Friday, 31 March 2017

Korean Drama Review : Empress Ki

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,



Hai korang semua. Apa khabar hari nii. Sapa kat sini suka drama Korea? Jom aku bawa korang untuk mengetahui akan keseronakan drama nii. 3 tahun lepas aku sangat menggilai drama Korea Empress Ki nii....2 kali aku tengok. Ianya merupakan drama terbaik dan popular di tahun 2014. Mula ditayangkan pada 28 Oktober 2013 hingga 29 April 2014 sebanyak 51 episode..... Aku sendiri pun tak tahu...macamana aku boleh tahan layan episode yang banyak macam nii... memang selalunya aku tak sempat pun nak tengok kat tv...so aku download  dan tengok kat handphone jer.





Pada awal pembikinannya tajuk yang diberi ialah Hwatu (Battle Of Flowers) dan kemudiannya ditukar mengikut nama watak utama. Pengarahnya Han Hee dan penulis skrip ialah Jang Young-chul. Drama ini berkisahkan seorang perempuan kelahiran Goryeo iaitu Ki Seung-nyang (Ha Ji-won) yang kemudiannya berkahwin dengan raja Dinasti Yuan iaitu Ta Hwan (Ji Chang-wook)  dan menjadi permaisuri walaupun cinta pertamanya ialah Wang Yu (Joo Jin-mo).





Aku rasa drama nii best giler dan sentiasa buat aku berdebar-debar nak tahu kesudahannya...  Drama ini juga meraih beberapa anugerah antaranya Best New Actress oleh Baek Jin-hee.  Ianya merupakan drama yang berkaitan perbalahan politik antara dua negara.





Bermula apabila.....Ki Seung-nang ingin membalas dendam di atas kematian ayahnya dan juga terpaksa berkorban demi cintanya itu. Ki Seung-nang seorang yang pandai dan hebat bermain senjata. Paling trajis bila Ki Seung-nang yang baru lepas bersalin diburu oleh musuhnya dan mengakibatkan dia jatuh ke dalam gaung yang tinggi dan terpisah dengan anaknya....anak dari cinta hatinya.







Setelah berkahwin dengan Maharaja Yuan....Ki Seung-nang memperolehi seorang putera yang bakal mewarisi tahta kerajaan Yuan. Pelbagai cara dilakukan musuh-musuhnya untuk menggulingkan kerajaan Yuan dan menjatuhkannya. Maharaja Yuan hanya dijadikan sebagai boneka dalam pentadbiran. Ki Seung-nang telah mengajar maharaja untuk menulis dan membaca supaya tidak diperbodohkan oleh menteri-menterinya yang ingin merebut tahtanya,




 
Ending cerita nii aku tak suka sangat sebab simple jer... penat si Ki Seung-nang berjuang...pengakhirannya macam nii jerr...hish...hish...hish... Cerita ni mempunyai banyak unsur sedih...cinta...dendam...dan iri hati. Kadang-kadang geram pun ada jugak. Kelakar memang tak ada laaa...Aku kesian betul kat Ta Hwan (Ji Chang-wook) sebab dia tidak dapat menerima cinta sejati daripada Ki Seung-nang tetapi hanya belas kasihan serta simpati.



 
Lokasi penggambaran drama ini dibuat di Hengdian World Studio yang terletak di Hengdian China dan merupakan studio terbesar sekali di dunia...memang hebat weii... Di sini terdapat 13 tempat/kawasan untuk penggambaran dengan keluasan 330 hektar.




Bangunan yang paling besar sekali ialah bangunan Istana Maharaja Dinasti Qin dan Han. Studio ini juga pernah digunakan untuk penggambaran Filem The Forbidden Kingdom yang dilakonkan oleh Jackie Chan dan Jet Li.






Aku nak cerita panjang lebar pun susah tentang jalan cerita drama nii...yea laa 51 episode kesemuanya... so lebih baik korang tengok sendiri... Rating..aku bagi 4/5 bintang.

Sekian.

2 comments:

  1. set lokasi citer ni kat china ke? ingatkan kat korea

    ReplyDelete
  2. Dari maklumat yang saya perolehi... lokasinya di China sebab masa tu Korea belum ada lagi set pengambaran yang sesuai dan China telah pun ada set pengambaran yang sangat hebat seperti Hollywood. Di set ini boleh dibuat 13 drama/filem serentak dalam satu-satu masa kerana kawasannya yang sangat-sangat luas dan bangunannya yang terlalu banyak.

    ReplyDelete