Wednesday, 31 May 2017

7 Sebab Seronoknyer Bercuti Ke Bandar Ho Chi Minh

Assalammualaikum  Salam Sejahtera,



Hai korang... Apa khabar hari nii... Hari nii aku nak cerita pasal percutian aku ke Bandar Ho Chi Minh. Dah lama pun aku pergi iaitu 2 tahun yang lalu...cuma tak berkesempatan untuk menulis tentangnya jer yang tiada. Lagi pun dah ramai sangat yang menulis tentang tajuk nii dan ada yang menulis dengan detail sekali. Apa pun ia terpulang kepada minat masing-masing... kalau yang minat bershopping, memang banyak entri yang berkaitan. Ada juga yang minat melawat ke tempat tempat menarik, ada yang minat melawat tempat-tempat bersejarah, ada yang minat melawat tempat warisan dunia UNESCO dan ada juga yang saja-saja berjalan...tiada tujuan apa pun. Entri aku nii lain sikit... aku nak tulis apa yang aku lihat kat sana.








Offer untuk ke Ho Chi Minh nii datang daripada member belajar aku dulu...yang dah pun jadi cikgu sekolah... dia nak cukupkan ahli kumpulan. Macam orang mengantuk disorongkan bantal... memang aku nak laa. Nii merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki aku ke Bandar Ho Chi Minh nii... aku ajak BFF aku jugak untuk turut serta. Masa tuu package murah jer campur flight (Vietnam Airlines.. memang besar) untuk 3 hari 2 malam iaitu bawah RM 800. Aku tak tukar banyak pun duit Dong Vietnam kerana Ringgit Malaysia boleh digunakan di sini.




Flight kami jam lebih kurang 3:45 petang.. kami sampai sana pun masih lagi petang.  Tiba kat hotel lebih kurang jam 6 petang. Kami balik bilik.. berehat, mandi dan solat. BFF aku dah tak sabar sangat.. so dia keluar gi jalan-jalan dulu. Balik bilik...dia bawa kopi ais Vietnam yang sedap tuu... mulanya aku tak nak minum tapi disebabkan dia cakap sedap...aku pun hirup jugak!



Hotel kami dekat jer dengan bazar dan pasar... turun bawah dan jalan kaki jer. Hari pertama tiba.. kami pergi ke Cau Tau 2... ronda-ronda naik bot ke pulau. Kat pulau nii ada macam-macam aktiviti dan jualan. Antaranya pembuatan candy. Korang juga boleh pusing-pusing nak kereta kuda...memang best giler!!



Oh ya... lupa aku nak bagitau... di awal entri tadi aku ada cerita pasal minat seseorang kalau pergi melancong dan apa tujuannya. Bagi diri aku... aku tengok dari pelbagai sudut antaranya kebudayaan... cara kehidupan mereka, makanan, pakaian...juga senibina bangunan yang ada kat sana terutama sekali bangunan bersejarah. Selain itu...aktiviti menarik yang ada kat Vietnam nii. Bab shopping mopping nii...selalunya jatuh tempat ke 5 dan ikut pada budget yang aku ada....hikk...hikk.



Yang pertama aku nampak ialah mereka kat sini banyak menggunakan motosikal untuk pergi bekerja dan sebagainya. Terlampau banyak sangat motosikal di jalan raya tetapi tak pernah aku melihat sebarang kemalangan yang berlaku sepanjang aku kat Vietnam nii. Aku difahamkan sekiranya berlaku kemalangan...kedua-duanya disabitkan bersalah walaupun dilanggar dari belakang. Dan mereka tak suka naik mahkamah. Oooo patut laa....



Yang ke dua.... aku melihat kedai-kedai jualan kecil tepi-tepi jalan dengan membuka meja kecil dan 2 atau 3 buah kerusi kecil macam kerusi kanak-kanak jer. Kebanyakkannya makcik-makcik yang menjual. Kedai-kedai ini antaranya menjual minuman seperti kopi, ada juga yang menjual jajan dan juga mee kari. memang aku kagum betul  cara diorang sara kehidupan.



Yang ke tiga...aku melihat makanan diorang. Aku rasa ramai yang tahu.. Vietnam nii antara pengeluar kopi yang paling banyak dan sedap. Kalau korang gi sini jangan lupa untuk try kopi nii... aku minta yang kurang manis sikit. Selain kopi aku cuba gak mee supnya, memang sedap dan lain sikit dari Malaysia punya. Korang jangan risau.. kat sini dah banyak kedai kedai makanan yang Halal... milik orang Islam.

Kuih Bingka Ubi

Kuih bingka ubinya antara yang terbaik juga walaupun ianya pada mulanya bukan menjadi kuih kesukaan ku di Malaysia... tapi bila di Vietnam.. rasa ketagih pulak nak makan hari-hari tapi agak mahal sikit la. Dan ada lagi satu makanan diorang yang aku try iaitu roti sandwish...dalamnya ada inti daging dan juga sayur. Roti sandwish nii agak besar dan boleh makan untuk dua orang.


Yang ke empat.... aktiviti yang aku sangat suka bila ke Vietnam ialah menaiki sampan di Sungai Mekong. Dia punya feel tuu susah aku nak gambarkan... keseronokkannya. Sampai nii boleh naik 4 orang jer termasuk pendayungnya. Sambil menyusuri Sungai Mekong... tangan tuu boleh la bermain-main dengan air. pakai pulak dengan topi tradisonal mereka...memang terasa macam gaya pelancong betul.

Pelbagai jenis kopi dan kacang

Yang ke lima.... bangunan yang menarik. Sebelum datang ke Vietnam nii aku dah google terlebih dahulu tentang bangunan-bangunan menarik dan bersejarah yang aku nak pergi jika berkesempatan.... antaranya pejabat pos, gereja dan juga Muzium Perang kerana terletak berhampiran.

Restoran Makanan Halal

Dalam jadual percutian kami memang tak ada pergi ke tempat-tempat macam nii sebab tujuan mereka semua adalah untuk bershopping. Aku pujuk member belajar aku nii untuk bawa aku lihat pejabat pos paling kurang pun. Pada mula member aku kata okey...akan singgah on the way nak ke airport nanti iaitu hari last day. Pada pagi hari kejadian... permintaan aku tak dapat ditunaikan kerana yang lain semua nak gi shopping lagi. Frust menonggeng jugak aku pada awalnya.

Pejabat Pos

Semasa dalam van pelancong... member aku nii pun pujuk ahli yang lain...bagi aku 5 minit untuk gi melihat pejabat pos nii.. Sampai jerr aku terus melompat keluar berlari-lari anak untuk melihat pejabat pos yang sangat cantik rekabentuknya ini. Hiasan dalamannya juga tidak kurang cantiknya... kagum aku. gah dengan hiasan ala Inggeris. Pejabat Pos ini masih lagi beroperasi dan ditengah-tengahnya terdapat kaunter jualan poskad dan juga cenderahati. Bersebelahan pejabat pos ini terdapat gereja yang juga cantik senibinanya.


Pada hari pertama datang juga aku dapat melihat sebuah masjid dengan rekabentuk yang cantik apabila kami singgah untuk solat asar sebentar. Negara Vietnam ini masih lagi mengambil berat akan bangunan-bangunan bersejarah di Negara mereka dengan melakukan kerja-kerja pemuliharaan dan menjadi salah satu tarikan kepada pelancong.


Ke enam...shopping. Tempat popular untuk bershopping adalah di pasar Ben Thanh. Macam-macam ada. Kat Vietnam nii banyak barangan yang boleh dibeli...antara yang popular ialah kain atau pakaian dan juga barangan hiasan rumah. Masa aku pergi... aku tengah giler kain cotton... banyak jugak laa yang aku beli untuk adik-adik aku jugak sebab murah...seratus ringgit boleh dapat 4 atau 5 pasang. Telekung sembahyang jugak murah... yang cantik dan boleh dapat dalam harga RM 40.... kat Malaysia diorang jual dalam RM 90 - RM 100.


Ke tujuh dan terakhir...pasal buah-buahan kat sini. Korang kena rasa sebab gebu dan besar-besar sebab tanah kat sini subur. Memang geram tengok buah-buahan kat sini...harga pun murah. Buah ciku pun dah sama besar dengan buah epal. Anggur...pelam...buah naga...mata kucing...dan lain-lain banyak dijual di sini.


Tuu saja laa untuk kali ini... semoga entri ini dapat memberi manafaat untuk korang apabila pergi ke Bandar Ho Chi Minh nanti. Selain bershopping...ambil laa sedikit masa untuk mengenali kebudayaan negara diorang.


Sekian.

Tuesday, 30 May 2017

Chinese Movie Review : The Third Way Of Love

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua...apa khabar khari nii. Semoga ceria-ceria yea. Hari nii aku nak buat filem review. Kalau korang suka layan  movilove story, aku suggest korang tengok movie China nii. Citernya ala-ala cinderella zaman moden gitu. Citer ni bagi aku sangat sweet dan menyedihkan... heronya handsome dan heroinenya pulak cantik... kalau dalam hati korang jenis ada taman....memang mengalir air mata dibuatnya. 
Movie ini dah ditayangkan pada 25 September 2015 yang lalu di China dan mendapat box office. Pengarah  citer ni John H. Lee (Lee Jae-han). Aku sendiri pun tengok dua kali. Tapi aku kurang pasti sama ada citer ni ada ditayangkan kat Malaysia atau tidak.
Ceritanya berkisahkan seorang pemuda dari keluarga hartawan yang mempunyai banyak syarikat besar iaitu Lin Qizheng (Song Seung-heon) yang jatuh hati pandang pertama kat Zou Yu (Liu Yifei) seorang peguam. Mereka mula bersua ketika di dalam kapal terbang apabila Zou Yu menangis teresak-esak disebab bercerai dengan suaminya dan dia terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli tiket 1st class kerana tiket ekonomi telah habis.
Li Qizheng berasa sangat bersalah melihat Zou Yu menangis... lalu menghulurkan tisu tetapi ketika ini Zou Yu tidak perasan akan wajah Li Qizheng. Tetapi apabila di airport...Li Qizheng melihat Zou Yu ketawa dengan riang ria pula.
Apabila sampai di rumah...Zou Yu terkejut melihat adik perempuannya Zou Yue (Meng Jia) cuba untuk membunuh diri kerana putus cinta. Zou Yu cuba untuk mencari lelaki yang membuat adiknya sangat kecewa. Tanpa diduga...lelaki tersebut adalah Li Qizheng yang merupakan CEO tempat adik perempuannya bekerja.

Rupa-rupanya adik perempuannya bertepuk sebelah tangan (syok sendiri) kerana setiap messenger yang dihantar tidak pernah dijawab oleh Li Qizheng dan Li Qizheng tidak mengenali langsung adik Zou Yu kerana pekerjanya terlampau ramai.

Pada suatu hari berlaku kejadian ingin membunuh diri di tapak projek milik syarikat Li Qizheng. Pekerja tersebut ada membuat kontrak dengan Zou Yu... maka terjumpalah untuk kali ketiga antara Li Qizheng dengan Zou Yu apabila ingin menyelamatkan pekerja tersebut.
Zou Yu berkerja di sebuah syarikat guaman yang kecil...pejabatnya hanya menggunakan kipas kerana tidak dapat menampung keperluan air-cond. Apabila bosnya mendapat tahu Zou Yu mengenali Li Qizheng... bosnya memaksa Zou Yu untuk cuba mendapatkan kontrak dengan syarikat Li Qizheng.
Li Qizheng memberi kontrak kepada syarikat tempat Zou Yu bekerja kerana dia sangat menyintai Zou Yu. Tetapi Zou Yu tidak mahu menyintai Li Qizheng disebabkan adiknya dan juga dia tidak mahu dicintai dan dimewahkan dengan duit...dan taraf mereka berbeza.
Akhirnya Zou Yu tidak dapat menipu dirinya sendiri dan mengaku dirinya juga menyintai Li Qizheng. Mereka cuba untuk menempuhi segala cabaran dan dugaan... 
Li Qizheng tidak mempunyai kawan...hidup dalam kesunyian dan ibunya membunuh diri kerana perkahwinan mereka diatur demi kepentingan syarikat. Sejak berumur 10 tahun... Li Qizheng telah dihantar oleh ayahnya untuk belajar di luar Negara. Li Qizheng mempunyai kawan semasa kecilnya iaitu anak perempuan kepada kawan rapat ayahnya. Ayahnya bercadang untuk kahwinkan Li Qizheng dengan anak kenalannya itu bagi memperkembangkan syarikatnya. Li Qizheng tidak bersetuju kerana cintakan Zou Yu dan tidak mahu hidupnya seperti ibunya. 
Apabila adik Zou Yu mendapat tahu akan percintaan kakaknya...dia cuba untuk bunuh diri lagi. Sementara itu juga Zou Yu dan Li Qizheng diberi tekanan oleh bapa Li Qizheng. Akhirnya mereka terpaksa juga berpisah...walaupun masing-masing sangat mencintai antara satu sama lain.
Citernya sangat simple...tetapi sangatlah romantic dan sweet. Touching giler dibuatnya...menyentuh sanubari hati. Kalau korang suka citer macam ala-ala Hindustan sikit...korang kena tengok citer nii. Aku bagi 5/5 bintang untuk citer nii. Selamat menonton....

Sekian.

Sunday, 28 May 2017

Nasi Tomato Hidangan Cuti Hari Minggu..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,




Hai...Kengkawan semua...Apa khabar? Pada hari ahad yang lepas...aku dan roommate, dengan mood yang rajin teringin masak nasi tomato dan ayam masak merah ala utara.  Aku xberapa nak suka sangat nasi tomato nii...tapi kalau ada aku makan jerr... rezeki jangan ditolak...hikk...hikk. Nasi tomato dan ayam masak merah nii aku buat yang simple jer...menu dapur orang bujang laa katakan.


Bahan-bahan  
4 cawan beras
150g minyak masak atau korang boleh guna minyak sapi atau margerin
3kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 biji bawang besar dicincang
150g tomato puree (tin)
sedikit kiub pati ayam  
sedikit garam
bhn dikisar/tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 hiris halia


Bila dah siap semua bahan tuu...bolehlah start untuk memasak. Koarang panaskan minyak dulu dalam periuk dan api tuu jangan besar sangat...sederhana jer. Pastu boleh laa  ditumiskan rempah-rempah selama 3 minit.


Kemudian masukkan bahan-bahan yang tumbuk tadi dan teruskan menggoreng hingga masak. Setelah itu... masukkan pula bawang besar dan goreng hingga layu. Bila dah layu masukkan pula puri tomato.


Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 2 minit. Last sekali jangan lupa masukkan garam dan tutup periuk tersebut dan biarkan sehingga masak. Kemudian kita sediakan pula bahan-bahan untuk memasak Ayam Masak Merah Ala Utara..


Bahan-bahan
3/4 ekor ayam
1 labu bawang besar
2 sudu makan tomato pure
1 paket cili boh (aku guna jenama puteri)
2 inci halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 labu bawang besar - kisar
2 batang serai - ketuk/titik
4 biji tomato - potong dadu
setengah kotak kecil santan
Minyak masak secukupnya
sedikit garam
sedikit gula


Mula-mula sekali korang goreng dulu ayam separuh masak. Pastu angkatkan dia keluar dari kuali. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar hingga garing dan berbau harum.



Selepas tuu... baru dimasukkan semula ayam tadi bersama tomato pure dan bawang besar. Kemudian dimasukkan santan dan akhir sekali garam dan gula secukupnya. Gaulkan sehingga sebati...dan biarkan sehingga kuahnya menjadi pekat. Dah bolehlah dihidang bersama nasi tomato tadi....Waahhh...yummy memang sedap resepi roommate aku nii.



Sebenarnya untuk lagi menarik dan kebabom...korang bolehlah masukkan kacang pea dalam Ayam Masak Merah nii.. Dan kalau dah terlebih rajin sesangat... korang boleh buat arca atau jelatah..memang kelas gitu makan dengan Nasi Tomato nii. Kalau malas sikit...korang hidang jer dengan sayur salad.


Semoga korang dapat mencubanya di rumah. Roomate aku nii dia buat banyak sebab nak bawa ke tempat kerja.. makan beramai-ramai dengan kengkawan dia. Boleh laa jadikan menu juadah untuk Hari Raya nii kan! Selamat Mencuba...


Sekian.

**jangan lupa follow blog aku yea

Friday, 26 May 2017

Dewan Bahasa Dan Pustaka Menjadi Pusat Kajian Bertaraf Dunia...

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Apa khabar hari nii. Jom aku nak bawa korang pergi melawat ke bangunan warisan dan bersejarah yang terdapat di Kuala Lumpur. Bagi yang penggemar buku pasti pernah pergi ke bangunan ini. Bangunan ini yang paling istimewanya adalah muralnya. Bangunan yang aku nak cerita kali ini adalah tentang bangunan Dewan bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali ke dua aku masuk ke bangunan ini.... kali pertamanya semasa diadakan seminar mengenai Sulalatus Salatin.

Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di Johor Bahru, Johor semata-mata untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Nama asalnya  ialah "Balai Pustaka".




Setelah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 - 21 September 1956, Balai Pustaka ditukarkan namanya kepada "Dewan Bahasa dan Pustaka" atas cadangan kongres tersebut. Di samping itu, Dewan Bahasa Dan Pustaka juga dinaik taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaga sendiri.




Pada tahun 1957, Dewan Bahasa Dan Pustaka berpindah ke Kuala Lumpur. Ketika itu, ibu pejabatnya merupakan bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, Dewan Bahasa Dan Pustaka dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, Dewan Bahasa Dan Pustaka diberi kuasa autonomi untuk:
  • menggubal dasarnya yang khusus;
  • menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan
  • menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta.



Pada 31 Januari 1962, Dewan Bahasa Dan Pustaka berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Kemudian pada tahun 1977, Dewan Bahasa Dan Pustaka mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan dua pejabat di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Dewan Bahasa Dan Pustaka juga membuka pejabat di Brunei pada tahun 1963. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga buah pejabat lagi, iaitu:
  • Pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999);
  • Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999); dan
  • Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).




Dewan Bahasa Dan Pustaka menyambut ulangtahun Jubli Emas 50 Tahun Dewan Bahasa Dan Pustaka dan perasmian Menara Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 22 Jun 2006. Dewan Bahasa Dan Pustaka juga berjaya mencungkil bakat terpendam penulis-penulis muda. Antara penulis muda Dewan Bahasa Dan Pustaka yang terus menampilkan novel-novel berkarya tinggi untuk Dewan Bahasa Dan Pustaka adalah Cik. Siti Habsah Abdullah, Puan Malardevi Margamuthu dan Encik Syed Satahkatulah Bin Mohamed Kalik.





Pada 6 Oktober 2009, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 telah dipinda supaya dapat memberi lebih kuasa kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk menangani penggunaan 'bahasa rojak' dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kuasa itu bukan untuk menghukum sebaliknya lebih kepada memberi pendidikan.


Pada 8 Mei 2011, para pengiklan perlu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebelum memohon lesen memasang iklan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Datuk Termuzi Abdul Aziz, peraturan tersebut telah dilaksanakan sejak tahun lalu di bawah undang-undang kecil iklan PBT.





Dewan Bahasa Dan Pustaka melihat dari segi penggunaan bahasa dan visual pada iklan berkenaan terlebih dahulu dan apabila diluluskan, barulah pihak yang membuat permohonan iklan boleh memohon lesen daripada PBT sebelum iklan boleh dipasang. Mana-mana pihak yang membelakangi peraturan ini jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penalti atau penjara mengikut undang-undang kecil PBT berkenaan.





Dalam pada itu, Datuk Termuzi turut mengujar bahawa telah ramai pengiklan memohon iklan, dan mulai tahun 2011, akses perkhidmatan pengiklanan ke PBT turut dipaparkan di laman portal Dewan Bahasa Dan Pustaka.





Di Malaysia, penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dalam pengiklanan dilihat lebih diutamakan berbanding penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium bahasa pengiklanan utama. Walaupun undang-undang telah ada namun penguatkuasaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang utama seperti pendidikan, perniagaan, pengiklanan dan komunikasi masih banyak tidak diendahkan dan kurang diutamakan berbanding penggunaan bahasa Inggeris.


Terus terang aku katakan aku sangat mengkagumi bangunan ini kerana bagi aku..bangunan ini sangat perfect sebagai sebuah bangunan yang skop utama kerjanya ialah penyelidikan kerana di sini terdapat semuanya...kedai jualan buku, perpustakaan, makmal, taska, surau, cafe, auditorium, dewan, bilik, stor, bilik seminar dan ruang kerja kakitangan Dewan bahasa Dan Pustaka. Serba lengkap laa bagi aku. Memang best kalau dapat kerja kat sini. Koleksi bukunya pun banyak...terutama buku2 klasik atau lama....buku-buku sekolah pun boleh didapati kat sini. Semoga ianya kekal menjadi gedung ilmu untuk selamanya.


Sekian.

Wednesday, 24 May 2017

Korean Drama Review : Bring It On Ghost

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Bring It On Ghost atau pun Hey Ghost, Let Fight....mula ditayangkan pada 11 Julai hingga 30 Ogos 2016 sebanyak 16 episode. Citernyer berkisahkan seorang pelajar kolej jurusan ekonomi berusia 23 tahun  iaitu Park Bong-pal (Ok Taec-yeon) yang dapat melihat hantu sejak dari kecil lagi.


Pada suatu hari dengan tidak sengaja dia telah terjumpa dengan roh Kim Hyun-ji (Kim so-hyun) yang merayau-rayau selama 5 tahun dan cuba mencari sebab bagaimana dia mati. Kim Hyun-ji membuat perjanjian dengan Park Bong-pal bahawa dia akan membantu Park Bong-pal untuk melawan hantu-hantu bagi mendapatkan duit untuk perbelanjaan hariannya dengan syarat Park Bong-pal membantunya memperolehkan ingatannya semula untuk mencari bagaimana dia boleh mati.

Myeol-cheol (Kim Sang-ho) pula seorang budha berumur 55 tahun yang banyak membantu Park Bong-pal semenjak kecil lagi apabila Park Bong-pal dirasuk hantu jahat. hantu jahat ini ingin membalas dendam dan merasuk kedalam tubuh professor Joo Hye-sung (Kwun-yuo) iaitu professor Park Bong-pal.

Ada dua orang pelajar senior juga yang sangat meminati untuk mencari hantu...dan mereka telah mengajak Park Bong-pal untuk join team mereka bagi melawan hantu-hantu tersebut.

Lama-kelamaan...Park Bong-pal telah jatuh hati kepada roh Kim Hyun-ji dan mereka menjadi pasangan kekasih. Ketika berlaku sedikit perselisihan faham...Kim Hyun-jin telah menghilangkan diri dan mendapati dianya sebenar bukanlah hantu...tetapi roh. Dia masih lagi hidup di wad ICU dan telah koma selama 5 tahun.
Apabila Kim Hyun-jin sedar daripada koma...dia tidak dapat mengingati tentang Park Bong-pal....tetapi Park Bong-pal berusaha untuk menawan balik hati Kim Hyun-jin walaupun dia tidak disuka oleh Kim Hyun-ji.
Ternyata usaha Park Bong-pal berbaloi dan Kim Hyun-jin jatuh hati padanya semula dan mereka akhirnya menubuhkan satu pasukan bagi melawan hantu supaya roh hantu-hantu ini tenang dan dapat kembali ke tempat yang sepatutnya.
Bagi aku...citer nii not bad laa...untuk hiburan santai. Ada unsur sedih, seram dan juga sedikit kelakar. hantu-hantunya boleh tahan jugak menakutkan!! Aku bagi 3/5 markah untuk drama ini. Semoga korang hepi menonton drama ini.....

Sekian.