Thursday, 16 March 2017

Korean Drama Review : Heirs

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,



hai korang semua. Apa khabar korang hari nii? Ada yang rasa bosan tak dok kat rumah tuu. Jom aku bawa korang menonton drama Korea yang sweet-sweet nii. Tajuk drama nii memang dah lama aku dengar akan kehebatannya tetapi kelapangan untuk melihat cerita ini jerr aku tak de peluang lagi.. So selesai jer tengok citer Scalet Heart Ryeo...aku layan laa pulak citer Heirs nii.... Ternyata citernya memang hebat  seperti yang digosipkan. Rugi weii kalau korang tak tengok.





Heirs atau juga dikenali dengan nama The Inheritors...mula ditayangkan pada 9 Oktober 2012 hingga 12 Disember 2013 sebanyak 20 episode. Citer nii memang dah lama...kiranya aku tertinggal keretapi laa...jangan marah yea...sebab aku nii bukan laa peminat tegar drama Korea.





Setiap kali balik dari kerja...dah selesai segala urusan...aku pun layan laa citer nii. Pelakonnya pulak aku kenal dari drama Boys Over Flowers iaitu Lee Min-ho. Citer nii memang tip top masa tuu.

Drama ini mengisahkan tentang kehidupan anak orang kaya yang mewarisi harta serta syarikat keluarga mereka. Persaingan untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dan kaya diantara mereka semua.





Ianya bermula di Hollywood California...apabila Cha Eun-sang (Park Shin-hye) terpaksa ke Hollywood untuk menghantar duit belanja kakaknya yang belajar di sana. Dia merasakan kakaknya sangat bertuah dapat hidup di sana dan akan berkahwin dengan bangsa asing. Cha Eun-sang sentiasa merasakan nasib hidupnya malang kerana terpaksa bersusah payah mencari rezeki untuk menyara kehidupannya sendiri...sedangkan kakaknya dibantu oleh ibunya.






Apabila tiba di Hollywood barulah Cha Eun-sang tahu bahawa selama ini kakaknya hanya menipu dan tidak belajar di sana. Kakaknya hanya tahu menghabiskan duit ibunya sahaja. Cha Eun-sang sangat sedih dengan sikap kakaknya itu. Di Hollywood Cha Eun-sang terjumpa dengan Kim Tan (Lee Min-ho) secara tidak sengaja. Kim Tan mula jatuh hati pada Cha Eun-sang dan memberinya pertolongan. Kim Tan telah ditunangkan dengan Rachel Yoo (Kim Ji-won) untuk mengukuhkan syarikat keluarganya tetapi Kim Tan tidak menyukai Rachel Yoo.





Apabila balik ke Korea...Cha Eun-san mendapati rumahnya telah kosong dan ibunya telah tinggal di rumah majikannya sebagai orang gaji. Ibu Cha Eun-san juga seorang yang bisu. Cha Eun-san jugak terpaksa tinggal di rumah ibunya bagi membantu ibunya di rumah tersebut.





Setelah 3 tahun menetap di Hollywood...Kim Tan ingin pulang semula ke Korea. Tanpa disedari...tempat kerja ibu Cha Eun-san adalah merupakan kediaman keluarga Kim Tan. Bermula laa...episode suka duka kisah percintaan mereka... Cha Eun-sang nii juga diminati ramai kerana sikapnya yang selamba...Bapa Kim Tan telah membantu Cha Eun-sang untuk belajar di sekolah elit milik mereka. Di sini laa cabaran hebat yang menanti Cha Eun-sang kerana tarafnya yang rendah dengan kehidupan yang miskin.




Di sekolah elit ini Cha Eun-sang selalu dibuli oleh kawan sekolahnya tetapi Kim Tan selalu ada disamping Cha Eun-sang bagi membantunya setiap masa...so sweetkan... Kim Tan mempunyai sejarah silam yang buruk di sekolah itu menyebabkan ramai yang takut kepadanya...tetapi Kim Tan telah banyak berubah sejak mengenali Cha Eun-sang.



Kim Tan mempunyai seorang abang tiri tetapi abangnya itu yang menyebabkan Kim Tan terpaksa menetap di Hollywood. Abangnya takut Kim Tan mewarisi syarikat bapanya sedangkan Kim Tan tak inginkan harta bapanya itu... Kim Tan lebih berminat untuk mempertahankan cintanya demi Cha Eun-sang.


Perbalahan keluarga dan cinta berlaku dalam drama ini. Kim Tan merupakan anak yang tak sah taraf daripada perempuan simpanan bapanya. Manakala Cha Eun-sang pula anak orang gaji yang serba kekurangan. Mampukah Kim Tan untuk mengikut rentak bapanya yang ingin dia mewarisi dan bertanggungjawab ke atas syarikat milik bapanya itu tetapi terpaksa berkorban untuk cinta hatinya...Korang rasa apa yang terjadi dipenghujung citer ini...Happy ending ke...sad ending...


Penghujungnya happy ending...memang best!! Aku suka sikap Kim Tan yang sangat kuat untuk mempertahankan cintanya...bestkan kalau dapat boyfriend atau hubby macam nii kan!!

Drama ini diarah oleh Yoon Ha-rim dan  Choi Moon-suk. Drama ini banyak memenangi anugerah pada tahun 2013 dan 2014 antaranya...pelakon lelaki terbaik dan pelakon wanita terbaik. So aku rasa baik korang tengok bagi yang belum sempat lagi nak tengok macam aku... Aku bagi 5/5 untuk drama ini...selamat menonton...

Sekian.

No comments:

Post a comment