Wednesday, 12 April 2017

Bertambah Nasi Kalau Makan Dengan Gulai Tempoyak Perak...

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,



Hai korang semua. Semoga sihat sejahtera hendaknya hari ini. Jom kita masak-masak. Masakan Perak yang paling aku suka makan...memang bertambah hingga menjilat jari laa katakan...Gulai Tempoyak. kalau korang nak tahu...Gulai Tempoyak Perak nii.. istimewanya sebab ia guna tauge kasar. Negeri lain memang susah nak jumpa laa.. dan kebanyakkannya menggunakan timun.


Tempoyak mentah, serai, cili merah

Sebenarnya nak buat gulai tempoyak nii tak laa sesusah mana pun..antara malas dan rajin jer..hik..hik..hik.. Lagi satu tempoyaknya...kalau time musim memang best laa tapi kalau time tak de musim memang tak dapat laa nak buat gulai tempoyak nii...kecuali yang ada menyimpan stok.


Tauge kasar

Ikan yang digunakan pulak...selalunya aku guna jer ikan kembong...murah..jimat dan feberet aku pun. Kuahnya memang aku buat pekat sikit..baru terasa kaw..memang boleh hirup pinggan dibuatnya....nasi pun bertambah. Ok laa...kat bawah nii aku sediakan resepi untuk korang try...yea laa..kot-kot mood terajin pulak kan! Gambar ikan kat bawah tuu...resepi makcik aku..ikan jenahak. Dia memang terror bab masak memasak nii terutama masakan tradisional.


Ikan

Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung besar dan ikan yang korang rasa sesuai dengan tekak korang
biji cili merah ditumbuk
2 biji cili padi - jika ingin pedas
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar tempoyak
sebatang serai
Tauge kasar atau timun - dipotong memanjang.
sedikit garam
air secukupnya


Cara-cara 
  • Tumbuk cili merah dan cili padi hinngga lumat.
  • Masukkan kedalam periuk bersama-sama tempoyak, kunyit, serai dan air untuk kuahnya.
  • Masak sehingga semua bahan sebati kemudian masukkan ikan dan tauge kasar atau timun. (kalau yang masakan ori guna tauge kasar)
  • Masak hingga mengelegak dan nampak ikan dah masak.
  • Last sekali masukkan garam
  • Pas tuu boleh laa dihidangkan....peerrrgh tak sabra nak makan.




Korang rasa senang ke susah nak buat? tak susah kan! Bahan pun senang nak dapat kat kedai kecuali tempoyak. Selamat mencuba yea..dan menjamu selera...

Sekian.

No comments:

Post a comment