Wednesday, 29 March 2017

Tokong Paloh Khoo Miu Merupakan Tokong Tertua Di Ipoh

Assalammualaikum daSalam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Meh aku nak bawa korang gi melihat tempat bersejarah di negeri Perak. Dah lama aku dengar pasal tokong tertua di Ipoh nii...tapi selalu jer tak jumpa bila gi cari...rupanya lokasi tokong nii memang tersorok sedikit dari jalan besar....so kalau korang nak pergi tengok korang kena laa rajin bertanya kat penduduk setempat kawasan itu. Lokasinya memang terletak betul-betul di pekan Ipoh.


Tokong Paloh Khoo Miu didedikasi kepada Tua Pek Kong, pengasas kerohanian kaum Cina. Tokong ini ditubuhkan pada tahun 1872. Pada asalnya, tokong ini dibina dengan kayu dan atap sahaja. Ianya telah dibina semula pada tahun 1894 dengan bumbung berdekorasi indah beserta loceng tokong dan batu singa.

Yau Tet Shin merupakan penaja utama dalam pembinaan semula tokong ini. Sungguhpun tokong ini telah diubahsuai beberapa kali, namun pelan tradisi dan bentuk simetriknya masih kekal.


Tokong Paloh Khoo Miu ini sangat dikenali oleh pelancong luar sebagai tempat untuk menunaikan hajat. Tokong ini mempunyai senibina sangat menarik dan unik serta banyak barangan artifak tersimpan didalamnya.

Pada tahun 2006, Jabatan Warisan Negara telah melakukan kerja-kerja pengecatan semula di beberapa bahagian dinding dalam tokong ini dan juga pintu.


Tokong ini diselenggara dengan baik oleh ahli jawatankuasa tokong dengan pendermaan daripada pengunjung yang datang. Majlis Bandaraya Ipoh telah mewartakan tokong ini sebagai bangunan warisan dibawah akta perancangan bandar dan desa 1976 (akta 172) pada 5 Julai 2012.

Sekian.

No comments:

Post a comment