Wednesday, 19 April 2017

Gereja Christ Melaka Merupakan Gereja Protestan Tertua Di Malaysia

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang semua... Apa khabar hari nii? Jom aku bawa korang gi melancong ke Melaka. Kawasan bangunan merah di Melaka selalu menjadi tumpuan para pelancong kerana terdapatkan bangunan-bangunan warisan serta bersejarah di sini. Salah satunya adalah Gereja Christ. Bagi yang beragama Islam...ada yang agak sensitive sedikit untuk memasuki bangunan seperti ini. Tetapi bagi diri aku...aku melakukannya sebab tugasan kerja.

Gereja Christ merupakan tinggalan penting Belanda di Melaka. Ia terletak bersebelahan dengan bangunan Stadthuys yang berwarna merah dan bersebelahan dengan Pejabat Pos Jalan Laksamana dan Muzium Belia Malaysia. Dihadapan gereja ini terletak pancutan air yang dibina oleh pihak Inggeris dengan nama Queen Victoria Fountain.
  

Gereja ini merupakan gereja Protestan yang tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1741 sempena 100 tahun mereka menjajah Melaka dan siap dibina pada tahun 1753 dengan menggunakan seni reka bentuk Belanda yang asli.
Pembinaan Gereja ini adalah disebabkan desakan orang Kristian pada masa itu yang kurang senang untuk menggunakan Gereja St Paul kerana terletak di atas bukit yang dibina oleh orang Portugis dari mazhab Roman Katolik. Gereja ini berukuran 82 kaki panjang x 42 kaki lebar x 40 kaki tinggi dan mempunyai kayu-kayu alang dan rasuk yang berukuran sehingga 42 kaki.

Di dalamnya dilengkapi dengan bangku gereja buatan tangan, siling matahari yang dibina tanpa penyambung, kitab Bible Bras tembaga, batu nisan yang ditulis dalam Bahasa Armenia dan lukisan Last Supper pada jubin glis yang bersinar. Apabila British mengambil alih gereja ini pada tahun 1795, beberapa perubahan dan penambahan telah dibuat seperti penambahan alat kaji cuaca yang berbentuk seekor ayam jantan yang diletakkan di atas menara loceng.

Pada mulanya gereja ini adalah Dutch Reform Church, kemudiannya berubah kepada Aglican Church. Gereja ini telah diserahkan pentadbirannya kepada Gereja England oleh paderi Culcutta pada tahun 1838.
  

Beberapa kubur pembesar Belanda yang disemadikan terdapat di bahagian dalam bangunan gereja ini. Sehingga sekarang gereja ini masih lagi digunakan dan dipelihara dengan baik seperti mana ianya dibina. Cuma terdapat sedikit penambahan ruang dilakukan di bahagian kiri bangunan bagi menampung keperluan ahli dan pelancong yang datang ke gereja ini.
Aku sangat meminati senibina bangunan...dan disebabkan tuntutan kerja juga aku dapat melihat pelbagai jenis bangunan dan fungsinya. Peluang ini sangat berharga buat diri aku dan aku cuba untuk kongsikan kepada korang semua.

Sekian.

5 comments:

  1. Maklumat ini berguna untuk saya. Kami harus menyiapkan projek sejarah untuk mengkaji gereja ini. Terima kasih kerana menjelaskan lagi tentang gereja ini

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kembali. Semoga ianya memberi manafaat kepada semua

    ReplyDelete
  3. Saya nak melihat sejarah pembinaan gereja ini

    ReplyDelete
  4. Atas tujuan untuk kesan sejarah gereja ini tak salah kita memasukki gereja ini

    ReplyDelete
  5. Betul tu saya setuju dgn pandangan saudara. Saya sendiri pun berkerja dgn bgn sejarah..yg terdiri dari masjid, gereja, tolong, kuil dan gurdwara. Utk membuat kajian dan dokumentasi.. Kami memang kena masuk bgn2 bersejarah ini bagi mendapatkan maklumat yg lengkap.

    ReplyDelete