Tuesday, 18 April 2017

Coconut Shake Klebang Antara Produk Tarikan Pelancong Ke Negeri Hang Tuah

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang semua..apa khabar hari nii? Hari nii aku nak bawa korang berjalan cari makan di Melaka. Kalau korang ada perancnagan nak ke Melaka cuti-cuti Malaysia...bolehlah singgah ke Klebang Original Coconut Shake nii. Minggu yang lalu aku ke Klebang Coconut Shake...lama dah tak pekena coconut shake nii.. Tuu pun...aku tapau jerr sebab aku on the way nak balik Kay Ell (Kuala Lumpur). Cuaca plak panas ketika itu...memang best laa. Korang kena try dan datang kat sini.

Untuk ke sini...korang google jer sebab dah ada dalam encik google. Kalau dari town Banda Hilir lebih kurang 20 hingga 30 minit jer. Landmarknya Dataran 1 Malaysia Klebang. Dari sini korang boleh ke Pantai Kundur, Makam Hang Tuah dan boleh beli produk-produk kampung seperti cencaluk, belacan, dodol, inang-inang, udang geragau dan lain-lainnya yang banyak dijual sepanjang jalan.

Peta lokasi Klebang Coconut Shake



Sebenarnya Kelebang coconut shake inii tak laa jauh pun nak gi dari rumah mak mertua aku...lebih kurang tak sampai 5 minit pun. Hubby aku tanya sanggup ke berbaris... tengok pun dah rasa ngeri...malas betul aku nak berbaris panjang macam nii...dah la panas terik...(kul 2 petang masa tuu). Yang tapau tuu pulak bukannya beli satu...ada yang beli 5 hingga 10 cawan. Mampus laa nak berbaris macam ular tuu...dah laa aku nii kejar masa.



Kat Kelebang nii ada dua kedai coconut shake...satu kat luar iaitu di tepi jalan besar dan satu lagi kat bahagian dalam. Yang kat dalam nii lebih besar dan menjual pelbagai jenis makanan...kuih-kuih, nasi lemak, keropok lekor, pisang goreng, mihun goreng, mee goreng  dan lain-lain. Harganya pula boleh dikatakan murah lagi.
Hubby aku dengan baik hati masuk yang kat kedai dalam tuu bila dia tengok kedai yang kat tepi jalan tuu panjang sangat barisannya...Terima kasih hubby.



Kat bahagian dalam ada kawasan parking...walaupun terhad dan kadang-kadang penuh tapi aku just nak singgah kejap jer sebab nak tapau. Hubby aku tunggu kat dalam kereta sementara aku nak gi beli. Nasib aku agak baik sebab kat dalam nii tak berbaris pun aku just bayar dan ambik coconut shake aku...lebih kurang 3 minit jer macam tuu.


Aku beli dua...sepatutnya aku beli tiga cawan sebab hubby aku dah offer kat aku..dua untuk aku dan satu untuk dia. Kalau tak disebabkan nak balik ke Kay Ell...aku dah beli tiga dah. 2 cawan harganya RM 5.40. Harga tapau dan harga minum kat situ tak sama. Kalau korang minum kat situ...harganya lebih murah.
Waktu operasinya pada 12:30 tengahari hingga 6:30 petang. Jumaat pula 2 petang hingga 6:30 petang. Selalunya memang ramai orang sesangat. Sabar laa menunggu yea..


Coconut shake nii yang bestnya sebab rasanya lemak-lemak dan ada rasa butir-butir kelapa sikit kat dalamnya. Kat atasnya pula dibubuh dengan aiskrim vanila. Memang waaalaaa... Hubby aku cakap kenapa tak beli yang besar....ada lagi besar ke?? aku tak nampak pun!! Kalau ada kan best sebab aku rasa cam tak cukup jer cawan besar tuu sebab aku ni kuat minum air. Balik Melaka nanti aku nak gi lagi la kat sini...nak tapau banyak sikit...haa..haa..haa.. Korang pulak jangan lupa try tau kalau datang ke Melaka nii.. sebab ini antara produk tarikan perancong untuk datang ke negeri Hang Tuah ini.

Sekian.

No comments:

Post a comment