Friday, 19 May 2017

Berbengkel Untuk Prosedur Pendakwaan dan Pendokumentasian Penyiasatan...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Hai korang...apa khabar semua? Hari nii aku nak story pasal aktiviti yang aku buat minggu lepas. Pada 15 hingga 17 Mei 2017 yang lalu...jabatan aku telah mengadakan  Bengkel Penguatkuasaan Lanjutan 2017 untuk memperkasakan lagi unit kami. Kami nii jabatan baru..dan akta kami juga baru...masih ramai yang belum mengenalinya. Alhamdulillah berjaya jugak kami mengadakan bengkel ini dengan peruntukan yang terhad.


Bengkel kami ini dibuat di Institut Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP), Bangi selama 3 hari kerana terdapatnya kemudahan mahkamah disediakan untuk latihan simulasi  kami di sini.


ILKAP ini juga terdapat kemudahan asrama, dewan makan, masjid, bilik kuliah, bilik perbincangan dan sebagainya. Bilik asramanya ada  2 katil bujang dan terdapat bilik air di dalamnya...memang selesa...ada air-cond dan juga kipas....serta almari pakaian, almari solek, peti ais dan juga tv. Makanan pun sedap cuma kurang pedas jerr...sebab aku memang suka makan pedas.


Bengkel kami ini bertujuan untuk memperkasakan lagi penguatkuasaan dan kali ini diberi penekanan untuk kes pendakwaan di mahkamah....prosedur penyiasatan di tapak sehingga kepada pendakwaan.
Rata-rata peserta yang terlibat dalam bengkel ini adalah merupakan peserta bengkel tahun lepas...dan merupakan peserta dari seluruh Malaysia kecuali Sabah dan juga Sarawak.....iaitu zon Utara, zon Tengah dan juga zon Selatan...zon Timur tak dapat hantar wakil kerana ada program lain yang sedang berlangsung di Terengganu.
Pada hari pertama....kami diberi pendedahan mengenai Perundangan dan juga Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Sebelah malamnya pula diadakan latihan ditempat kejadian (crime scene)....cara-cara pendokumentasian tempat kejadian...mengambil gambar, menyita objek, melabel barang kes dan sebagainya...

Pada hari kedua pula...kami diajar tentang prosedur pendakwaan di mahkamah....dengan mengambil contoh kes penggalian tanpa lesen di bawah seksyen 86 AWK 2005. Kami juga didedahkan dengan latihan simulasi... 1st time kami buat latihan nii... umpama macam melakonkan kes... cara mengambil rakaman percakapan saksi dan juga orang kena tuduh (OKT).
Memang best dan bagus cara nii...peserta lebih rasa keyakinan diri dan berani untuk melakukan penyiasatan. Peserta pun sporting dan beri kerjasama yang sangat baik.
Pada sebelah malam hari ke dua...kami mengadakan latihan di dalam mahkamah... kumpulan dibahagikan kepada dua iaitu kumpulan pendakwa dan kumpulan peguam bela.... ada hakim, polis, saksi dan juga OKT.

Peserta memang sangat positif...banyak soalan yang diajukan untuk memahami prosedur penyiasatan ini...kerana cara penyiasatan kami sangat berbeza dan tidak seperti pihak polis. Tahun 2016...kami membuat bengkel yang serupa tetapi diberi penekanan dalam aspek penyiasatan di tempat kejadian dengan pihak polis (Maktab Polis Diraja Cheras) di Suria Hot Spring, Bentong Pahang
Pada hari ke tiga iaitu hari terakhir bengkel....kami masih lagi mengadakan latihan pendakwaan di mahkamah seperti kejadian sebenar dengan lebih formal dengan memakai blazer....supaya feel tuu lebih terasa. Memang gerun weii...sebab penceramah kami tuu seorang peguam Jenayah yang banyak mengambil kes berkaitan narkotik...juga seorang yang sangat tegas!! Kecut perut dibuatnya...

Tapi sayangnya aku tak dapat nak mengikuti latihan yang akhir nii sebab aku kena siapkan slide penutup di bilik kuliah. Kalau jadi urusetia memang tak dapat nak belajar sangat. Aku juga ditugaskan untuk mengambil gambar serta video untuk tujuan penyediaan laporan selepas selesai bengkel untuk dihantar ke bahagian kewangan kami.


Sebenarnya aku lebih suka jadi peserta...banyak ilmu yang boleh aku dapat dan tak perlu berkejar ke sana dan kemari bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Apa pun... jadi urusetia pun ok! sebab boleh belajar dari segi pengurusan bengkel...betul tak?

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan berjaya dilaksanakan dengan baik. Aku tengok peserta pun hepi dengan bengkel ini dan positif serta sporting... Tengkiew yea kengkawan sebab bagi sokongan yang tak berbelah bahagi bagi menjayakan bengkel ini.
InShaAllah lain kali kita buat lagi... kalau dapat peruntukan...hikk..hikk..hikk.. Semoga dapat laa yea. Aku pun sangat hepi kerana dapat belajar ilmu baru untuk memantapkan penyiasatan aku. Semoga semua perserta dapat mempraktikkannya dalam tugasan masing-masing...

Sekian.

No comments:

Post a comment