Tuesday, 7 March 2017

Korean Drama Review : Moon Lover : Scarlet Heart Ryeo

Assalammualaikum dan   Salam Sejahtera,


Hai korang… apa khabar hari nii? Semoga ceria dan bahagia jer selalu kan! Hari nii aku masih lagi nak buat review pasal drama Korea. Citer drama Scarlet Heart Ryeo nii...housemate aku yang suruh tengok...katanya best giler. Kawan-kawan ofis aku pun suruh tengok. Terpengaruh dengan kata-kata diorang..aku pun download laa dan layan citer nii di hujung minggu yang lalu..

Sebenarnya aku memang minat citer yang ada kaitan sejarah dan istana-istana nii sebab boleh tengok dari banyak segi.... terutamanya bangunan dan juga pakaian mereka. Kalau  korang tanya aku tentang pelakon yang aku minati...terus terang aku katakan aku tak tahu langsung nama diorang. Aku lebih meminati pada lokasi penggambaran dan jalan citer sesebuah drama tersebut jer...Sori laa yea...


Aku difahamkan drama ini diadaptasikan daripada sebuah novel China bertajuk Bu Bu Jing Xin yang ditulis oleh Tong Hua. Drama ini diarahkan (pengarah)  oleh Kim Kyu-tae dan skripnya ditulis oleh Jo Yoon-young dengan 20 episode tayangan.

Kisahnya tentang seorang wanita diusia 25 tahun bernama Go ha-jin (Lee Ji-eun) yang mengalami kekecewaan hidup akibat ditipu oleh teman lelakinya. Ketika sedang berehat pada waktu bulan mengambang di tepi sebuah tasik beliau terlihat seorang budak yang lemas lalu menolongnya.....tetapi beliau sendiri pulak yang lemas dan kembali ke zaman silam iaitu di tahun 941, zaman pemerintahan Dinasti Goryeo  di dalam badan Heo Soo. Heo Soo merupakan sepupu kepada isteri putera yang ke 8 iaitu putera Wang Wook (Kang Ha-neul).


Putera Wang Wong sangat baik hati dan romantik. Beliau menjaga isterinya yang sakit dengan baik....perhatian yang diberikan oleh putera wang Wong membuatkan Heo Soo jatuh hati. Sikap Heo Soo yang lurus dan happy go lucky juga telah membuatkan dia diminati kesemua putera raja.

Putera yang ke 4 iaitu putera Wang Soo (Lee Joon-gi) dikenali dengan sikap ganas kerana suka memburu serigala. Beliau juga ditakuti oleh adik-adiknya serta rakyat jelata. Putera Wang Soo terpaksa memakai topeng di muka kerana ingin menutupi kesan parut yang dilakukan oleh ibunya sendiri. Ibunya juga telah membuang putera Wang Soo daripada hidupnya menyebabkan putera Wang Soo menjadi seorang yang kurang mendapat kasih sayang.


Pada suatu hari...Heo Soo hendak dikahwinkan dengan Maharaja Teojo (Jo Min-ki), pengasas Dinasti Goryeo menyebabkan Heo Soo terpaksa mencederakan dirinya sendiri kerana isteri maharaja tidak boleh mempunyai parut pada anggota badan. Akhirnya maharaja terpaksa akur dan menjadikan Heo Soo seorang dayang dibahagian herba. Heo Soo memang meminati dengan herba dan persolekan. Kemahirannya ini membolehkan dia menghilangkan kesan parut pada muka putera Wang Soo (putera ke 4).

Klimaks drama ini ialah.....apabila Heo Soo mendapat bayangan pembunuhan ngeri yang dilakukan oleh putera ke 4. Dalam buku sejarah....Dinasti Goryeo dikenali sebagai dinasti berdarah kerana banyak pembunuhan dan kematian terjadi untuk memiliki tahta. Heo Soo cuba untuk menukar sejarah ini dan mengelak berlakunya episod berdarah. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Heo Soo tetapi ianya terjadi juga.


Drama ini bermula dengan ikatan kasih sayang antara adik beradik yang kemudiannya bertukar menjadi perbalahan untuk merebut kuasa bagi memiliki tahta maharaja. Pembuhuhan berlaku disebabkan sikap yang tamak untuk berkuasa. Yang hebatnya cerita ini bila.....Yang baik bertukar menjadi tamak. Yang ganas pula bertukar menjadi seorang pecinta yang hebat.

Pengakhiran cerita ini agak menarik dan misteri kerana sukar diteka oleh penonton...olahan ceritanyanya memang menarik.... dan dengan siapa Heo Soo akan berkahwin sebenarnya...memang mengejutkan diri aku....tak terbayang langsung pada pemikiran aku. Citer nii memang sedih tapi tak laa sampai aku menitiskan air mata....Cuma aku geram sikit dengan sikap Heo Soo nii...sebab hatinya tak tetap  untuk cinta kat siapa...


Penggambaran ini dibuat antaranya di Istana Kompleks Kebudayaan Baekje (Baekje Cultural Complex), Cheonjuho Lake dan  Ondal Tourist Park. Rumah tradisional Korean yang dikenali dengan nama Hanok juga dijadikan untuk penggambaran. Drama ini mula ditayangkan di Korean pada 29 Ogos 2016.

Aku suka drama ini cuma aku rasa drama ini terlalu mendatar dari segi lisannya....tak de unsur suspen sangat dan biasa-biasa saja. Jalan ceritanya agak menarik dan mudah difahami. Aku bagi 4.5/5 bintang untuk drama ini tetapi drama nii bukan la drama feberet aku yea...

Sekian.

No comments:

Post a comment