Wednesday, 5 April 2017

Indonesia Filem Review : Ketika Cinta Bertasbih 1

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Sihat tak hari nii? Jom kita pergi menonton. Kali nii aku nak cerita lagi tentang sebuah filem Indonesia yang selayaknya untuk korang tonton... Filem ini merupakan antara filem yang terbaik pernah aku lihat dan menjadi meletop-letop ketika itu. Mula ditayangkan pada 17 Jun 2009 yang lalu...kiranya dah hampir 8 tahun berlalu tetapi seolah baru jer ditayangkan. Mendapat jumlah penonton tertinggi....3 juta orang.

Filem ini dibintangi oleh Chaerul Umam, Kholidi Asadil Alam, Oki Setiana Dewi, Alice Norin, Andi Arsyil Rahman, Meyda Sefira, Deddy Mizwar, Niniek L. Karim, Didi Petet, Habiburrahman El Shirazy, Aspar Paturusi, Din Syamsudin, Slamet Rahardjo, dan El Manik.



Filem ini diadaptasi daripada novel best seller karangan Habiburrahman El Shirazy yang diberi judul sama...Ketika Cinta Bertasbih. Yang diterbitkan pada tahun 2007 oleh Republika dengan 477 halaman.
  

Ceritanya bermula dengan seorang pelajar berasal dari Jawa Tengah bernama Abdullah Khairul Azzam ...berumur 28 tahun yang belajar di Mesir. Dari kecil...Azzam adalah seorang anak yang sangat baik budi pekertinya. Atas usahanya yang gigih dia berhasil memperoleh biasiswa untuk belajar di Universiti Al Azhar Mesir selepas menamatkan persekolahnnya di kampung.

Setahun di Mesir dan ayahnya meninggal dunia dan sebagai anak sulung...dia bertanggungjawab untuk menyara adik-adiknya yang masih kecil serta bersekolah. Dia juga mesti menghabiskan pelajarannya di Mesir bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

bagi menyara kehidupannya di Mesir...Azzam membuat tempe dan Bakso untuk dijual. Dia juga membuat kerja-kerja sampingan jika berkelapangan.  Disebabkan kesibukkannya ni...Azzam tidak dapat menyelesaikan pengajiannya hampir 9 tahun berlalu dan dia bertekad untuk menamatkannya pada tahun ini.

Pada suatu hari....ketika dalam perjalanan untuk membeli barangan untuk membuat tempe... Azzam telah bertembung dengan Anna Althafunnisa di dalam bas. Anna Althafunnisa  bertanyakan kepada Azzam kedai untuk beliau dan temannya membeli buku. Ketika dalam perjalanan pulang teman Anna Althufunnisa telah diragut...dan sekali lagi Azzam membantu mereka.

Dalam diam-diam Anna Althafunnisa  menaruh perasaan kepada Azzam. Pak Ali mengkagumi sikap Azzam yang baik dan selalu memberi pandangan serta nasihat untuk Azzam. Dia ingin mencalonkan Azzam untuk berkahwin dengan anak kawannya...Anna Althafunnisa tetapi Azzam berasa rendah diri dan ingin membantu keluarganya terlebih dahulu.


Menurut Pak Ali, kelebihan Anna adalah Anna memakai jilbab dan solehah, bapaknya pula seorang Kiai Pesantren bernama Kiai Luthfi Hakim. Anna Althafunnisa belajar di Kuliyyatul Banaat Al Azhar  Mesir, yang juga pandai menguasai bahasa Inggeris, Arab dan Mandarin. Khairul Azzam memasang impian untuk menikahi Anna Althafunnisa dan berjumpa dengan bapa saudara Anna di Mesir iaitu Ustaz Mujab. Tapi ternyata lamaran itu ditolak atas dasar status. Azzam tidak mengetahui  bahawa Anna Althafunnisa itu adalah perempuan yang dia bantu tempohari.


Akhirnya setelah bersusah payah selama 9 tahun...Azzam berjaya menghabiskan pengajiannya di Mesir. Dia ingin balik ke tanah air untuk mencari kerja. Tanpa diduga dia telah berjumpa dengan Anna Althafunnisa...adik azzam berkawan rapat dengan Anna Althafunnisa. Masing-masing menaruh perasaan tetapi tidak berani meluahkannya. 
Anna pula telah dipinang oleh Furqon (kawan baik Azzam)...dengan persetujuan kedua belah keluarga. Akhirnya mereka dinikahkan.


Cerita nii...memang sedih dan menarik serta ada adat sopannya sebagai seorang Islam. yang sedihnya...cinta mereka tidak bersatu...Di Malaysia...kita kekurangan plot cerita sebegini. Ceritanya memang menyusuk perasaan gitu...sebab pelakonnya pandai menjiwai watak yang diberikan..rating aku bagi 4/5 bintang. ... Tak puas rasanya. Aku nak tengok untuk kali ke dua...Jom kita tonton lagi citer nii...

Sekian.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete