Friday, 10 March 2017

Makam Marhum Teja atau Raja Alang Iskandar

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Semoga ceria-ceria yea hari nii. Hari nii aku nak pergi melihat satu makam yang agak unik seni binanya di negeri Perak berbanding dengan makam-makam lain yang pernah aku lihat. Selain kedudukannya yang lebih tinggi dari aras tanah...makam ini juga mempunyai tangga di sisi kiri dan kanannya. Makam ini juga terletak jauh dari Bandar Ipoh sebab itu ia agak tidak dikenali dan kurang popular. Makam Marhum Teja...bukan Tun Teja yea. Makam Tun Teja kat Merlimau, Melaka.




Marhum Teja atau Raja Alang Iskandar adalah Putera Raja Kecil Tengah Ahmad Ibni Almarhum Abdul Malek Mansur Syah. Waktu kekandanya Raja Ngah Jaafar diangkat menjadi Sultan Jaafar Muazzam Syah (1857 – 1865), Raja Alang Iskandar telah dilantik menjadi Bendahara negeri Perak.  Tetapi beliau telah mangkat tidak lama kemudiannya dan Raja Ismail bin Saiyid Syeikh Al-Khairat Raja Siak di lantik pula menggantikan Raja Alang Iskandar sebagai Bendahara Perak. Seorang puteranya yang bernama Raja Idris telah dilantik menjadi Sultan Perak ke 28 (1887-1916) bergelar Sultan Idris Mursyidul Azam Syah.

 Mengikur sejarah: Ibu Almarhum Raja Alang Iskandar bernama Raja Che Busu telah berkahwin dengan Raja Kecil Tengku Ahmad yang kemudiannya menjadi Sultan Muda Ahmad. Almarhum Teja Raja Alang Iskandar berkahwin dengan Che Kenuda dan mendapat seorang putera yang menjadi Sultan Perak Ke 28.
 
Di masa Almarhum menjadi bendahara di Kuala Teja, baginda mengutip hasil dan khazanah serta cukai di atas segala barang-barang yang masuk dan keluar di Kuala Sungai Kinta. Kutipan itu dilakukan setahun sekali, iaitu kutipan keluarga yang dinamakan “BENAN KELUAR”.




Baginda menghantar seorang suruhannya dari keturunan Orang Kelar yang berasal dari Lambor bernama Alang Laut bin Tok Monen atau Tok Nara, pergi ke kampung-kampung untuk mengutip cukai 50 sen sekeluarga dengan membawa “BAUR” iaitu Keris Kuasa Raja. Lanjutan daripada itu, Alang Laut digelar Panglima Teja, iaitu Orang Besar Enam Belas dan penolongnya Tok Muda Lahab (Tok Rusa).

Sekian.

No comments:

Post a comment