Wednesday, 15 March 2017

Menara Jam Taiping Merupakan Mercu Tanda Ikonik Di Bandar 'Tepeng'

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua...apa khabar hari nii? Sapa orang Tepeng kat sini...sila angkat tangan!! Aku nak bawa korang melihat satu senibina yang unik dan bersejarah yang ada kat Tepeng nii. Di Taiping terdapat sebuah menara jam yang sangat unik rekabentuknya...terletak ditengah-tengah bandar Taiping. Menara jam  ini dibina pada tahun 1871. Rekabentuk menara jam ini telah dibuat oleh seorang arkitek berbangsa Inggeris manakala pembinaannya telah dilakukan oleh buruh tempatan bercirikan kolonial. Ianya menjadi mercu utama di bandar Taiping ini.



Seorang saudagar timah pada ketika itu, Ng Boo Bee telah membantu pihak Inggeris dalam pembinaan menara jam ini. Bangunan menara ini mempunyai pengaruh gaya rupa Palladian seperti yang dapat dilihat pada fasadnya.


Ianya telah dibina menggunakan kerangka dinding tanggung beban manakala bumbungnya pula menggunakan kerangka kayu. Sehingga kini menara jam ini pernah disewakan kepada tiga pihak iaitu Bomba, Persatuan Bekas-Bekas Polis Taiping dan Pusat Penerangan Pelancongan.


Menara jam ini asalnya merupakan sebuah Balai Polis Taiping yang dibina pada 1881 dan adalah yang tertua di negara ini. Kini ianya menjadi tarikan pe­ngunjung kerana dijadikan pejabat pusat pelancongan.




menara jam ini juga pernah dikenali sebagai ‘The Fort’. Struktur asalnya dibina pada tahun 1881 menggunakan bahan kayu kemudian dibina semula menggunakan bahan batu pada tahun 1891. Sekitar tahun 1908 hingga 1950, bangunan ini dijadikan sebagai ‘Town Police Station’ dan juga Balai Bomba.

Sekian.

No comments:

Post a comment