Monday, 3 April 2017

Kota Lukut Dibina Oleh Raja Jumaat...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Sihat tak hari nii? Aku sentiasa doakan korang semua berada dalam keadaan yang sihat dan ceria jugak. Hari nii aku nak pergi ke Negeri Sembilan untuk melihat tempat bersejarah. Aku tak pernah berpeluang untuk meronda-ronda kat Negeri Sembilan...jadi peluang yang aku terima tiba-tiba kena pergi tengok tapak kat Lukut...umpama bulan jatuh ke rina...haa...haa...haa... Setahu aku laa...(entah betul atau tidak)...kat Lukut nii ada 2 tapak bersejarah yang sangat menarik iaitu...Kota Lukut dan Muzium Lukut (terletak dalam kawasan Kota Lukut).


Sejarah Kota Lukut bermula apabila Raja Jumaat bin Raja Jaafar membina kota pada tahun 1847  sewaktu pemerintahan Sultan Selangor ke-3 iaitu Sultan Muhammad Shah (1826-1857). Kota Lukut yang dibina tersebut mengambil kira kedudukan yang strategik iaitu di atas sebuah bukit yang dikenali dengan nama Bukit Gajah Mati atau disebut juga Bukit Raja.



Di sebelah utara dan barat merupakan dua buah laluan masuk ke kota dimana pintu gerbang yang menjadi laluan utama berada di bahagian utara. Batu laterit yang dibentuk blok-blok persegi empat dan semulajadi telah disusun membentuk tembok bagi tujuan pengukuhan struktur tanah kota serta menghindari kesan hakisan oleh air hujan.



Kota Lukut semakin terpinggir sewaktu kegawatan ekonomi dan kekacauan yang sering berlaku ketika itu. Akibatnya, kota tersebut kemudiannya telah ditinggalkan dan kini dipelihara sebagai bahan bukti sejarah dan tapak warisan negara.


Tinggalan lain yang masih terdapat di Kota Lukut antara lain ialah perigi raja, perigi beracun, kolam takungan air, struktur runtuhan bangunan dan lain-lain. Kota ini kemudiannya telah dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1976.


Kota Lukut yang terletak di atas Lot 730 telah di gazet, maka sebarang aktiviti di atasnya perlu mendapat keizinan pihak yang bertanggungjawab. Lot 729 boleh berperanan sebagai zon penampan kerana kedudukannya mengelilingi lot 730.






Oleh yang demikian, sebarang projek pembangunan bermotifkan apa sekalipun jika sifatnya memusnahkan nilai warisan dan identiti tapaktanah bersejarahnya perlu dicegah dan dihentikan malah tidak dibenarkan langsung.

Sekian.

No comments:

Post a comment