Sunday, 12 March 2017

Korean Drama Review: Saimdang Light's Diary

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua...apa khabar hari nii? Hari nii aku nak buat review berkaitan dengan drama Korea yang paling aku suka...sebab lain dari yang lain dan ianya ada kaitan sejarah sikit. Drama Korean yang aku sedang layan sekarang adalah Saimdang Light's Diary. Citer nii baru jer 14 episode di online.... Citer nii adalah cadangan daripada member ofis aku. Memang layan dan menarik untuk di tengok bagi yang meminati citer sejarah laa macam aku...Pada awalnya drama ini diberi tajuk Saimdang, The Herstory


Cerita ini ada flashback...jadi korang kena tengok betul-betul. Seperti biasanya aku memang suka citer tentang sejarah dan cerita ini diadaptasi daripada citer sejarah Korean tentang seorang wanita yang bernama Shin Saimdang (Lee Young-ae) yang merupakan seorang pelukis dan calligrapher  terkenal di Dinasti Joseon (1392-1910) iaitu di abad ke-16.


Shin Saimdang lahir pada 29 Oktober 1504 di Gangneung. Bapanya seorang pegawai kerajaan oleh sebab itu dengan mudah beliau mendapat pendidikan daripada bapanya sendiri.


Drama ini bermula apabila seorang pensyarah wanita iaitu Seo Ji-yoon yang sedang membuat PH D untuk kajian lukisan bersejarah. Hasil penelitiannya telah memberi impak yang negative kepada ketuanya Professor Min Jung-huk yang telah membuat kajian tersebut hampir 30 tahun. Pelbagai dugaan telah menimpa diri Seo Ji-yoon, termasuklah apabila suaminya diisytihar muflis dan menipu duit syarikat serta menjadi buruan.


Minat Seo Ji-yoon yang mendalam terhadap kajian lukisan sejarah dan tidak mudah mengalah telah menemukan beliau dengan sebuah dairi lama secara tidak sengaja...dan kemudiannya beberapa lukisan sejarah yang asli di sebuah gereja lama. Beliau meminta bantuan rakan baiknya Ko Hye-jung (Park Jun-myun) untuk melakukan kerja-kerja konservasi ke atas dairi tersebut kerana tulisannya sudah hampir pudar serta tidak boleh dibaca lagi.


Dalam dairi tersebut menceritakan tentang kehidupan Shin Saimdang....kisah percintaannya serta susah payah kehidupannya, semangat juangnya dan minatnya terhadap lukisan. Akibat satu peristiwa pembunuhan beramai-ramai...Shin Saimdang terlalu fobia untuk melukis.

Pada mulanya aku agak terkejut apabila Shin Saimdang tidak berkahwin dengan jejaka hatinya iaitu Lee Gyum (Song Seung-heon)...memang frust giler aku....hik...hik...hik...tetapi di sinilah rupanya bermulanya klimaks drama ini.


Shin Saimdang nii juga seorang yang baik hati dan sentiasa menolong ramai orang... ideanya untuk membuat kertas yang terbaik dengan meminta pertolongan pengemis jalanan sangat menyentuh perasaan. Dia juga seorang ibu yang sangat perihatin akan kebajikan anak-anaknya. Setiap kali ada permasalahan dengan anak-anaknya.... dia akan memanggil kesemua anaknya berkumpul dan memberi penjelasan akan setiap permasalahan tersebut. Tetapi sayangnya...suaminya seorang yang sangat pemalas. Menyampah pulak aku!!

Tugu Shin Saimdang

Sikap Shin Saimdang yang sangat baik hati menyebabkan beliau disukai ramai dan dibenci oleh salah seorang rakan masa kecilnya iaitu Whieumdang Choi (Oh Yoon-ah). Pelbagai usaha dilakukan rakannya itu bagi menjatuhkan Shin Saimdang tetapi Shin Saimdang tidak mudah mengalah.



Kalau korang nak tahu... Shin Saimdang adalah merupakan wanita pertama yang gambarnya  telah dicetak pada duit kertas Korean 50,000 won. Hasil Lukisannya juga diiktiraf diperingkat antarabangsa. Kebanyakan lukisannya bercirikan tumbuhan dan juga serangga. Memang cantik dan comel jerr aku rasa.

Pengarah drama ini ialah Yoon Sang-ho dan penulis skripnya pula Park Eun-ryung dengan tayangan sebanyak 28 episode. Mula ditayangkan pada 26 Januari 2017 di Korea Selatan.

Ojukheon House
Ojukheon House merupakan rumah kelahiran Shin Saimdang dan telah diwartakan sebagai warisan Negara Korea Selatan (No 165) dan dijadikan lokasi penggambaran bagi drama ini.

Banyak moral yang dapat aku dipelajari daripada drama ini terutama sekali jangan berputus asa dan berusaha sehingga berjaya....teruskan kehidupan dengan rasa sabar dan gembira. Rating aku tak dapat nak bagi lagi sebab drama ini masih lagi ditayangkan...baru separuh perjalanan. Tetapi aku sentiasa rasa tak sabar-sabar menanti episod yang seterusnya.

Sekian.

No comments:

Post a comment