Thursday, 23 March 2017

Korean Drama Review: Love In The Moonlight

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua apa khabar? Sekarang nii aku tengah giler pulak tengok drama Korea. Pengaruh dari kengkawan sepejabat laa nii. Drama Korea yang aku paling suka tengok ialah citer Love In The Moonlight. Tak puas tengok sekali...memang korang rasa nak tengok berkali-kali. Drama nii menjadi hit hingga ada permainan games dicipta berdasarkan drama ini...rantai tangan yang dipakai oleh pasangan drama ini juga menjadi jualan hebat macam goreng pisang panas...jualan novel pula meningkat sehingga 56%.




Yang membuatkan aku suka drama nii...ialah kerana jalan ceritanya yang sememangnya best...ada gembira, kelakar, menyentuh hati dan perasaan, rasa cinta dan sedih hingga mengalir air mata...ceeewaaah...bagi yang dalam hati ada taman tuu laaa...

Aku tak boleh tahan betul dengan kesan impak muziknya yang dialunkan kena pulak pada situasi lakonan waktu itu. Bila time gembira...ada pulak muzik kelakar tiba-tiba. Time sedih ada pulak lagu sedih yang membuatkan korang rasa terlebih sayu hingga mengalir air mata...perrrgh!! Memang hebat betul pengarah muzik nii. Ayat-ayat yang digunakan jugak buat korang rasa cair hati gitu...Dengan pelakon yang handsome-handsome...buat korang rasa gila bayang....




Drama ini mula ditayangkan pada 22 Ogos hingga 18 Oktober 2016 di Korea Selatan sebanyak 18 episode yang diadaptasikan daripada novel bertajuk Moonlight Drawn by Clouds yang ditulis oleh Yoon Yi-soo. Direktor bagi drama ini ialah Kim Sung-yoon dan Baek Sang-hoon, cinematographer nya pula Kim Si-hyeong dan direktor muziknya ialah Gaemi.



Drama Love In The Moonlight ini berlatarkan sejarah Raja Dinasti Joseon abad ke 19. Dilakonkan oleh Park Bo Gum, Kim You Jung, Jin Young, Chae Soo Bin, Kwak Dong Yeon, Cheon Ho Jin, Han Soo Yeon, Park Chul Min, Jung Hye Seong serta ramai lagi.






Ceritanya bagi aku memang tidak membosankan...sentiasa ingin menunggu akan episod seterusnya dengan rasa tak sabar. Cerita ini bermula apabila Putera Mahkota Lee Young (Crown Prince) bertemu dengan Hong Sam Nom (Hong Ra On) ....bertengkaran berlaku kerana sikap masing-masing yang berbeza dari segi taraf dan pemikiran.



Putera mahkota selalu menyamar menjadi pegawai istana apabila keluar dari kawasan istana...manakala Hong Sam Nom pula terpaksa menyamar menjadi seorang lelaki kerana ayahnya seorang pemberontak yang menjadi buruan istana.




Keadaan bertambah menarik apabila Hong Sam Nom (Hong Ra On) dengan secara tidak sengaja bekerja di dalam istana sebagai sida (Eunuch) apabila dia dijual bagi melangsaikan hutangnya. Korang rasa macam mana yea....? Seorang perempuan boleh menjadi sida...memang suspen dan menarik serta kelakar....Bagaimana Hong Ra On berjaya melepasi ujian menjadi sida ini...??

 


Pelbagai perkara kelakar dan sedih terjadi apabila putera mahkota Lee Young terjumpa Hong Ra On di dalam istana....mula dari menjadi kawan kemudiannya menjadi pasangan kekasih. Dugaan demi dugaan juga harus mereka tempuhi demi cinta dan juga negara. Selain itu Hong Ra On juga disukai oleh ramai lelaki yang membuatkan putera mahkota  rasa iri hati tetapi putera mahkota ini seorang yang sangat baik..romantik...pandai...dan penyayang.


Pergolakkan dan masalah isu politik terjadi di dalam istana di mana berlakunya perebutan tahta oleh Perdana Menteri serta pengikut-pengikutnya yang ingin menjatuhkan raja dan putera mahkota. Berjayakah mereka...dan bagaimana putera mahkota menyelesaikannya...dan bagaimana akhirnya kisah cinta putera mahkota ini....


Drama ini dilakukan penggambarannya di sebuah tapak bersejarah iaitu....Istana Gyeongbukgung yang dibina pada tahun 1395 yang terletak di utara Seoul Korea Selatan tetapi telah terbakar akibat Perang Imjin. Pada abad ke 19 bangunan ini kemudiannya dibina semula di tanah seluas 40 hektar yang mempunyai 7,700 buah bilik serta menjadi tumpuan pelancong saban hari. Memang terbaik laa cerita ini mengikut persepsi aku...aku bagi 5/5 bintang.

Sekian.

No comments:

Post a comment