Saturday, 11 March 2017

Gereja All Saints Menggunakan Kayu Meranti Yang Direkabentuk Oleh Lefroy

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,



Hai korang. Jom ikut aku ke Tepeng lihat bangunan bersejarah. Terdapat banyak bangunan lama yang pertama boleh korang lihat wujud di Taiping ini. salah satu yang menjadi tarikkan mengunjung adalah Gereja All Saints yang terletak berhampiran dengan Muzium Taiping. Gereja ini direka dengan senibina Gothic menggunakan kayu meranti sebagai struktur utama. Gereja ini terletak di Jalan Taming Sari.



Tapak gereja All Saints telah didermakan oleh W.V.Drummond seorang pemilik ladang yang berasal dari Shanghai China kepada kerajaan atas nama The Society For The Propagation Of Gospel In Foreign Parts. Tapak ini seluas empat ekar.


Pada asalnya gereja ini dijadikan tempat keagamaan secara terbuka yang dihadiri oleh tentera British  yang berkhidmat di Taiping setelah termeterai Perjanjian Pangkor 1874. Pada tahun 1884 Rev.A.Markham datang ke Taiping dan menjadi paderi di Taiping.








Apabila Taiping menjadi pusat pentadbiran Perak terdapat ramai pegawai Inggeris, orang Ceylon dan India beragama Kristian menghadiri perhimpunan gereja ini. Apabila penganut semakin bertambah maka perhimpunan pada hari Ahad.dibahagikan kepada dua sessi iaitu sessi untuk orang Ceylon dan India dan satu lagi untuk orang Inggeris.

 

Gereja All Saints ini telah dibina antara tahun 1886 hingga 1887. Ia dibuka buat pertama kali pada 27 Mac 1887 dan dirasmikan oleh Bishop Hose. Gereja kayu meranti ini direkabentuk oleh Lefroy. Stained glass gereja ini dipasang pada tahun 1911.




Pada tahun 2008....gereja ini telah dilakukan penambahbaikan dari segi tandas, pejabat, bilik koir, perpustakaan dan main hall. Persekitaran kawasan gereja ini terdapat kubur-kubur lama orang Eropah yang menjalankan tugasan di sini dan tidak sempat pulang ke Tanah air asal mereka.

Sekian.

No comments:

Post a comment