan membubuh racun didalam makanan. Apabila ketua Dapur Diraja Kim sanggong (makcik Choi Seung-geum) mendapat tahu, beliau mengarahkan Park Myeong-yi diculik dan dibunuh dengan meminum racun tanpa pengetahuan sesiapa.


Tetapi kawan baik Park Myeong-yi mendapat tahu dan telah mencampurkan penawar didalam racun tersebut. Park Myeong-yi terselamat. Dalam perjalanan... dia terjumpa dengan Seo Cheon-soon. Mereka jatuh cinta dan akhirnya berkahwin dan memperolehi seorang anak perempuan.



Akhirnya perkara ini menjadi jelas tulisan di atas kertas tersebut adalah...perempuan yang pertama ialah Maharani Lady Yun...perempuan yang kedua pula adalah  merupakan isteri Seo Cheon-soon iaitu Park Myeong-yi dan perempuan yang ke tiga adalah anaknya sendiri Seo Jang-geum.


Pada suatu hari... ketika Jang-geum (berumur 8 tahun) dan ayahnya Seo Cheon-soon melihat sebuah pertandingan... Jang-geum menyuruh ayahnya mencuba tetapi ayahnya tidak mahu. Akibat desakan daripada anaknya itu..akhirnya Seo Cheon-soon menyertainya... akhirnya dia ditangkap atas tuduhan membunuh Maharani Lady Yu atas arahan Raja Yeonsan.


Jang-geum balik ke rumah dan memberitahu ibunya. Dalam perjalanan mereka diserang dan cuba dibunuh oleh pengikut keluarga Choi apabila mendapati Park Myeong-yi masih lagi hidup. Akhirnya Park Myeong-yi meninggal dunia kerana terkena anak panah dan dikebumikan di dalam gua.


Dua tahun kemudian...Jang-geum dapat memasuki istana sebagai pembantu dapur di dibawah didikan Lady Han. Lady Han adalah kawan baik ibunya tetapi Jang-geum tidak mengetahuinya. Pelbagai dugaan yang terpaksa Jang-geum tempuhi dari kecil hinggalah dewasa... sehinggalah suatu hari dia dan Lady Han dituduh meracun makanan Raja dan dibuang ke Pulau Jeju. Dalam perjalanan ke Pulau Jeju...Lady Han telah meninggal dunia.


Di Pulau Jeju.. Jang-geum mula mempelajari ilmu perubatan daripada Jang-deok seorang doktok perempuan yang sangat terkenal untuk membalas dendam. Jang-geum merasakan dengan menjadi jururawat sahaja dia dapat kembali semula ke istana. Semasa di Pulau Jeju pelbagai kejadian telah berlaku antaranya... Lady Choi telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Dapur Diraja dengan menjatuhkan ketuanya sendiri. Kawan baik Jang-geum pula telah menjadi perempuan simpanan Raja.


Akhirnya Jang-geum dapat juga memasuki istana apabila dia terpilih dalam temuduga Jururawat Istana. Keadaan masih lagi sama dimana Lady Choi cuba untuk membuat pelbagai fitnah supaya Jang-geum dibunuh tetapi nasib Jang-geum selalu diselamatkan oleh kawan-kawan baiknya. Menteri-menteri juga tidak menyukai Jang-geum dan meminta agar Raja tidak melantik perempuan dalam pentadbiran. Jang-geum menjadi kesukaan Maharani dan juga Raja kerana berjaya merawat penyakit mereka.


Pada suatu hari.. Raja dalam keadaan nazak dan Jang-geum memberi pandangan...hanya dengan pembedahan sahaja penyakit Raja dapat diubati.. tetapi ramai tidak bersetuju kerana tidak pernah perkara ini dilakukan sebelum ini. Apabila mendapat tahu hidupnya tidak lama..Raja telah mengarah pembantunya untuk menculik Jang-geum dan menghantarnya ke China. Bagi menyelamatkan nyawa Jang-geum...Sekiranya Raja mati...Jang-geum akan dibunuh oleh menteri-menterinya.


Drama ni memang best dan banyak unsur suspen... korang pasti akan menontonnya hingga ke penghujung... Aku sendiri pun menontonnya sehingga kul 11 malam setiap hari... (2 episod setiap hari waktu bekerja. Waktu cuti aku tengok 5 episod berturut-turut. Banyak moral yang boleh dipelajari dari drama ini. Sentiasa berbuat baik dengan semua orang, kesabaran dalam menjalani dugaan hidup, bekerja dengan seikhlas hati, persahabatan, sentiasa berusaha sehingga berjaya dan lain-lain lagi.


Korang memang kena tengok drama nii...perjalanan citernya memang best!! Tak bosan pun walaupun episodnya panjang sehingga 54 tetapi setiap episodnya mempunyai cerita yang tersendiri. Aku bagi 5/5 bintang. Jangan lupa untuk tengok yea...



Sekian.

No comments:

Post a comment