Monday, 6 March 2017

Indonesia Movie Review: Air Mata Surga

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang. Apa khabar hari nii? Dah agak lewat malam jugak aku menulis entri nii. Aku nak buat review sikit pasal filem Indonesia ini yang tak kurang jugak hebatnya. Aku mula tengok filem Indonesia dari Filem Surga Yang Tak Dirindukan. Setelah itu aku cuba cari dan download filem Indonesia yang top dan antaranya filem ini.... AIR MATA SURGA yang ditayangkan pada tahun 2016.

Filem yang berkisahkan tentang perjuangan seorang perempuan untuk mempertahankan cintanya hingga ke akhir hayat. Filem ini diarahkan oleh Hestu Saputra yang diadaptasikan dari novel karya Aguk Irawan dengan judul yang sama. Filem ini dibintangi oleh Dewi Sandra, Richard Kevin dan Morgan Oey.
Air Mata Surga ini mengisahkan tentang Fisha (Dewi Sandra) dari Yogjakarta seorang mahasiswi yang ingin membuat kajian dan bertemu dengan Fikri (Richard Kevin) seorang Designer, lulusan dari Maha Santri di Jakarta. Baru saja kenal...Fikri mengajak Fisha berkahwin tetapi perkahwinan mereka tidak direstui oleh ibu Fikri.
Setelah berkahwin...Fisha dan Fikri hidup bahagia tetapi berlaku beberapa ensiden yang menambahkan lagi dugaan perkahwinan mereka ini. Tiga kali Fisha keguguran dan ibu mertuanya ingin mengahwinkan Fikri dengan pilihan hatinya yang lebih berada. Keguguran Fisha kali ke tiga ini adalah disebabkan Fisha mengidapi kanser tahap 4.
Apabila mengetahui dirinya tidak mempunyai banyak masa yang banyak...Fisha mencari pasangan untuk suaminya iaitu merupakan teman baik Fisha sendiri. Fisha sanggup berkorban perasaan untuk membahagiakan suaminya...tetapi suaminya tidak boleh menerima semua itu. Suami Fisha hanya cintakan Fisha seorang sahaja.
Akhirnya Fisha menemui ajal ditempat mereka mula bertemu iaitu di pejabat Fikri. Cerita ini memang agak sedih sedikit tetapi jalan ceritanya mudah diteka dan menjadi kebiasaan dalam drama.


Sebenarnya agak sukar untuk pengarah filem ini mendapatkan persetujuan Dewi Sandra untuk berlakon dalam filem ini kerana Dewi Sandra ingin berehat dari dunia hiburan. Setelah dua bulan memujuk akhirnya Dewi Sandra setuju dan akur akan permintaan Hestu Saputra. Aku bagi 3/5 bintang untuk filem ini.

Sekian.

No comments:

Post a comment