Monday, 17 April 2017

Kuih Keria Antara Bangsa Di Limbongan Melaka......Ada Yang Sanggup Berbaris Panjang Macam Ular Untuk Membelinya.

 Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua apa khabar hari nii. Diharap semuanya sihat-sihat ajer hendaknya yea. Hari nii aku nak cerita tentang kuih keria yang orang dok viral-viral tuu... sedap ke kuih keria tuu...? Kedai kuih keria ini terletak di Limbongan Melaka. Kalau korang nak tahu...kedai kuih keria antara bangsa nii tak laa jauh dari rumah mak mertua aku...lebih kurang 5 minit jer naik kenderaan. Walau pun dekat...aku tak la jugak berpeluang untuk pergi membelinya kerana kesibukkan membantu en hubby di kedai... Bila kengkawan ofis tanya aku kuih ni sedap sangat ke...? Aku memang tak tahu nak jawab. Akhirnya aku pun pujuk rayu hubby aku untuk bawa gak aku gi ke kedai kuih keria ini time free.


Hubby aku berjanji untuk membawa aku gi ke kedai ini pada ahad yang lalu....tapi hubby aku tunggu dalam kereta jer. Semasa aku sampai...aku lihat orang dah beratur panjang tapi aku tak nampak pulak kuih kerianya...oooo mungkin tengah masak kat dapur kot...

Aku jadi serba salah nak beratur sebab panjang sangat macam ular melingkar atas pagor. Aku cal hubby aku sebab rasa macam nak blah jer...yea laa aku rasa giliran aku yang ke 60 ada.... masa tuu aku otw nak balik KL..bas aku jam 4 petang...jam kat tangan baru jam 2:30 petang. Memang laa ada masa tapi cam malas jer nak berbaris panjang macam nii... tapi hubby aku cakap...time nii la ada peluangnya pun nak beli...tunggu jer laa dulu...kata nak rasa makan. Akhirnya aku mengalah... so aku teruslah berbaris jugak!

Daripada pemerhatian aku...rata-rata yang datang bukannya dari Melaka tetapi dari negeri-negeri lain...dan juga kebanyakkannya 1st time nak beli dan nak rasa.
Aku sendiri pun tak confident sangat rasanya sedap...yea laa...suami aku yang anak jati Melaka pun tak pernah nak offer datang ke kedai nii...tak pernah pun nak citer pasal kuih keria nii. Apatah lagi suami aku nii bab makan memang cerewet sikit.

Aku kuatkan semangat jugak untuk berbaris dan berjaya membelinya sebanyak 20 biji...cadangan awal nak beli 10 biji jer buat rasa... tapi dah alang-alang berbaris panjang...rugi pulak beli sikit...beli la banyak hingga boleh buat untuk makan malam sekali..haaa...haaa...haa... 20 minit kemudian tiba laa giliran aku...nasib baik tak lama... (aku difahamkan ada jugak yang pernah berbaris hingga 3 jam)

Dalam kereta dah tak sabar nak makan...hubby aku laa...dia pulak yang lebih-lebih. Tengok dari gaya dia makan....memang sedap kuih keria nii...hubby aku boleh makan 8 biji dalam kereta sedangkan kami baru jer makan tengahari nasi beriani dan coconut shake Klebang. Aku macam tak percaya  jer...biar betul..panjangnya tali perut dia boleh isi lagi dengan kuih keria.

Aku pun cuba...ternyata memang sedap kuih keria antara bangsa ini. Masa aku makan tuu..masih panas lagi..isinya memang lembut...dan terasa ubi keledeknya. Awalnya kuih nii hubby aku belanja aku untuk aku bawa ke KL separuhnya...tetapi sebabkan kena dengan selera tekaknya...dia minta pulak separuh dari aku untuk diri dia...nasib baik aku beli lebih. Kalau tak...kempunan laa aku...
Kat kedai nii bukan jual kuih keria jer tetapi ada juga jual kuih kaswi..kuih bom..kuih karipap dan juga laksa tapi tak la banyak. Korang tahu tak cerita disebalik kuih keria yang viral nii... Meh aku citer sikit....

Kalau korang nak tahu... kuih keria nii ilham dan cetus rasa daripada Encik Jalil Tompang. En Jalil nii dulunya seorang nelayan...disebabkan desakkan hidup dan ingin memperbaiki kehidupannya dengan  menyara 6 orang anaknya... maka terwujud laa kuih keria ini...
Sebenarnya Encik Jalil bukan la penggemar kuih keria tetapi kuih ini sering dihidang oleh ibunya setiap kali minum petang menyebabkan beliau mendapat ilham untuk menjual kuih keria ini.

Seminggu lepas belajar membuat kuih ini...barulah beliau berani untuk menjualnya sebanyak 20 biji untuk permulaan di hadapan rumahnya dengan harga 5 sen sebiji...kemudian bertambah kepada 100 biji sehari...untungnya dapatlah dalam RM 6 (lebih kurang RM 600 nilainya sekarang)
Untuk mencari kelainan dan beliau merupakan anak jati Melaka..maka beliau menggunakan gula Melaka sebagai sira kuih kerianya. Sehingga kini..kuih kerianya dikenali ramai...

Setelah setengah abad...sebanyak 1,000 biji kuih keria perlu disediakan setiap hari dan bilangannya meningkat dua kali ganda untuk hujung minggu...perrgh banyak sungguh. Sebiji beliau menjualnya dengan harga 60 sen...so korang agak berapa laa untungnya sehari...



Aku bungkus jer untuk dibawa balik ke KL

  
Setiap hari...beliau mula mengupas keledek, merebus dan menguli seawal pukul 7 pagi. Kemudian.... akan menggoreng dan menyira. Encik Jalil kena pastikan sebelum pukul 1 petang, kuih sudah sedia untuk dijual kerana pada waktu itu pelanggan sudah mula menunggu.
Beliau dibantu oleh menantu....Azura (Noor Azura Baba) dan empat orang pekerja untuk mempercepat proses penyediaan dan akan berada di dapur sehingga pukul 5.30 petang. Selain itu...anaknya yang ke lima juga turut mewarisi kepakaran dan perniagaan beliau ini.
Gebu dan lembut kuih keria antara bangsa ini

Disebabkan gerainya tidak pernah putus dengan pelanggan tanpa mengira masa dan menjadi buah mulut masyarakat setempat mahupun dari luar, kerajaan negeri Melaka mengiktiraf keria antarabangsa sebagai salah satu produk pelancongan negeri itu.
Aku dan hubby yang 1st time cuba kuih keria nii
 
Sebenarnya tak susah pun nak buah kuih keria nii... aku sediakan resepi kat bawahnya...supaya korang boleh  cuba.


Bahan
500 gm keledek putih
¾ cawan tepung gandum


Bahan Sira
150 gm gula Melaka
1 sudu besar gula putih
¼ air masak
Sedikit garam


Kentang tuu korang potong-potong dan rebus dulu hingga empuk. Dah empuk korang lenyekkan dan gaul dengan tepung gandum sedikit demi sedikit...bila dah sebati...korang bulatkan macam bentuk donut tuu dan digoreng.


Air siranya pula...korang panaskan dalam kuali kesemua bahan sira tersebut...lepas tu siram jer kat kuih keria yang korang dah bentukkan macam donut tuu...tarraaa dah jadikan.

Apa pun ikut citarasa tekak korang...mungkin ada yang kata kuih keria antara bangsa nii...biasa-biasa saja rasanya... tapi bagi aku aku menyukainya dan kuih nii antara yang terbaik pernah aku makan selain dari kuih buatan tangan mak aku...Selamat mencuba yea...

Sekian.

No comments:

Post a comment