Friday, 14 April 2017

Beriadah Dengan Aktiviti Sukarelawan di Bukit Gantang Taiping

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua apa khabar hari nii. Hari ni aku nak citer tentang aktiviti aku pada minggu lepas. 1 st time aku melibatkan diri dengan aktiviti sukarelawan ini. Memang seronok sebab dapat mengenali ramai kengkawan baru dan jumpa kengkawan lama jugak. Aktiviti sukarelawan ini dijalankan di Bukit Gantang Taiping Perak.. aktivitinya adalah gotong royong membersihkan kawasan dan juga mengecat gelanggang sepak takraw.

 

Sebenarnya aktiviti ini dianjurkan oleh PUSPANITA Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.. aku biro cawangan kecil jabatan aku.. turut ingin menyumbang tenaga yang aku ada. Dan bestnya... BFF aku pun ada sama.. iaitu Mas Ayu.




Aku nii kadang-kadang suka jugak buat kepala gila-gila aku... aku nii jenis happy go lucky. Saja nak ceriakan suasana. Tengah-tengah bersemangat menyapu rumput yang telah dipotong tuu... tiba-tiba patah plak penyapu tuu. Bukan salah aku tau.. rumput tuu yang tebal sangat... haa..haa..haa..




Korang tengok laa gambar aku yang dok suka berposing tuu... dengan penyapu pun jadi...hik..hikk..hikk.. Apa pun aktiviti ini sebenarnya menyihatkan badan dan minda kita serta membersihkan jiwa. Aku juga dapat merasa tido di homestay bukit gantang ini selama 2 hari. Memang kenangan indah yang tidak dapat aku lupakan seumur hidup aku. InshaAllah jika diberi peluang aku ingin turut serta lagi.


Sekian.

No comments:

Post a comment