Sunday, 9 April 2017

Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (Lama) Dari Ipoh Ke Padang Besar

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,
Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Korang biasa naik keretapi tak..?? Keretapi yang lama dan keretapi yang baru sekarang...ETS. Kalau yang menetap di Kuala Lumpur...mungkin biasa naik keretapi jenis komuter..LRT...monorail dan sebagainya untuk pergi kerja atau gi shopping area KL kan! Hari nii aku nak kenalkan korang dengan sejarah dan stesen-stesen KTMB yang lama...ada yang telah dirobohkan untuk tujuan pembinaan laluan keretapi berkembar ini...dan ada juga yang terbiar kesepian disebabkan laluan baru dilencongkan dari laluan lama.
Namun ada juga stesen-stesen ini digunakan semula untuk dijadikan sebuah kopitiam dan sebagainya... Aku berpeluang untuk mengambil gambar-gambar stesen ini untuk dibuat inventori sebelum kerja-kerja pembinaan landasan berkembar ini berjalan iaitu di tahun 2007. So gambar aku nii memang gambar lama...rasa rugi pulak dok menyimpannya...lebih baik aku kongsi kat entri nii...dan sori yea..gambarnya tak berapa nak bagus sangat. Ok jom kita kenali dulu sejarahnya....
Perkhidmatan kereta api yang berusia lebih 100 tahun itu melalui pelbagai perubahan. Bermula dengan lokomotif arang batu, enjin diesel, elektrik diesel sehinggalah kepada perkhidmatan Komuter menggunakan tenaga elektrik yang pertama kali diperkenalkan pada 1995. Pengangkutan keretapi diperkenalkan di Tanah Melayu pada lewat kurun ke- 19. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pantai. British telah meperkenalkan pengangkutan ini untuk kepentingan ekonomi mereka



Tokoh yang bertanggungjawab ke atas pembinaan jalan keretapi yang pertama ialah Sir Hugh Low, residen Perak yang kedua. Landasan keretapi pertama dibina di negara kita adalah dari Taiping ke Port Weld .Di Selangor, Frank Swenttenham membina sebuah landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Port Swettenham(Kuala Klang) dan Seremban ke Port Dickson.



Stesen keretapi yang pertama dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1892.Landasan keretapi juga dibina bagi membolehkan kawasan-kawasan baharu dibuka untuk kegiatan ekonomi seperti pelombongan dan penanaman getah.Sebelum 1908, landasan kerea api dari Seremban ke Port Dickson dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta.Kemudiannya, landasan itu menjadi milik kerajaan negeri-negeri Melayu apabila membeli daripada syarikat tersebut. Pembinaan jalan keretapi antara negeri-negeri hanya dimulakan selepas pembentukan Persekutuan pada tahun 1896

Menjelang 1941, satu sistem jalan keretapi yang lengkap dibina di Tanah Melayu. Hanya Terengganu sahaja yang tidak mempunyai sistem perkhidmatan kereta api.Tambak Johor dibina pada tahun 1923 merentasi selat Tebrau untuk menghubungkan Tanah Melayu dengan Singapura.



Di Sarawak , landasan keretapi dibina dari Kuching ke Batu 10 . Manakala di Sabah, dari Weston ke Jesselton. Landasan ini dibina untuk membolehkan kawasan-kawasan baharu di sepanjang landasan keretapi itu dibuka untuk pertanian. .Pembinaan landasan keretapi di negara kita hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi sahaja.. Di kawasan lain, alat perhubungan yang utama ialah sungai dan laut. Perkembangan perhubungan landasan keretapi membawa kepada pengenalan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon,pos,dan radio.


Sejarah Keretapi Tanah Melayu
  • 1885 – Landasan keretapi yang pertama dibina bagi menghubungkan dua buah Bandar bijih timah iaitu antara Taiping dan Port Weld ( Kuala Sepetang). Landasan sejauh 12 KM itu digunakan untuk membawa bijih timah ke perlabuhan.
  • 1893 – Sebuah lagi rangkaian ditubuhkan, menghubungkan Tapah dan Telok Anson.
  • 1900 – Perkhidmatan keretapi bertanggungjawab menjalankan, mengurus dan membangunkan Port Swettenham, kini dikenali sebagai Port Klang. Bermula sebagai pelabuhan keretapi, Port Klang dibangunkan menjadi pelabuhan terpenting di dalam negara. Pentadbiran pelabuhan pula diambilalih oleh Swettenham Port Authority pada 1 Julai 1963.

  • KTMB Ipoh, Perak
    1901 – Penggabungan beberapa buah negeri untuk membangunkan keretapi telah menubuhkan Federated Malay State Railway (FMSR).
  • 1903 – Pemasangan tambahan kepada landasan utama yang menguntungkan dari Kuala Lumpur ke Prai.
  • 1906 – Perkhidmatan bas FMSR memulakan operasi lima kali sehari dari Stesen Jalan tapah ke Pekan Tapah, Perkhidmatan bas ini dikembangkan untuk meliputi Temoh – Chenderiang, Kuala Lumpur – Ampang, Klang – Kuala Selangor dan beberapa buah pekan di Pahang.
  • 1907 – Perkhidmatan teksi diperkenalkan oleh FMSR menggunakan “charabancs” untuk mengangkut penumpang di Lembah Klang.
  • 1909 – Pemasangan tambahan landasan utama ke stesen dari Gemas ke Johor Bahru.
KTMB Tasek, Perak

  • Perolehan Syarikat Keretapi Kerajaan Singapura membawa kepada perjalanan tanpa gangguan dari Padang Besar di utara Semenanjung Malaysia.
  • 1931 – Merentangi pantai barat untuk menghubungkan selatan dengan Tumpat.
  • 1940 – Kemunculan keretapi sebagai salah satu agen pengangkutan yang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.
  • 1948 – Ordinan Keretapi 1948 digubal dan FMSR dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu (KTM) atau Malayan Railway.
  • 1954 – Federation Air Service (FAS) hakmilik kerajaan, telah diambilalih dan diletakan dibawah kontrak KTM pada 1 Julai 1954. Mempunyai lima buah pesawat udara dengan kapasiti lima orang penumpang setiap pesawat. Digunakan untuk perkhidmatan berjadual antara Kuala Lumpur dengan pekan-pekan di bahagian pendalaman Semenanjung. Fas telah diserahkan kepada Malayan Airways Ltd. Pada 1 Mac 1958.

KTMB Tanjung Rambutan, Perak

  • 1957 – Bulan Ogos menandakan bermulanya pemodenan keretapi. KTM mempelopori penggunaan likomotif penjana elektrik berinjin diesel, menghentikan secara beransur-ansur lokomotif berkuasa wap.
  • 1961 – Datuk Ahmad Perang telah dilantik sebagai Pengarah Urusan KTM pada 1 Oktober 1961. Beliau merupakan anak Melayu yang pertama memimpin pentadbiran KTM selepas 66 tahun KTM dibawah pimpinan Orang Eropah.
KTMB Chemor, Perak

  • 1972 – Sekolah Latihan KTM di Sentul dibuka semula pada November 1972 selepas dimusnahkan semasa Perang Dunia Kedua.
  • 1985 – KTM meraikan ulang tahun ke 100 pada 1 Jun 1985
  • 1992 – Pada 1 Ogos 1992, KTM diperbadankan dan dikenali sebagai Keretapi Tanag Melayu Berhad (KTMB).
  • 1995 – Keretapi elektrik pertama milik negara, KTM Komuter diperkenalkan kepada orang ramai pada 3 Ogos 1995 dengan dua buah landasan saling bersambungan menghubungkan Rawang - Seremban dan Sentul – Port Klang.
  • 2000 – Pada bulan Julai 2000, fasa ke dua projek landasan berelektrik menghubungkan Rawang ke Ipoh bermula.
KTMB Sungai Siput, Perak

    Kependudukan Jepun dan Pemberontakan Komunis (1941 – 1958)

    1. Semasa kependudukan Jepun, lebih daripada 500 KM landasan keretapi dipindahkan dan diangkut ke utara untuk pemasangan landasan Keretapi Maut dan laluan Segenting Kra.
    2. Tentera Jepun menggunakan kapal untuk menghantar gerabak yang dianggarkan sebanyak 3,000 buah kepunyaan KTM utnuk digunakan di Siam dan Indo-China.
    3. Keadaan menjadi lebih buruk semasa Darurat apabila Pemberontakan Komunis yang telah menyerang landasan keretapi, menembak keretapi yang sedang bergerak, membakar stesen keretapi dan memusnahkan kelengkapan komunikasi.
    4. KTM memperkenalkan Permenant Way Jeeps, dilengkapi dengan askar bersenjata utnuk mengawal keretapi bergerak. Perkhidmatan ini ditamatkan apabila ia diserang oleh Komunis.
    5. Pada tahun 1953, KTM memulakan penggunaan 42 unit Armoured Wickham Trolley, yang diselenggarakan oleh KTM dan Polis Persekutuan utnuk meronda landasan keretapi dan bertindak sebagai pilot vehicle yang diletakan dibahagian depan keretapi.
    6. Darurat mengakibatkan KTM mengalami kerugian, disebabkan kejadian 197 keretapi tergelincir, 18 buah stesen musnah, 580 alat komunikasi dan kelengkapan signal rosak, 441 kejadian sabotaj terhadap landasan keretapi dan jambatan serta 78 buah lokomotif musnah. 36 orang penumpang terbunuh dan 161 cedera.

KTMB Kuala Kangsar, Perak


STESEN-STESEN KERETAPI DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Malaysia mempunyai landasan keretapi kira-kira 1791 km. Kira-kira 1665 km daripada terdapat di Semenanjung Malaysia.   Semenanjung Malaysia mempunyai  dua sistem landasan keretapi utama iaitu;

a) Dari Padang Besar ke Johor Bahru  dan menganjur ke Singapura melalui      Tambak Johor.

b) Dari Kuala Lumpur ke Gemas, Jerantut, Gua Musang dan Tumpat di pantai timur dan bersambung ke Sungai Golok di Negara Thai (526km)

KTMB Padang Rengas, Perak


Gemas ialah stesen persimpangan landasan keretapi antara pantai barat dengan pantai timur Semenanjung Malaysia. Kegiatan perlombongan bijih timah dan penanaman getah telah menyebabkan perkembanagan awal perkhimatan keretapi.
KTMB Taiping, Perak

Terdapat beberapa cabang keretapi juga di negara kita. Misalnya,

a) Bukit Mertajam ke Prai
b) Taiping ke Kuala Sepetang
c) Tapah Road ke Teluk Intan
d) Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang
e) Seremban ke Port Dickson

f) Gemas ke Johor Bahrudan Pasir Gudang
KTMB Pondok Tanjung, Perak

KTMB Bukit Merah, Perak

KTMB Bagan Serai, Perak
KTMB Parit Buntar, Perak


KTMB Nibong Tebal, Pulau Pinang

KTMB Simpang Ampat, Pulau Pinang




KTMB Butterworth, Pulau Pinang
KTMB Bukit Tengah, Pulau Pinang
KTMB Bukit Mertajam, Pulau Pinang
KTMB Penanti, Pulau Pinang
KTMB Tasek Gelugor, Pulau Pinang
KTMB Sungai Petani, Kedah
KTMB Gurun, Kedah
KTMB Jenun, Kedah
     
KTMB Alor Setar, Kedah

KTMB Tunjang, Kedah

KTMB Arau, Perlis

KTMB Bukit Ketri, Perlis


Sejarah awal Stesen Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur bermula pada 1886 sempena pembukaan landasan kereta api di antara Kuala Lumpur dan Klang manakala stesen modennya dibuka pada 1 Ogos 1910. Stesen keretapi di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan setelah lebih seratus tahun berlalu. Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mengekal dan memelihara stesen keretapi ini yang mempunyai nilai sejarah kepada negara kita.

KTMB Padang Besar, Perlis
Kerajaan Malaysia telah mengarahkan Keretapi Tanah Melayu mengubah suai serta mencantikkan stesen keretapi tersebut. Kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan pada Ogos 1983 dan siap pada Ogos 1987. Kerja-kerja tersebut telah menelan belanja sebanyak RM27 juta. Kerja-kerja ubah suai tersebut telah dilakukan dengan teliti untuk mengekalkan rekabentuk yang asal. Ini dilakukan agar bangunan bersejarah ini dapat dikekalkan sebagai bangunan warisan dan untuk tatapan generasi akan datang.

Sekian.

5 comments:

  1. saya amat tertarik sekali mengenai sejarah KTMB di Malaya ini.Ingat lah ketika kita sedang menaiki keretapi ini kenangkan lah kembali sejarah KTMB ini kembali agar kita tahu dimana kita sedang berpijak

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Ini saja bahan yang saya ada mengenai KTMB ini yang dibuat untuk inventori. Alhamdulillah dapat dikongsi bersama. Gambar ini sebagai kenangan untuk semua.

    ReplyDelete
  3. Assalam. Penulis dapat sumber informasi ni dari mana ya? Para penulis sangat digalakkan untuk tulis sumber rujukan untuk tujuan kajian dan akademik.

    ReplyDelete
  4. Hasil kajian saya sendiri di jbtn warisan negara

    ReplyDelete
  5. Gambar tu bukan dari hasil tangkapan sendiri kan. Bagi la kredit pada empunya/sumber gambar. Setidak-tidaknya keringat/susah payah/masa/wang ringgit orang yang empunya gambar tu dihargai. Aduhai maknusia.........

    ReplyDelete