Friday, 3 March 2017

Korean Drama Review : Descendants Of The Sun

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua apa khabar? Tahun nii aku memang banyak layan drama Korea. Nii caranya aku coolkan diri aku dari tekanan kerja. Aku nak citer tentang satu drama Korean yang aku suka layan iaitu Descendants Of The Sun. Memang best laa.....plot citer nii pun dah cukup menarik..... seorang bertanggung jawab untuk menyelamatkan nyawa...seorang lagi terpaksa membunuh demi mempertahankan Negara...so prinsip masing-masing yang berbeza menyebabkan mereka takut untuk bersama walaupun masing-masing mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain. Ramai yang suka layan citer Korean sebab pelakonnya handsome dan cantik kan! kan! Kan!... 



Drama 16 episode ini mula ditayangkan pada tahun 2016 di tv 8 tetapi aku tak berkesempatan untuk melihatnya waktu itu...so  tahun nii baru aku dapat download dan layannya di cuti hujung minggu.
Citernyer.....Mereka mula bertemu iaitu Kapten Yoo Shi Jin/Big Boss (Song Joong Ki ) apabila terjadinya satu ensiden handphone Sarjan Yoon Myeong Joo/Wolf (Kim Ji Won) dicuri oleh pesakit/peragut Doktor Kang Mo Yeon/Beauty (Song Hye Kyo) di hospital. Untuk mendapatkan handphone itu semula Kapten Yoo kena bertekak dengan Doktor Kang dan bermulalah episode detik percintaan mereka.
 

Klimaks drama ini apabila team Doktor Kang dihantar ke Urk di base camp tempat pasukan Alpha dimana Kapten Yoo bertugas. Sebenarnya Doktor Kang didenda untuk ke Urk sebab menolak cinta daripada pengurus hospital tempat beliau bekerja. Beliau menyahut cabaran itu demi mempertahankan prinsip diri.


Kapten Yoo seorang yang misteri, romantik, kelakar serta berani meluahkan isi hatinya tetapi Doktor Kang pula tidak yakin akan perasaannya disebabkan prinsip kerja mereka yang berbeza. Doktor Kang juga takut untuk memberi komitmen atas perhubungan ini kerana Kapten Yoo selalu tidak dapat menepati janji setiap kali mereka bertemujanji. Walau bagaimana pun Kapten Yoo tetap berusaha untuk memenangi hati gadis idamannya ini.



  
Manakala sarjan Yoon pula menghadapi konflik untuk bercinta dengan anak Kolonel iaitu Leftenan Seo Dae Young (Jin Ghoo) kerana si bapa mementingkan pangkat dan meminta Sarjan Yoon untuk meletak jawatan sekiranya ingin bercinta dengan anaknya. Bagaimana pun, Leftenan Soe seorang yang sangat berani untuk menentang bapanya demi memperjuangkan cintanya itu.


Cerita ini banyak juga kekurangannya...dan banyak jugak yang tak logik dek akal aku....tetapi aku percaya ianya dilakukan untuk menarikkan lagi suasana drama ini sebenarnya. Yang aku suka adalah lokasi penggambaran drama ini iaitu di sebuah kawasan perlombongan Taebaek Hanbo Coal Mine. Manakala untuk penggambaran gempa bumi dibuat di Samtan Art Mine. Kawasan penggambaran ini banyak terdapat tinggalan monument lama...membuatkan kawasan ni klastik dan bersejarah. Aku bagi 5/5 bintang walaupun ada yang tak logik dari sudut pandangan aku.

Sekian.

No comments:

Post a comment