Friday, 26 May 2017

Dewan Bahasa Dan Pustaka Menjadi Pusat Kajian Bertaraf Dunia...

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Apa khabar hari nii. Jom aku nak bawa korang pergi melawat ke bangunan warisan dan bersejarah yang terdapat di Kuala Lumpur. Bagi yang penggemar buku pasti pernah pergi ke bangunan ini. Bangunan ini yang paling istimewanya adalah muralnya. Bangunan yang aku nak cerita kali ini adalah tentang bangunan Dewan bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali ke dua aku masuk ke bangunan ini.... kali pertamanya semasa diadakan seminar mengenai Sulalatus Salatin.

Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di Johor Bahru, Johor semata-mata untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Nama asalnya  ialah "Balai Pustaka".




Setelah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 - 21 September 1956, Balai Pustaka ditukarkan namanya kepada "Dewan Bahasa dan Pustaka" atas cadangan kongres tersebut. Di samping itu, Dewan Bahasa Dan Pustaka juga dinaik taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaga sendiri.




Pada tahun 1957, Dewan Bahasa Dan Pustaka berpindah ke Kuala Lumpur. Ketika itu, ibu pejabatnya merupakan bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, Dewan Bahasa Dan Pustaka dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, Dewan Bahasa Dan Pustaka diberi kuasa autonomi untuk:
  • menggubal dasarnya yang khusus;
  • menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan
  • menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta.



Pada 31 Januari 1962, Dewan Bahasa Dan Pustaka berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Kemudian pada tahun 1977, Dewan Bahasa Dan Pustaka mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan dua pejabat di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Dewan Bahasa Dan Pustaka juga membuka pejabat di Brunei pada tahun 1963. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga buah pejabat lagi, iaitu:
  • Pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999);
  • Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999); dan
  • Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).




Dewan Bahasa Dan Pustaka menyambut ulangtahun Jubli Emas 50 Tahun Dewan Bahasa Dan Pustaka dan perasmian Menara Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 22 Jun 2006. Dewan Bahasa Dan Pustaka juga berjaya mencungkil bakat terpendam penulis-penulis muda. Antara penulis muda Dewan Bahasa Dan Pustaka yang terus menampilkan novel-novel berkarya tinggi untuk Dewan Bahasa Dan Pustaka adalah Cik. Siti Habsah Abdullah, Puan Malardevi Margamuthu dan Encik Syed Satahkatulah Bin Mohamed Kalik.





Pada 6 Oktober 2009, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 telah dipinda supaya dapat memberi lebih kuasa kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk menangani penggunaan 'bahasa rojak' dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kuasa itu bukan untuk menghukum sebaliknya lebih kepada memberi pendidikan.


Pada 8 Mei 2011, para pengiklan perlu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebelum memohon lesen memasang iklan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Datuk Termuzi Abdul Aziz, peraturan tersebut telah dilaksanakan sejak tahun lalu di bawah undang-undang kecil iklan PBT.





Dewan Bahasa Dan Pustaka melihat dari segi penggunaan bahasa dan visual pada iklan berkenaan terlebih dahulu dan apabila diluluskan, barulah pihak yang membuat permohonan iklan boleh memohon lesen daripada PBT sebelum iklan boleh dipasang. Mana-mana pihak yang membelakangi peraturan ini jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penalti atau penjara mengikut undang-undang kecil PBT berkenaan.





Dalam pada itu, Datuk Termuzi turut mengujar bahawa telah ramai pengiklan memohon iklan, dan mulai tahun 2011, akses perkhidmatan pengiklanan ke PBT turut dipaparkan di laman portal Dewan Bahasa Dan Pustaka.





Di Malaysia, penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dalam pengiklanan dilihat lebih diutamakan berbanding penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium bahasa pengiklanan utama. Walaupun undang-undang telah ada namun penguatkuasaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang utama seperti pendidikan, perniagaan, pengiklanan dan komunikasi masih banyak tidak diendahkan dan kurang diutamakan berbanding penggunaan bahasa Inggeris.


Terus terang aku katakan aku sangat mengkagumi bangunan ini kerana bagi aku..bangunan ini sangat perfect sebagai sebuah bangunan yang skop utama kerjanya ialah penyelidikan kerana di sini terdapat semuanya...kedai jualan buku, perpustakaan, makmal, taska, surau, cafe, auditorium, dewan, bilik, stor, bilik seminar dan ruang kerja kakitangan Dewan bahasa Dan Pustaka. Serba lengkap laa bagi aku. Memang best kalau dapat kerja kat sini. Koleksi bukunya pun banyak...terutama buku2 klasik atau lama....buku-buku sekolah pun boleh didapati kat sini. Semoga ianya kekal menjadi gedung ilmu untuk selamanya.


Sekian.

No comments:

Post a comment