Saturday, 8 April 2017

Masjid Kampung Hulu Melaka....Masjid Yang Berusia 300 tahun Dan Ke Dua Tertua Di Melaka

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai..hai...korang semua. Jom ikut aku pergi ke negeri yang penuh dengan sejarah nii. Kita pergi ke Melaka untuk melihat masjid yang sangat cantik seni binanya. Masjid di Melaka mempunyai rekabentuknya yang tersendiri dan tidak dapat korang lihat kat negeri-negeri lain. Salah satu masjid yang sering diperkatakan ialah Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir. Masjid Kampung Hulu adalah kedua tertua di negeri ini selepas masjid Peringgit. Berusia kira-kira 300 tahun apabila ia mula dibina pada 1728 Masihi.




Selain daripada keunikan reka bentuknya, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara kerana mengambil air kolahnya bagi dijadikan penawar penyakit yang tidak dapat dirawati doktor perubatan. Hampir setiap hari ada sahaja orang ramai yang berkunjung ke masjid ini sama ada membawa botol kecil atau besar untuk mengambil air daripada kolah tersebut. Masjid baru sekarang tidak lagi menggunakan kolah tetapi saluran paip. 


Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melakadi persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga kaum Cina. Masjid ini dibina dalam tahun 1728. Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah masjid paling tua di Malaysia serta masih lagi digunakan dan kekal berada di tapak asalnya.




Masjid ini didirikan oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (singkatannya V.O.C.), kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada tahun 1624, penjajah Portugis telah datang sejak tahun 1511, memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan Kristian di Melaka




Pemerintah Belanda telah mengarahkan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan rumah ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom iaitu seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam, ditugaskan oleh pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asalnya ini kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas.



Penjajah Belanda juga menggalakkan kepelbagaian budaya di kalangan penduduk. Ciri-ciri senibina masjid dari tanah Jawa telah dimasukkan di dalam rekabentuk Masjid Kampung Hulu. Masjid ini mempunyai 3 lapis bumbung dengan bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini bertujuan bagi membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam ruangan masjid. Mereka percaya bahawa lapisan bumbung paling atas bererti `iman manusia kepada tuhan’, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia’ dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta’. 



Struktur bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid, yang kemudiannya membawa kepada tiang-tiang penyokong yang lain. Walaupun rekabentuk masjid ini dipengaruhi oleh senibina Jawa.... Masjid Kampung Hulu tidak dibina daripada bahan kayu seperti masjid-masjid di Jawa, sebaliknya dibina menggunakan bahan bata dan plaster. Masjid ini juga mempunyai tembok rendah yang memagarkan kawasan masjid ini. 




Seperti kebanyakan masjid di Melaka yang dibina pada zaman itu...hiasan dengan pengaruh Cina digunakan bagi menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin dinding dan jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching juga digunakan serta pelbagai jenis motif digunakan untuk menghiasi tepi kubah masjid. Menara batu pula dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda masyarakat Cina.



Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid berkenaan. Pada bucu bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur, mahkota dan awan larat.




Masjid ini adalah antara 777 bangunan bersejarah disenaraikan oleh Archnet. Masjid ini telah menjalani kerja-kerja pemuliharaan dari tahun 2010 hingga tahun 2014 dimana struktur asal masih dikekalkan. 




Masjid Kampung Hulu di dirikan tahun 1728 oleh Dato’ Samsudin Bin Arom. Wakil dari masyarakat Melayu, dimasa penjajahan Belanda di Melaka, kebebasan beragama cukup dihargai dan berkembang dengan baik. Masyarakat pribumi kala itu dipimpin oleh seorang yang membangun tempat ibadah mereka masing-masing sesuai dengan keperluan.
 

Karena jaraknya yang tidak jauh dari Jonker street (disebut juga Jonker walk atau Jalan Hang Jebat) kawasan yang sangat terkenal di Melaka...kalau korang sedang berada di kawasan ini...korang dapat pergi ke masjid ini dengan berjalan kaki.




Biarpun sudah menjangkau usia yang agak panjang namun struktur masjid ini yang boleh memuatkan 270 jemaah pada satu-satu masa dilihat masih utuh. Difahamkan beberapa pengubahsuaian terhadap masjid ini dengan mengekalkan struktur asal apabila atap nipah yang digunakan pada awal pembukaannya telah ditukar dengan atap genting.



Bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke masjid ini sudah pasti anda akan terpegun dengan ukiran dan ciri-ciri seni binanya yang menggabungkan ukiran daripada China dan Aceh.


Berdasarkan kajian oleh beberapa penyelidik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), masyarakat Melayu di negeri ini suatu masa dahulu mempunyai kepercayaan tersendiri iaitu setiap lapisan bumbung masjid di negeri ini mempunyai maksud tertentu dan mempunyai hubungan antara satu sama lain. 


Dalam pada itu, bahan binaan pada bahagian dinding masjid juga dipercayai diperbuat daripada campuran putih telur dan pasir serta batu granit. Pada pintu depannya pula terdapat sebuah gendang lama serta dua buah meriam lama terletak berhampiran kaki tangga memasuki masjid tersebut.



Mimbarnya masih mengekalkan bentuk yang lama dan dapat dilihat struktur binaan yang agak lama tetapi masih mampu bertahan. Di dalam perkarangan masjid terdapat makam Sayyid Abdullah Al-Haddad, seorang guru agama yang terkenal yang dianggap sebagai Wali yang merupakan seorang pendakwah dari Yemen dan makam tersebut dipercayai berusia lebih 100 tahun


Masjid ini bukan sahaja cantik dari senibinanya tetapi sejarahnya jugak menarik. Aku memang suka tengok senibina masjid, rumah tradisional dan yang seangkatan dengannya. Kita seharusnya berbangga kerana kat Malaysia nii...banyak kebudayaan yang dapat kita lihat dan alaminya sendiri.....Jom melancong ke Melaka...

Sekian.

No comments:

Post a comment