Thursday, 30 March 2017

Sekolah Menengah Convent Taiping Merupakan Sekolah Yang Tertua

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang semua... Jom kita ke Taiping. Di Taiping banyak terdapat bangunan-bangunan lama yang masih kekal dan digunakan sehingga kini....antaranya Sekolah Menengah Convent Taiping. Sekolah Menengah Convent ini siap dibina pada tahun 1899. Ianya bermula apabila tiga orang biarawati dihantar oleh Convent Pulau Pinang ke Taiping bagi membuka sebuah sekolah Inggeris untuk murid-murid perempuan yang dikenali dengan nama Convent Taiping.


Pada asalnya Sekolah Menengah Convent ini terlatak di Klian Pauh dengan muridnya seramai 60 orang. Memandangkan perkembangan murid yang begitu menggalakan maka pihak pentadbir convent memohon untuk mendapatkan tapak baru untuk sekolah ini di Jalan Kota.


Bangunan tiga tingkat binaan 1900 mempunyai ciri-ciri senibina Gothic dengan arca-arca yang berbentuk kubah disepanjang varandah. Pada Mei 1941, pihak British menuntut supaya sekolah ini dijadikan hospital ketenteraan tetapi pada bulan Disember, sekolah ini telah diambil oleh pihak Jepun untuk dijadikan pusat ketenteraan Jepun iaitu Gul-Sei-Kan-Bu.



Bangunan ini terbahagi kepada beberapa blok iaitu blok A, B, C, D, E, F (bilik guru), G, H (bilik gerakan), I (makmal) dan J (separuh dari bangunan ini adalah milik sekolah Tamil).

Pihak Jabatan Warisan Negara telah melakukan kerja-kerja pengecatan semula pada bangunan sekolah ini di dinding koridor pada tahun 2007 dan membaiki kerosakan pada bumbung, tingkap serta pintu pada tahun 2008.

Sekian.

No comments:

Post a comment