Thursday, 6 April 2017

Indonesia Filem Review : Ketika Cinta Bertasbih 2

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Kalau rasa bosan tuu... Jom ikut aku gi menonton Filem Indonesia yang sangat menarik nii. Walau pun aku bukanlah peminat filem Indonesia tetapi cerita Indonesia nii kadang-kadang buat kita fikir di luar kotak. Memberi kita sudut pandangan yang berbeza. Setelah selesai jerr tengok filem Ketika Cinta Bertasbih 1....aku meneruskan tontonan aku untuk siri ke 2 pulak. Tak sabar aku nak tahu happy endingnya...




Ketika Cinta Bertasbih 2... merupakan filem Indonesia yang ditayangkan pada Jumaat, 18 September 2009.... selepas 3 bulan siri pertama ditayangkan. Hebat betul kan!! Dilakonkan oleh Chaerul Umam, Meyda SefiraKholidi Asadil Alam, Oki Setiana Dewi, Alice Norin, Andi Arsyil Rahman, Deddy Mizwar, Niniek L. Karim, Dude Herlino, Asmirandah, Aspar Paturusi, Neno Warisman, Nungki Kusumastuti, dan Meidiana Hutomo....masih pelakon yang sama...tuu yang best tengok! 

Filem ini diadaptasi dari novel best seller karangan Habiburrahman El Shirazy dengan berjudul sama. Filem yang ke dua ini mendapat sokongan penonton seramai 1.5 juta. Hebat lagi siri yang pertama sebab mencecah 3 juta orang penonton.






Sambungan dari siri yang pertama... Setelah lulus dari Universiti Al Azhar...tidak menjanjikan pekerjaan bagus buat Azzam...tetapi beliau tetap berusaha sendiri dengan menghantar barangan menggunakan lori. Walaupun jiran tetangga dan saudara-mara mempersoalkan akan kerjanya itu yang tidak setimpal dengan kelulusannya tetapi Azzam tidak kisah dan tetap bersyukur. Ibunya pula semakin risau akan gosip dari jiran tetanggan serta saudara-mara yang tidak henti-henti berkata setiap hari.



Ibunya juga selalu bertanyakan tentang jodohnya kerana ibunya berpendapat sudah tiba masanya untuk anaknya Azzam berkahwin. Wanita yang Azzam dambakan ialah Anna Althafunnisa tetapi telah dinikahi oleh sahabat baiknya sendiri. Azzam mendambakan wanita muslimah sebagai isterinya walaupun ada seorang perempuan bernama Eliana yang menaruh hati padanya tetapi hatinya masih belum terbuka untuk Eliana.

  
Azzam berusaha untuk mencari jodohnya....tetapi semuanya tidak berjalan lancar seperti yang sepatutnya.  Pada suatu hari...ketika Azzam hampir kecewa akan jodohnya...bapa Anna telah menawarkan seorang perempuan untuk dikahwinkan dengan Azzam...walaupun Azzam belum mengetahui siapa perempuan yang dimaksudkan oleh bapa Anna itu tetapi Azzam menerimanya dengan senang hati.
Rupa-rupanya perempuan tersebut adalah Anna Althafunnisa... yang telah bercerai dengan suaminya setelah Anna mengetahui akan rahsianya... suaminya itu telah ditangkap tidur bersama dengan pelacur semasa di Mesir dan mendapat penyakit kelamin.




Semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT.... jodoh Azzam adalah dengan Anna Althafunnisa walaupun perjalanannya agak sukar. Aku sendiri pun tak sangka pada mulanya...yang Anna akan berkahwin dengan Azzam. Aku suka jalan cerita filem ini memang best! Aku bagi 4/5 bintang. Puashati dapat tengok dua-dua filem ini...banyak yang boleh dijadikan pengajaran. Sedih dan hepi jugak akhirnya bila diorang dapat bersama.... Jangan lupa tengok tau...

Sekian.

No comments:

Post a comment