Tuesday, 11 April 2017

Bestnyer Berkunjung Ke....Muzium Tentera Darat Di Port Dickson

Assalammualaikum dan   Salam Sejahtera,


Hai semua. Apa khabar hari nii? Entri hari nii aku nak story pasal sebuah muzium yang memang best giler kalau korang pergi...nii dari sudut pandangan aku laa...Aku katakana best giler sebab penuh dengan informasi dan pameran di luar dan dalam kawasan muzium ini. Muzium ini tak lah besar sangat tapi...penat laa jugak korang nak menjelajahnya. Muzium yang aku maksudkan ini ialah Muzium Tentera Darat yang terletak di Port Dickson Negeri Sembilan.
 

Aku pun baru 1st time datang ke sini...dah lama aku simpan impian nak ke sini..akhirnya kali nii baru la sampai. Lokasinya pun tak lah jauh sangat dari Pekan Port Dickson...kalau tak salah aku tak sampai 5 minit pun.






Untuk menceritakan tentang muzium nii...aku tak de la info tersendiri sebab aku tak plan pun nak ke sini...ronda pun dalam keadaan tergesa-gesa sebab hubby aku nak cepat sangat balik....tapi untuk tidak menghampakan korang aku dapatkan maklumat tentang muzium ini kat laman websitenya...untuk lebih lanjut korang bolehlah tengok sendiri yea..




Kenapa aku kata muzium nii best giler...kat kawasan hadapannya dah dipamerkan lokomotif keretapi, kawasan tengahnya ada kereta kebal, kat kawasan tepi ada pameran kapal terbang juga helicopter dan kawasan belakangnya pula ada pameran ala-ala operasi dalam hutan. Kiranya keseluruhan kawasan muzium ini digunakan sepenuhnya laa...tu yang aku suka dan tak boring. Oh yaa...ada lagi satu...terowong bawah tanah...tapi sori laa aku tak sempat nak masuk so aku tak dapat nak cerita apa yang ada kat dalam tuu..





Sejarah Penubuhan Muzium ini adalah sebagai sebuah Institusi di anugerahkan anugerah merit katagori pelancongan terbaik (tarikan warisan) tahun 2005/2006, Muzium Tentera Darat menyediakan sebuah pameran yang berkonsepkan informatif dan interaktif sesuai dengan inspirasi masa kini.

Saksikan persembahan audio visual paper ghost yang pertama seumpamanya di Malaysia dan rasai pengalaman didalam suasana malam di Kota Pelabuhan Melaka serta Terowong Bawah Tanah Parti Komunis Malaya (PKM).



Ilham untuk membangunkan sebuah muzium Tentera Darat di Port Dickson tercetus pada tahun 1989. Namun ianya tidak dapat dilestarikan kerana kegawatan ekonomi dan dalam masa yang sama wujud idea penubuhan Memorial Kemerdekaan Negara di sekitar Kuala Lumpur.


Pada tahun 1999, Tentera Darat mula serius merealisasikan hasrat memiliki sebuah muzium yang menyimpan sejarah perjuangan Tentera Darat. Bermula dengan penubuhan Nukleus Tim Projek Muzium Tentera Darat yang terdiri dari 5 pegawai dan 5 anggota Lain-Lain Pangkat Tentera Darat.



Pada tahun 2000, Jawatan Kuasa Induk Muzium Tentera Darat ditubuhkan. Jawatan kuasa ini berganding bahu dengan Nukleus Tim Projek Muzium Tentera Darat menghasilkan Rancangan Pembangunan Muzium Tentera Darat yang lengkap. Tentera Darat mula membina muzium dengan mengubah suai dua buah bangunan lama di Pusat Latihan Asas Darat pada tahun 2002. Setelah hampir empat tahun ianya dibina, kini Muzium Tentera Darat tersergam kukuh bersendikan semangat perjuangan pahlawan-pahlawan terdahulu dan semasa untuk dihayati oleh semua.



Muzium Tentera Darat telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XII pada 28 Jun 2005 ( Selasa ) bersamaan 21 Jamadilawal 1426 Hijrah.

Masa berganti masa, zaman berganti zaman, namun semangat perjuangan menentang penjajah tidak pernah terpadam. Justeru itu pelbagai usaha telah dilakukan untuk memerdekakan tanah air daripada penjajahan Inggeris.



Kapsul Masa

Diilhamkan oleh: Panglima Tentera Darat.
  • Tarikh Penanaman Kapsul: 1 Mac 2008.
  • Tarikh Kapsul Akan Dibuka: 1 Mac 2033.
  • Tempoh Penanaman Kapsul: 25 Tahun (Bermula pada 1 Mac 08). 
  • Lokasi Penanaman Kapsul: Muzium Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan.
 Kandungan Kapsul:
  • Surat Panglima Tentera Darat tahun 2008 kepada Panglima Tentera Darat tahun 2033 dan Surat Aspirasi Keutuhan Tentera Darat.
  • Surat BAKAT dari Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat pada 1 Mac 2033.
 


Era Kesultanan Melaka

Kedudukan Melaka yang strategik dari segi lokasi, geografi dan kedudukannya  di tengah-tengah Kepulauan Melayu yang kaya dengan rempah ratus telah menjadikan sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Kegiatan perdagangan ini bukan sahaja telah berjaya menjana ekonomi Melaka, malah menjadi pusat perdagangan dan kebudayaan Islam terkenal di rantau ini.

website Muzium Tentera Darat


Kemakmuran dan kesejahteraan ini tidak mungkin dikecapi tanpa adanya jaminan keselamatan dari pihak pemerintah. Justeru itu, angkatan tentera ketika itu memainkan peranan penting dalam menjana kesejahteraan sejagat.

Kegemilangan sejarah yang sedemikian rupa ini akan diperagakan dalam bentuk diorama lengkap dengan sistem cahaya. Suasana pelabuhan Melaka yang sibuk menyaksikan kapal Mendam Berahi berlabuh dengan para pedagang serta berlatarbelakangkan pasar dan deretan bangunan perniagaan sambil diawasi hulubalang-hulubalang Melaka yang gagah perkasa.


Era Portugis Belanda
Walaupun Portugis dan Belanda menjajah Tanah Melayu dalam tempoh yang agak lama, namun kesan peninggalan kedua-dua penjajah tidak memberikan satu impak yang mendalam terhadap perkembangan ketenteraan tanah air. Ini berkemungkinan dari sikap mereka yang tidak suka campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu. Mereka hanya menumpukan sepenuhnya dalam perniagaan dan pentadbiran negeri Melaka sahaja. Di samping itu, mereka juga sering menerima ancaman daripada kerajaan Johor, Riau, Siak, Betawi dan sebagainya.



 Di antara sumbangan Portugis dan Belanda yang dapat memberi kesan terhadap evolusi ketenteraan tanah air ialah penggunaan senjata api, strategi pertahanan dan disiplin anggota tentera. Aspek yang sedemikian rupa telah diberikan penekanan yang rapi oleh orang Eropah, tetapi tidak bagi orang orang timur. Itulah sebabnya walaupun Melaka pada ketika itu mempunyai angkatan tentera yang besar, namum mereka gagal mempertahankan Melaka dari jatuh ke tangan Portugis yang kecil angkatan tenteranya.

Struktur Porta Da Santiago tinggalan kota bersejarah A’Famosa dan Stadhuys didirikan bagi memperagakan fakta dan artifak peninggalan kedua-dua penjajah ini.


Era Penjajahan British

Pergolakan pada akhir abad ke lapan belas menampakkan kekurangan kuasa Belanda di Asia Tenggara. Ekoran dari pergolakan tersebut, raja-raja Melayu mula mengalihkan perhatian kepada Inggeris. Menjelang tahun 1786, Francis Light telah meletakkan Inggeris sebagai kuasa baru dengan mengambil Pulau Pinang yang membawa makna besar bagi negeri-negeri di Tanah Melayu selama 171 tahun seterusnya.

Dasar campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula di Perak melalui Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874 dengan termeterainya perjanjian ini, segala urusan luar negeri dan pertahanan adalah di bawah tanggungjawab kerajaan Inggeris.


Sistem pentadbiran Inggeris ini mendapat tentangan hebat dari pembesar pembesar Melayu seperti Datuk Maharaja Lela di Perak, Datuk Kelana di Sungai Ujong dan Datuk Bahaman di Pahang. Akan tetapi dengan menggunakan senjata yang serba moden, pihak Inggeris telah berjaya mematahkan tentangan tersebut. Namum demikian, aspek yang mungkin tidak dapat dihapuskan oleh pihak Inggeris ialah semangat perjuangan orang Melayu yang menjadi darah daging mereka hingga ke hari ini.

Paparan sejarah tanah air ini diperagakan menerusi dioarama Perjanjian Pangkor dengan berlatarbelakangkan bangunan kolonial British disamping monochrome tokoh-tokoh Melayu yang menentang penjajah Inggeris.


Era Penubuhan Askar Melayu
Dibawah Perjanjian Persekutuan, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah mendapat khidmat ‘Malay States Guides’ yang tidak dianggotai oleh seorang pun bangsa Melayu. Ketika itu orang Melayu hanya mengganggotai Pasukan Sukarela Melayu yang ditubuhkan pada 1902 yang kemudiannya dikenali sebagai ‘Malay States Volunteer Regiment’ (MSVR).

Gesaan oleh empat pembesar Melayu kepada pemerintah Inggeris telah mendorong kepada penubuhan Skuad Percubaan seramai 25 orang rekrut pada 1 Mac 1933 di Depot Port Dickson. Penubuhan Askar Melayu diperbesarkan setelah kecemerlangan yang dipamerkan oleh Skuad Percubaan sehingga wujudnya Battalion Pertama dan Kedua di saat-saat tentera Jepun menyerang Tanah Melayu. Program yang sedemikian rupa ini diperagakan mengikut kronologi peristiwa dan sejarah menerusi persembahan kios, informasi, panel grafik dan audio visual.


Era Pra Kemerdekaan

Tempoh empat tahun pendudukan Jepun di Tanah Melayu adalah merupakan satu tempoh derita yang panjang. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu keadaan ekonomi dan politik menjadi kucar kacir. Ini adalah kerana Jepun telah memerintah dengan cara tentera yang keras dan kejam.

Masalah ekonomi dan kekurangan makanan meruncing, kenaikan harga barang-barang melambung tinggi kerana inflasi, diikuti dengan kadar kematian yang tinggi akibat dari kekurangan makanan dan bekalan ubat-ubatan.


Penderitaan yang perit ini berterusan walaupun setelah Jepun menyerah kalah kepada Inggeris pada tahun 1945. MPAJA tajaan Inggeris bagi memerangi Jepun secara gerila telah dipengaruhi oleh PKM telah menimbulkan huru hara di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Bintang Tiga memburukkan lagi keadaan apabila mengambil alih pemerintahan Malaya selama dua minggu.

Kesengsaraan dan keperitan itu telah memberikan satu suntikan semangat perjuangan yang jitu kepada Tentera Darat ketika itu. Sejarah telah membuktikan pengorbanan mereka dapat membebaskan tanah air dari segala jenis kekejaman yang ditimbulkan oleh tentera Jepun mahu pun komunis.


Era Kemerdekaan

Masa berganti masa, zaman berganti zaman, namun semangat perjuangan menentang penjajah tidak pernah terpadam. Justeru itu pelbagai usaha telah dilakukan untuk memerdekakan tanah air daripada penjajahan Inggeris.

Namun apabila anak watan berada diambang kejayaan, ramai pihak yang tidak berpuas hati termasuklah negara jiran yang khuatir seolah-olah kemerdekaan Tanah Melayu hanya salah satu dari agenda penjajah.

Pada peringkat awalnya, Indonesia menyatakan bahawa negara tersebut tidak akan menjalankan konfrontasi tentera. Tentangan dari Indonesia ini akhirnya meluas hinggalah timbul pertentangan tentera di antara Indonesia dengan Persekutuan Tanah Melayu, konfrontasi ini berlarutan sehingga tahun 1966.


Cara Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan juga adalah istimewa. Di antara faktor keistimewaan tersebut ialah kesanggupan kaum terbesar iaitu kaum Melayu, Cina dan India bersatu dalam ikatan politik dan wujudnya darurat.

Pada amnya darurat adalah merupakan peperangan di antara pihak kerajaan dengan Parti Komunis Malaya, menyebabkan rakyat menderita dan sengsara. Berkat kegigihan dan pengorbanan pasukan bersenjata, Parti Komunis Malaya dapat ditumpaskan dan berakhirlah darurat pada tahun 1960.

Era ini juga dikenali sebagai era keperitan angkatan tentera dimana segala peristiwa yang berlaku itu menuntut pengorbanan yang besar dari setiap individu pasukan bersenjata, tanpa pengorbanan mereka, negara mungkin akan runtuh di tangan pengganas komunis.


Tentera Darat hari Ini

Sejarah Tentera Darat adalah sejarah ketenteraan kita sejak zaman berzaman, kerana merekalah yang terlibat dalam peperangan yang menentukan jatuh bangun satu satu kerajaan itu. Menilai kembali angkatan bersenjata kita, bermakna kita menyorot kembali sejarah ketenteraan bangsa.

Pembesaran Tentera Darat bermula dengan usaha dan azam kerajaan untuk membenteras revolusi bersenjata komunis. Disamping itu, ancaman dari luar juga telah mempengaruhi perkembangan Tentera Darat supaya mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Tentera Darat juga telah melalui pelbagai evolusi termasuk strategi peperangan, persenjataan, peralatan dan sebagainya sehingga wujudnya 17 Kor. Segala perkembangan ini akan dipersembahkan dengan pengisian berikut :-
  • Pengenalan TD Hari Ini
  • Peranan Kor dan Rejimen
  • Sudut pemerintah tertinggi ATM, PAT dan PTD
  • Kerjaya dalam Tentera Darat
  • Darjah Kepahlawanan AT
  • Wanita TD dan BAKAT Darat
  • Panji-Panji SPB Yang di-Pertuan Agong


Tentera Darat Sepintas Lalu

Hayati pengenalan Tentera Darat melalui Aplikasi persembahan Audio Visual "Pepper Ghost" bersaiz sebenar yang pertama seumpamanya di Malaysia. Terokai segala lipatan sejarah mengenai Tentera Darat menerusi Kios Informasi dan panel secara sepintas lalu meliputi pengisian berikut:
  • Carta Organisasi
  • Visi dan Misi Tentera Darat
  • Objektif Penubuhan Tentera Darat
  • Matlamat dan Hala Tuju Tentera Darat
  • Pelan Susun Atur Muzium Tentera Darat


Monumen Kroh

Pada 20 Julai 1979, satu konvoi yang mengandungi dua buah kenderaan perisai Commando V 150 dari Rejimen Kedua Peninjau Diraja telah diserang hendap oleh pengganas komunis sewaktu membuat tugas mengiring konvoi dari Baling menuju ke Pangkalan Hulu. Serangan yang mengunakan pelancar roket anti kereta kebal itu menyebabkan kenderaan tersebut meletup dan terbakar dan telah mengorbankan 3 wira negara.

Bagi memperingati pengorbanan mereka, sebuah monumen yang mempamerkan kenderaan asal berpayungkan bumbung putih Sunsail Membrane diabadikan berhampiran kawasan Kampung Hutan. Anggota-anggota Rejimen Kedua Peninjau Diraja yang terkorban ialah :

  • 206348 Kpl Ramli bin Abd Rashid (Ketua Kereta)
  • 211929 Tpr Azmi bin Rahman (Pemandu)
  • 933702 Tpr Abu Hassan bin Syeikh Daud (Jurumeriam)


Pameran Luar

Segmen pameran luar dibahagikan kepada tiga iaitu Dataran Meriam (di pintu masuk utama), Dataran Meriam Kuno (di pintu masuk kedua) dan Dataran Kenderaan Jenis A (di tepi kedua-dua bangunan).

Pesawat-pesawat udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam operasi-operasi TD seperti Operai Doyai Musnah turut dipamerkan kepada pengunjung. Antaranya ialah pesawat A4 Skyhawk, DHC Caribou dan Helikopter Alloutte. Helikopter Alloutte merupakan pesawat pertama yang digunakan dalam perkhidmatan TD.

Selain dari itu, peralatan-peralatan perang yang digunakan Tentera Jepun, British dan Australia semasa Perang Dunia Kedua turut dipamerkan.


Sumbangan Tentera Darat

Tentera Darat telah memainkan peranan yang besar dalam menyumbangkan tenaga dan kepakaran demi menjana pembangunan negara.

Sumbangan kejuruteraan dan perubatan adalah yang ketara seperti membina dan memperbaiki infrastruktur di pedalaman, membina jambatan sebelum mana-mana pihak mengambil-alih tugas pembangunan. Projek jiwa murni juga membawa kemudahan perubatan ke daerah pedalaman di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Disamping itu juga Tentera Darat turut menyumbangkan kepakaran dan tenaga kepada negara luar menerusi pelbagai misi antarabangsa. Sumbangan ini turut meliputi bidang sukan dan seni yang telah menjulang nama negara dan Tentera Darat sendiri.


Tugu Peringatan Tentera Darat

Demi memperingati jasa-jasa para pahlawan yang telah gugur, sebuah Tugu Peringatan dibina seperti anak kunci melambangkan TD sebagai kunci pertahanan negara.

Struktur tugu utama melambangkan sempadan negara yang dikelilingi oleh lima anak tugu berukir nama emas lebih 950 wira yang telah gugur demi mempertahankan kedaulatan negara semenjak tertubuhnya TD. Struktur anak tugu juga yang terdiri daripada empat ciri alam yang meliputi unsur api, air, tanah dan angin.

Lima anak tugu juga bermaksud lima teras Rukun Islam, Rukun Negara dan Ikrar Kesatria sebagai pedoman memikul tanggungjawab dan amanah negara. Pancutan air yang dihiasi dengan landskap yang menarik memberi suasana nyaman kepada persekitaran tugu.

Bagi yang ada anak-anak tuu memang bagus untuk dibawa ke sini untuk mendapatkan informasi dan juga mendedahkan mereka kepada profesion seorang tentera yang memberi merak asemangat serta aura perjuangan.

Oh yaa... lagi satu yang bagusnya muzium nii... Kalau korang datang ke muzium nii satu rombongan bas pun tak pe sebabnya muzium ni tiada mengenakan bayaran masuk...kiranya free laa... Dibuka dari 10 pagi hingga 5 petang. Tapi ditutup setiap hari Isnin dan Selasa. Pastikan korang rancang dulu perjalanan korang...kalau tak sia-sia jer kalau muzium ni tutup. Apa pun..jangan lupa tau datang ke Muzium Tentera Darat di Port Dickson nii...sebab aku pun nak datang lagi untuk kali ke dua sebab tak puas lagi meronda....

Sekian.

No comments:

Post a comment