Saturday, 4 March 2017

Book Review: Jangan Biar Dia Masuk 2

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai semua. Apa khabar hari nii? Dah agak lewat malam dan mata aku tak mengantuk lagi so aku rasa nak buat book review pasal sebuah novel yang sangat menarik nii. Setelah selesai membaca Jangan Biar Dia Masuk...aku tak sabar untuk membaca sambungannya yang seterusnya... selalunya kalau yang ke 2...cerita dah tak best sangat.. tapi aku yakin novel ke 2 nii jugak pasti best!! Cuma covernya aku rasa geli sikit sebab aku nii penggeli kat ular. Terus terang aku katakan...novel Jangan Biar Dia Masuk dan Jangan Biar Dia Masuk 2 nii...memang best dan berbaloi untuk dibeli. Memang ceritanya kesinambungan dari novel yang pertama tapi masih fresh... umpama baca novel lain sebab untuk yang ke 2 nii ada cerita tentang alam bunian dan juga ular jadian. Ok.. jom kita teliti ringkasan novel nii....


Rakaman orang minyak terbakar di Istana Budaya telah mencetuskan viral di media sosial. Sekaligus mengheret Ain dan Liana ke kancah sumpahan. Pertemuan dua gadis itu dengan Maya telah membuka satu episod baru yang lebih menakutkan. Sementara itu, Suraya dan Defi terus menjadi pelindung Maya sehingga nyawa mereka jadi pertaruhan. Siri kejadian rogol dan bunuh yang kembali menggemparkan negara, menguatkan hujah akan kemunculan semula Haris. Keprofesionalan Inspektor Intan sekali lagi teruji.

Penghijrahan Ambarsari dan Ambarwati mengikut suami masing-masing ke Tanah Melayu membawa sekali petaka Kepulauan Jawa. Di sini, mereka bertemu semula dengan musuh lama, Lanang. Selain serangan orang minyak, dunia kejahatan bunian menjadikan kampung yang didiami dua beradik Ambar itu porak-peranda. Keadaan semakin kacau-bilau dan mereka tidak mampu lagi melindungi diri sendiri.

Dua keturunan celaru. Dua keturunan semakin terdesak. Dua keturunan berdepan dengan kematian. Sandiwara syaitan terlalu ramai pelakonnya. Siapa lagi yang mereka boleh harapkan? Mampukah semangat gamelan Ambarsari melawan? Mampukah Maya kali ini berdikari dan berjuang untuk nasibnya sendiri?
 
(sinar online)
SHAH ALAM - Jika anda penggemar novel-novel seram, jangan lepaskan peluang memeriahkan program ramah mesra dengan novelis projek seram di Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2016. Sekiranya terlepas bersama novelis seram hebat antara A. Darwish, Naim Tamdjis, Julie Jasmin, Maria Kajiwa, Illya Abdullah, Sufi Abqari, Helmi Effendy dan Suzaini Nadzir semalam, anda boleh berbuat demikian hari terakhir jualan, hari ini.

Pengurus Penerbitan  Novel Grup Buku Karangkraf (Alaf 21 dan Buku Prima), Mohd Ali Mohd Nor berkata, pembaca dan peminat novel seram juga boleh menikmati diskaun sehingga 35 peratus bagi setiap pembelian novel. “Ramai pengunjung dan peminat novel menyerbu jualan gudang   semalam dan saya yakin  esok (hari  ini) merupakan hari terakhir lebih ramai pengunjung akan datang untuk  dapatkan novel kegemaran  masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, pengunjung  dan pembeli bertuah turut berpeluang memperoleh pelbagai  hadiah kejutan  pada hari ini. Penulis novel  seram A. Darwish berkata, sambutan terhadap novel genre seram  Jangan Biar Dia Masuk 2 terjual sebanyak 7,000 naskhah sejak di pasarkan Oktober lalu. Menurutnya, sekuel kepada Jangan Biar Dia Masuk 1 mendapat sambutan amat baik apabila sudah diulang cetak sebanyak lima kali.

“Saya yakin novel ini mempunyai pengikut yang ramai  yang mahu tahu apa yang terjadi seterusnya dalam Jangan Biar Masuk 2’,” katanya yang sudah menulis lima projek  novel seram antaranya Kala Senja Dia Datang, Lombong dan Awak Ni Hantu Ke??

Seorang lagi novelis seram, Julie Jasmin berkata, kehadiran penulis ke jualan gudang sedikit sebanyak dapat  memberi peluang kepada pembaca untuk berkenalan dan beramah mesra bersama mereka. Ada di antara mereka datang dari jauh semata-mata untuk bertemu kami,” katanya yang turut hadir bersama novelis projek seram iaitu Illya Abdullah dan Suzani Nadzir.

Tidak ketinggalan, Naim Tamdjis turut hadir mempromosikan novel popularnya seperti Hotel, Pulau, Istana dan Barongan. Novel Barongan diadaptasi daripada tarian tradisional kuda kepang yang merupakan ibu legenda tarian  yang cukup popular dipersembahkan di majlis keraian khususnya Johor Darul Takzim.


Membaca novel ini juga membuatkan aku khayal dan terus mencari jawapannya sehingga ke garisan penamat. Ternyata memuaskan hati aku... Aku bagi 5 bintang juga untuk novel ke 2 ini...

Sekian.

No comments:

Post a comment