Tuesday, 21 March 2017

Menara Jam JWW Birch Terdapatnya Lukisan 44 Tokoh Terkenal Dunia

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang semua.... Kalau korang datang ke Ipoh...dan melalui kawasan jejak warisan Ipoh...korang akan terpandang sebuah menara jam di kawasan Dato Sagor iaitu bersebelahan dengan Masjid Negeri. Menara jam nii ada kisahnya... ada yang menggelarnya menara jam dan ada pula yang memanggilnya dengan nama tugu. Bagi aku...aku gelarkannya menara jam sebab ada jam di setiap sudutnya. Setahu aku...tugu JWW Birch ini sebenarnya terletak di Pasir Salak iaitu di dalam Kompleks Bersejarah Pasir Salak berhampiran dengan tebing Sungai Perak bersebelahan dengan surau.


Dulu kawasan Dato Sagor ini merupakan medan selera...paling tip top ialah roti telur goyang.... Kini kawasan ini telah dijadikan kawasan lapang atau open space untuk aktiviti jejak warisan. Lokasinya memang strategik kerana terletak di kawasan tumpuan orang ramai untuk menjamu selera dan juga beribadat.



Menara jam ini dibina pada tahun 1917, dengan rekabentuk bersegiempat serta terdapatnya patung di setiap penjuru yang menggambarkan perlembagaan tamadun. Ia dibina bagi memperingati kematian Residen Inggeris yang pertama di Perak iaitu J.W.W. Birch yang telah mati dibunuh di Pasir Salak, Kampung Gajah pada 2 November 1975 oleh Ketua-ketua Melayu tempatan iaitu Datuk Maharaja Lela sebab itu ianya dinamakan Menara Jam JWW Birch.


  
Keistimewaan menara jam ini terletak pada ukiran Patung J.W.W. Birch yang diperbuat daripada gangsa. Manakala di atas menara ini terdapat sebuah jam loceng dan dihiasi patung di setiap penjuru menara jam ini yang bercirikan senibina Itali di Abad ke 18. Kalau tak salah aku 4 patung ini mempunyai maksudnya yang tersendiri...antaranya keadilan..bijaksana dan sebagainya...(sori laa yea aku dah lupa lagi dua maksud tuu).



Menara Jam JWW Birch ini dibina pada tahun 1909 dengan menelan belanja kira-kira $25,00 pada masa itu. Menara jam ini dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Inggeris, Sir John Anderson pada zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Azam Shah.




Pada panel tamadun terdapat lukisan  44 tokoh-tokoh terkenal dalam sejarah dunia direkodkan. Imej yang digambarkan sebagai Nabi Muhamad telah dikikis pada 1990-an kerana mendapat bantahan dikalangan umat Islam sebab tu korang akan nampak satu lukisan tokoh nii pudar...



Menara jam ini mempunyai satu loceng besar yang berukuran 6 kaki X 6 in diameter dengan empat loceng kecil. Bunyinya mengikut sebagaimana bunyi loceng Big Ben.

Ketika diawal pembinaannya dulu....masyarakat Ipoh begitu taksub dengan menara jam ini. Mereka sering tertanya-tanya....siapakah gerangannya yang membunyikan loceng tersebut pada setiap masa, siang dan juga malam.  Mereka tidak percaya bila diberitahu bahawa loceng tu boleh berbunyi dengan sendirinya...kelakar kan!!



Jam pada menara ini masih lagi berfungsi dengan baik pada setiap waktunya... Kedudukan jam ini tepat ke kawasan Lorong Panglima (Cocubine Lane)...

Aku diberitahu oleh kawan aku bahawa... pada masa dahulu.. kawasan ini menjadi tempat popular bagi saudagar-saudagar Cina untuk menghisap candu dan bersuka ria. Apabila jam menara ini berbunyi tepat pada pukul 5 petang...maka bermula laa waktu untuk mereka berehat bagi menghisap candu dan bersuka ria di lorong panglima ini...




Aku perhatikan menara jam ini ada mengalami beberapa kerosakan dan hampir usang serta ditumbuhi oleh pokok tumpang. Kos membaikinya adalah sangat tinggi dan juga kontrator yang mahir dari segi kerja-kerja pemuliharaan bangunan lama sangat sukar diperolehi. Kerja-kerja penyelenggaraan adalah dibawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh.



Semoga Menara Jam JWW Birch ini terus kekal terpelihara di sini sebagai sebuah mercu tanda bersejarah bagi bandar Ipoh.

Sekian.

No comments:

Post a comment