Thursday, 13 April 2017

Bangunan Lama Majlis Agama Islam...Kini Dijadikan Muzium Islam Melaka

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua... Apa khabar hari nii? Jom ikut aku ke Melaka. Korang tahukan...kat Melaka nii terlalu banyak muzium. Memang tak boleh habis kalau nak melawat dalam sehari. Nasib baik kebanyakkannya terletak berhampiran saja. Hari nii aku nak citer pasal sebuah bangunan lama yang dahulunya merupakan pejabat Majlis Agama Islam tetapi kini telah ditukarkan fungsinya menjadi Muzium Islam. Bangunan ini tidak kurang hebatnya dari segi senibinanya. Merupakan sebuah bangunan 2 tingkat menggunakan bahan batu dan juga kayu. Aku paling suka binaan kayunya yang ala-ala ciri rumah Melayu lama.

Ok laa....jom aku citer sikit kat korang tentang sejarah bangunan nii...

Pandangan Hadapan Muzium Islam Melaka

Menurut Laurens Vis, seorang Jurutera Seni bina Bangunan yang pernah menetap di Melaka dari November 1979 hingga Jun 1980, yang mana sedang membuat pelan semula bangunan Muzium Lama dan Bangunan Stadthyus beranggapan bahawa bangunan Majlis Agama Islam Lama ini di bina di akhir kurun ke-19, iaitu di zaman pemerintahan Inggeris. Tahun pembinaannya diperkirakan pada tahun 1850-an. Alasan beliau ialah reka bentuk dan seni bina bangunan tersebut bercirikan reka bentuk bangunan Inggeris yang terdapat di sekitar Bandar Melaka dan melambangkan gaya seni bina Inggeris pada waktu tersebut.


Ada juga yang berpendapat ia dibina pada kedua-dua zaman iaitu Belanda dan Inggeris. Bahagian bawahnya dikatakan dibina oleh Belanda dan bahagian atasnya dibina oleh Inggeris sebagai penambahannya.

Pintu Masuk Utama

Bangunan ini sememangnya dibina khusus untuk kegunaan pejabat kerana tiada tanda-tanda ia sebagai kediaman. Namun ada yang mengatakan ia digunakan sebagai rumah kerajaan terlebih dahulu. Kemudian ia dijadikan Pejabat Majlis Agama Islam Melaka Lama sehingga tahun 1990. Kini ia telah dipulihara dan dijadikan sebagai Muzium Islam oleh Kerajaan  Negeri Melaka.


Penubuhan Muzium Islam Melaka bertujuan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan yang berorientasikan Islam sejajar dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran islam di Nusantara suatu ketika dulu dan perkembangan Islam di Malaysia dewasa ini.


Muzium Islam Melaka ditempatkan di bangunan lama Pejabat Majlis Agama Islam Melaka  (MAIM), Jalan Kota, Melaka. Rekabentuk dalaman muzium ini berkonsepkan imbasan suasana kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara dengan memaparkan gabungan identiti kesenian Islam secara global dan kesenian Islam di Nusantara khususnya Melaka.



Peta Lokasi Muzium Islam Melaka

Kaedah pameran dan penyampaian maklumat pula diolah melalui lapan ruang pameran utama yang jelas turutannya dengan tema-tema tertentu. Ini untuk memudahkan para pelawat memahami mesej, perjalanan sejarah dan pengalaman yang ingin disampaikan.


Antara koleksi yang dipamerkan adalah replika Al-Quran terawal, sejarah masjid, replika pedang Rasulullah S.A.W. Muzium Islam Melaka ditempatkan di bangunan lama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).Bangunan ini adalah tinggalan warisan Belanda yang kini reka bentuk dalamnya disesuaikan dengan konsep imbasan era kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara. Antara koleksi yang dipamerkan adalah replica Al Quran terawal,sejarah masjid-masjid di Melaka,replica pedang Rasulullah SAW ,kitab-kitab agama  dan tokoh-tokoh agama serta ulama dari Melaka dan Malaysia.


Bayaran Masuk
Dewasa : RM1
Kanak-kanak/Pelajar : 50 sen
Waktu Operasi
9.30 am - 5.30 petang (Ditutup pada hari Isnin)

Muzium Islam Melaka telah ditubuhkan untuk menjadi bukan sahaja pusat paparan dokumen dan artifak yang berkaitan dengan Islam tetapi juga menjadi pusat untuk penyelidikan ke dalam kedatangan Islam ke Melaka dan penyebaran berikutnya ke seluruh Malaysia.


Muzium Islam Melaka terletak di sebuah bangunan di Jalan Kota yang digunakan untuk menempatkan pejabat Majlis Agama Islam Melaka (Majlis Agama Islam Melaka - MAIM). Untuk menempatkan muzium dalaman bangunan itu telah diubahsuai dengan meluas untuk menggambarkan keindahan kemuliaan Islam. Usaha-usaha pengubahsuaian menggabungkan tradisi terbaik seni Islam dan ketukangan tempatan dan serantau.


Muzium Islam Melaka mempunyai lapan kawasan pameran utama, masing-masing dengan tema yang tersendiri. Pameran disusun dalam susunan kronologi memberi pelawat perspektif cepat sejarah kedatangan Islam ke Melaka dan merebak ke seluruh Malaysia.keselamatan) dan kegemilangan Tamadun Islam


Untuk menggalakkan pemahaman yang lebih besar ilmu Islam dan menjadi pusat sumber bagi penyelidik dan ulama yang mengkaji sejarah Melaka dan Islam. Untuk menunjukkan peranan Melaka dalam sejarah Islam di rantau ini dan link purba Melaka dengan pusat tamadun Islam di tempat-tempat seperti India, China, Saudi dan bahagian-bahagian lain di Asia Tenggara. Jangan lupa untuk datang berkunjung ke Muzium Islam Melaka ini...bersebelahannya ada Muzium Senibina...Muzium Setem dan beberapa tempat menarik yang boleh korang lihat.

Sekian.

No comments:

Post a comment