Saturday, 15 April 2017

Kubu Datuk Maharaja Lela Di Pasir Salak Hampir Hilang Ditelan Masa

 Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,



Aku tak pasti sama ada korang tahu tak akan kewujudan kubu Dato' Maharaja Lela ini. Sebenarnya sisa-sisa kubu ini masih ada...cuma yang tidak ada lagi adalah menara tinjau/menara pertahanannya. Setahu aku menara ini ada 2 buah tetapi telah runtuh disebabkan faktor cuaca dan terbiar tanpa jagaan.

Kubu Dato’ Maharaja Lela terletak lebih kurang 150 meter daripada tebing Sungai Perak. Berhampiran dengan Kompleks Sejarah pasir Salak. Kubu tersebut dibina di sekeliling balai dan rumah Dato’ Maharaja Lela.




Dato’ Maharaja Lela memiliki sebuah rumah  yang besar dan baru dibina. Fakta tersebut disahkan dalam Frank Swettenham dalam bukunya. Kubu Dato’ Maharaja Lela diperbuat daripada tanah liat dengan mengorek tanah di sekeliling rumah dan Balai Dato Maharaja Lela.

Dalam Kubu Tersebut terdapat sekurang-kurangnya dua Meriam Lela yang diletakkan untuk tujuan pertahanan. Disamping itu  terdapat ranjau-ranjau di dalam parit di sekeliling kubu. Kubu tersebut dibina selepas  Birch datang ke Pasir Salak dan selepas Birch menjadikan Bandar Bahru sebgai penempatan resedensi beliau.

Rumah Datuk Maharaja Lela

Pembesar-pembesar Melayu telah mnyedari bahawa penjajah British berhasrat hendak menakluk negeri Perak. Kubu tersebut dibina sebaik sahaja selepas Biorch gagal dalam percubaab mempengaruhi pembesar-pembesar Melayu untuk arahannya.

Pada bulan Mac 1875, Birch  pergi ke Pulau Pinang. Sementara itu, Dato’ Maharaja Lela telah mengumpulkan orang untuk membina kubu tersebut. Dipercayai beratus-ratus orang bekerja secara bergootong-royong untuk membina kubu tersebut. Kubu ini dipercayai siap dibina pada Bulan September 1875. Selepas kubu ini siap dibina, majlis kenduri yang dihadiri lebih 300 orang diadakan sebagai tanda kesyukuran. Sewaktu kenduri tersebut diadakan masing-masing mempunyai keazaman dan semangat serta yakin bahawa dengan terbinanya kubu tersebut mereka akan dapat mengalahkan British.


Sultan Abdullah beserta pembesar-pembesar Negeri Perak berangkat untuk menyaksikan kubu tersebut setelah siap dibina. Sultan Abdullah sekurang-kurangnya melakukan dua lawatan semasa dan selepas kub itu dibina. Buat beberapa bulan pada penghujung tahun 1875, Dato’ Maharaja Lela mengadakan sekurang-kurangnya tiga majlis kenduri.

Sultan Abdullah sendiri turut berangkat semasa upacara bertindik anak perempuan Dato’ Maharaja Lela bernama Rasiah. Dalam majlis tindik telinga itu, tarian Mayang telah dipersembahkan oleh penari-penari tempatan. Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 1 November 1875, kenduri besar-besaran telah diadakan.

Pada keesokan harinya, pada 2 November 1875, J.W.W. Birch dibunuh dan satu lagi kenduri telah diadakan sebagai tanda menyambut berakhirnya penindasan panjajah,. Selama beberapa hari selepas Birch dibunuh, tiada kelihatan kanak-kanak seta perempuan di Pasir Salak. Orang Melayu terus bergembira dan bersemangat apabila berjaya mempertahankan dan berjaya mematahkan serangan British di Bandar Tua pada 7 november 1875. Dalam serangan itu Kapten Innes dan beberapa lagi askar British dari pengkalan mereka di Bandar Bahru telah terbunuh. Namun semangat mereka mula luntur setelah beratus-ratus askar British akan menyerang Pasir Salak dan Kampung Gajah.


Mereka menjadi bertambah lemah apabila menyedari bahawa mereka tidak mempunyai senapang dan peluru yang cukup. Setelah yakin bahawa British akan membalas dendam terhadap orang Melayu di atas kematian Birch. Dato’ Maharaja Lela menaiki rumahnya kali terakhir dan menangis.

Pada Bulan November 1875, seramai 225 orang tentera British datang menyerang Pasir Salak dan Kampung Gajah. Kubu Dato’ Maharaja Lelatelah dirobohkan dan dimusnahkan. Rumah Dato’ Sagor dan Dato’ Maharaja Lela serta rumah-rumah mereka yang lain dibakar hangus. Kesan-kesan kebakaran rumah Dato’ Maharaja Lela jelas terbukti apabila usaha galicari dilakukan ke atas tapak rumah Dato’ Maharaja Lela di Pasir Salak. Mereka telah dibawa ke Kampung lain menunjukkan mereka mengetahui bahawa pergaduhan di antara orang-orang Melayu dan British  akan berlaku tidak lama lagi.

Hasil carigali dapat memberikan gambaran tentang pertempuran yang berlaku disamping mencerminkantamadun dan budaya kehidupan masyarakat Melayu pada masa itu. Lebih dari 200 artifak telah dijumpai. Pada tahun 1980 , Haji Hashim cucu kepada Anjang Pelita menemui 22 peluru meriam di tebing Sungai Perak.

Sekian.

No comments:

Post a comment