Friday, 31 March 2017

Korean Drama Review : Empress Ki

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,



Hai korang semua. Apa khabar hari nii. Sapa kat sini suka drama Korea? Jom aku bawa korang untuk mengetahui akan keseronakan drama nii. 3 tahun lepas aku sangat menggilai drama Korea Empress Ki nii....2 kali aku tengok. Ianya merupakan drama terbaik dan popular di tahun 2014. Mula ditayangkan pada 28 Oktober 2013 hingga 29 April 2014 sebanyak 51 episode..... Aku sendiri pun tak tahu...macamana aku boleh tahan layan episode yang banyak macam nii... memang selalunya aku tak sempat pun nak tengok kat tv...so aku download  dan tengok kat handphone jer.





Pada awal pembikinannya tajuk yang diberi ialah Hwatu (Battle Of Flowers) dan kemudiannya ditukar mengikut nama watak utama. Pengarahnya Han Hee dan penulis skrip ialah Jang Young-chul. Drama ini berkisahkan seorang perempuan kelahiran Goryeo iaitu Ki Seung-nyang (Ha Ji-won) yang kemudiannya berkahwin dengan raja Dinasti Yuan iaitu Ta Hwan (Ji Chang-wook)  dan menjadi permaisuri walaupun cinta pertamanya ialah Wang Yu (Joo Jin-mo).





Aku rasa drama nii best giler dan sentiasa buat aku berdebar-debar nak tahu kesudahannya...  Drama ini juga meraih beberapa anugerah antaranya Best New Actress oleh Baek Jin-hee.  Ianya merupakan drama yang berkaitan perbalahan politik antara dua negara.





Bermula apabila.....Ki Seung-nang ingin membalas dendam di atas kematian ayahnya dan juga terpaksa berkorban demi cintanya itu. Ki Seung-nang seorang yang pandai dan hebat bermain senjata. Paling trajis bila Ki Seung-nang yang baru lepas bersalin diburu oleh musuhnya dan mengakibatkan dia jatuh ke dalam gaung yang tinggi dan terpisah dengan anaknya....anak dari cinta hatinya.







Setelah berkahwin dengan Maharaja Yuan....Ki Seung-nang memperolehi seorang putera yang bakal mewarisi tahta kerajaan Yuan. Pelbagai cara dilakukan musuh-musuhnya untuk menggulingkan kerajaan Yuan dan menjatuhkannya. Maharaja Yuan hanya dijadikan sebagai boneka dalam pentadbiran. Ki Seung-nang telah mengajar maharaja untuk menulis dan membaca supaya tidak diperbodohkan oleh menteri-menterinya yang ingin merebut tahtanya,




 
Ending cerita nii aku tak suka sangat sebab simple jer... penat si Ki Seung-nang berjuang...pengakhirannya macam nii jerr...hish...hish...hish... Cerita ni mempunyai banyak unsur sedih...cinta...dendam...dan iri hati. Kadang-kadang geram pun ada jugak. Kelakar memang tak ada laaa...Aku kesian betul kat Ta Hwan (Ji Chang-wook) sebab dia tidak dapat menerima cinta sejati daripada Ki Seung-nang tetapi hanya belas kasihan serta simpati.



 
Lokasi penggambaran drama ini dibuat di Hengdian World Studio yang terletak di Hengdian China dan merupakan studio terbesar sekali di dunia...memang hebat weii... Di sini terdapat 13 tempat/kawasan untuk penggambaran dengan keluasan 330 hektar.




Bangunan yang paling besar sekali ialah bangunan Istana Maharaja Dinasti Qin dan Han. Studio ini juga pernah digunakan untuk penggambaran Filem The Forbidden Kingdom yang dilakonkan oleh Jackie Chan dan Jet Li.






Aku nak cerita panjang lebar pun susah tentang jalan cerita drama nii...yea laa 51 episode kesemuanya... so lebih baik korang tengok sendiri... Rating..aku bagi 4/5 bintang.

Sekian.

Thursday, 30 March 2017

Sekolah Menengah Convent Taiping Merupakan Sekolah Yang Tertua

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang semua... Jom kita ke Taiping. Di Taiping banyak terdapat bangunan-bangunan lama yang masih kekal dan digunakan sehingga kini....antaranya Sekolah Menengah Convent Taiping. Sekolah Menengah Convent ini siap dibina pada tahun 1899. Ianya bermula apabila tiga orang biarawati dihantar oleh Convent Pulau Pinang ke Taiping bagi membuka sebuah sekolah Inggeris untuk murid-murid perempuan yang dikenali dengan nama Convent Taiping.


Pada asalnya Sekolah Menengah Convent ini terlatak di Klian Pauh dengan muridnya seramai 60 orang. Memandangkan perkembangan murid yang begitu menggalakan maka pihak pentadbir convent memohon untuk mendapatkan tapak baru untuk sekolah ini di Jalan Kota.


Bangunan tiga tingkat binaan 1900 mempunyai ciri-ciri senibina Gothic dengan arca-arca yang berbentuk kubah disepanjang varandah. Pada Mei 1941, pihak British menuntut supaya sekolah ini dijadikan hospital ketenteraan tetapi pada bulan Disember, sekolah ini telah diambil oleh pihak Jepun untuk dijadikan pusat ketenteraan Jepun iaitu Gul-Sei-Kan-Bu.



Bangunan ini terbahagi kepada beberapa blok iaitu blok A, B, C, D, E, F (bilik guru), G, H (bilik gerakan), I (makmal) dan J (separuh dari bangunan ini adalah milik sekolah Tamil).

Pihak Jabatan Warisan Negara telah melakukan kerja-kerja pengecatan semula pada bangunan sekolah ini di dinding koridor pada tahun 2007 dan membaiki kerosakan pada bumbung, tingkap serta pintu pada tahun 2008.

Sekian.

Wednesday, 29 March 2017

Tokong Paloh Khoo Miu Merupakan Tokong Tertua Di Ipoh

Assalammualaikum daSalam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Meh aku nak bawa korang gi melihat tempat bersejarah di negeri Perak. Dah lama aku dengar pasal tokong tertua di Ipoh nii...tapi selalu jer tak jumpa bila gi cari...rupanya lokasi tokong nii memang tersorok sedikit dari jalan besar....so kalau korang nak pergi tengok korang kena laa rajin bertanya kat penduduk setempat kawasan itu. Lokasinya memang terletak betul-betul di pekan Ipoh.


Tokong Paloh Khoo Miu didedikasi kepada Tua Pek Kong, pengasas kerohanian kaum Cina. Tokong ini ditubuhkan pada tahun 1872. Pada asalnya, tokong ini dibina dengan kayu dan atap sahaja. Ianya telah dibina semula pada tahun 1894 dengan bumbung berdekorasi indah beserta loceng tokong dan batu singa.

Yau Tet Shin merupakan penaja utama dalam pembinaan semula tokong ini. Sungguhpun tokong ini telah diubahsuai beberapa kali, namun pelan tradisi dan bentuk simetriknya masih kekal.


Tokong Paloh Khoo Miu ini sangat dikenali oleh pelancong luar sebagai tempat untuk menunaikan hajat. Tokong ini mempunyai senibina sangat menarik dan unik serta banyak barangan artifak tersimpan didalamnya.

Pada tahun 2006, Jabatan Warisan Negara telah melakukan kerja-kerja pengecatan semula di beberapa bahagian dinding dalam tokong ini dan juga pintu.


Tokong ini diselenggara dengan baik oleh ahli jawatankuasa tokong dengan pendermaan daripada pengunjung yang datang. Majlis Bandaraya Ipoh telah mewartakan tokong ini sebagai bangunan warisan dibawah akta perancangan bandar dan desa 1976 (akta 172) pada 5 Julai 2012.

Sekian.

Tuesday, 28 March 2017

Korean Drama Review : Arang And The Magistrate

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua. Kalau sesiapa yang rasa bosan tuu...jom ikut aku menonton drama Korea yang best nii. Drama Arang And The Magistrate ini sangat popular dikalangan peminat cerita Korea... Juga dikenali dengan tajuk Tales Of Arang (Virgin Ghost). Citer ini telah lama pun ditayangkan iaitu pada 15 Ogos hingga 18 Oktober 2012 yang dulu. Aku jerrr yang selalu ketinggalan bas... Drama ini diadaptasikan daripada cerita popular orang tua-tua di era Joseon.



Ceritanya tak kurang jugak hebatnya berbanding dengan drama Korea yang lain...sangat laa top pada waktu itu... hingga memenangi beberapa anugerah. Drama dengan 20 episode ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Lee Seo-rim/Arang (Shin Min-ah) yang telah mati dan menjadi hantu...dia nak tahu bagaimana dia boleh mati.


Kim Eun-oh (Lee Joon-gi) pula seorang bijak pandai yang ingin mencari ibunya di Kampung Miryang. Kim Eun-oh boleh melihat hantu tetapi dia selalu menafikannya kerana tidak mahu membantu hantu-hantu tersebut apabila mereka meminta bantuan daripadanya.


Kim Eun-oh akhirnya terpaksa juga untuk membantu Arang apabila dia mendapati cucuk sanggul ibunya ada pada Arang dan mungkin Arang boleh membantunya bagi mendapatkan ibunya semula. Tetapi Arang telah kehilangan memorinya apabila dia menjadi hantu. Kim Eun-oh terpaksa memberi kerjasama yang sebaiknya bagi memulihkan semula ingatan Arang.



Kim Eun-oh telah dilantik untuk menjadi magistrate di Kampung Miryang. Pada mulanya Kim Eun-oh hanya ingin mencari jawapan bagi dia mencari ibunya dan juga membantu Arang tetapi terpaksa juga menjalankan tugasnya sebagai magistrate kepada orang kampung apabila ramai yang tertindas di atas perbuatan magistrate senior.

Arang pula terdesak untuk mencari jawapan di atas kematiannya...kerana dia juga diburu oleh malaikat maut. Perjanjian terpaksa dibuat dengan Jade Emperor bagi mendapatkan jawapan tersebut dan dia telah dihidupkan semula untuk tempoh 3 bulan.




Semenjak dari itu Arang diburu oleh hantu-hantu...rupanya jasad Arang boleh kekal selama-lamanya sebab itu dia diburu oleh hantu untuk mendapatkan jasadnya. Walau pun telah dibunuh berkali-kali..Arang boleh kembali hidup seperti biasa..

Kim Eun-oh juga telah jatuh hati kepada Arang. Berjayakah Kim Eun-oh membantu Arang dan mencari ibunya..? Siapakah yang telah membunuh Arang..? Apakah yang sebenarnya yang terjadi kepada ibu Kim Eun-oh...? Drama ni ada unsur-unsur suspen...cinta...tolong-menolong...kelakar, ketamakan pangkat dan sebagainya.



 
Agak menarik jugak cerita nii...pada mulanya aku menyampah betul kat Kim Eun-oh nii sebab pentingkan diri sendiri... tetapi sikapnya berubah setelah bertemu dengan Arang... menjadikan dia seorang yang lebih perihatin. Aku bagi 4/5 untuk drama ini...

Sekian.

Saturday, 25 March 2017

Bekas Pejabat Daerah Dan Jabatan Ukur Seremban Bercirikan Senibina Kolonial

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang... Apa khabar semuanya hari nii? Ceria tak hari nii? jangan moody-moody...nanti cepat tua...haa...haa..haa... Jom ikut aku ke Negeri Sembilan tengok bangunan sejarah. Salah satu bangunan kolonial yang menarik di Seremban ialah....Bangunan Bekas Pejabat Daerah Dan Jabatan Ukur ini dibina pada tahun 1912 semasa Negeri Sembilan dibawah pemerintahan British. Pada masa itu, Kapten Murray merupakan Residen British dan bangunan ini dijadikan kediaman pegawai British yang bertugas di sini.


Bangunan ini bersebelahan dengan Bangunan Setiausaha Kerajaan serta berhampiran dengan Taman Bunga dan Istana Hinggap. Bangunan ini mempunyai ciri-ciri senibina kolonial dengan dua aras ketinggian yang menggunakan batu-bata merah dan lantai di aras duanya menggunakan kekemasan kayu.


Senibinanya dipengaruhi rekabentuk Victorian neo-renaissance dengan menonjolkan hiasan Greek dan Roman pada tiangnya. Bangunan ini kemudiannya digunakan sebagai Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban.


Pada tahun 2007, bangunan ini diduduki oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan apabila Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban berpindah ke Seremban 2. Bangunan ini dikenali sebagai Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) pada 22 Mac 2007.


Bangunan ini pernah dipulihara di bawah peruntukan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Pihak kerajaan negeri menyerahkan bangunan ini kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan adalah bertujuan untuk membantu para usahawan kraf memasar dan menjual produk-produk kraf keluaran mereka.


Disamping itu, pelbagai aktiviti serta program pernah dijalankan di Kompleks Kraf Negeri Sembilan ini seperti pameran, jualan, demostrasi, interaktif kraf dan promosi-promosi bagi menarik minat ramai pengunjung dan pelancong tempatan serta antarabangsa berkunjung ke sini dengan tidak langsung mereka dapat melihat sendiri hasil buatan usahawan tempatan.


Kompleks Kraf Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Dato’ Abdul Kadir, Seremban, Negeri Sembilan dengan rasminya ditutup mulai 1 September 2013 dan berpindah ke K.M. 1.6 Jalan Seremban, Kuala Pilah. Bangunan ini kemudiannya diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri dan telah setahun kosong tanpa penghuni. Ada beberapa jabatan yang memohon untuk menduduki bangunan ini tetapi mungkin disebabkan faktor kewangan menyebabkan bangunan ini terbiar kosong.



Bangunan Bekas Pejabat Daerah Dan Jabatan Ukur ini telah diwartakan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) apabila Akta Bendapurba dimansuhkan. Jabatan Warisan Negara telah mengiktirafkan bangunan ini sebagai Bangunan Warisan dengan no. Warta P.U. (B) 357 dan pemasangan plak telah dilakukan semperna pengiktirafan ini pada tahun 2013.

Sekian.

Thursday, 23 March 2017

Korean Drama Review: Love In The Moonlight

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,


Hai korang semua apa khabar? Sekarang nii aku tengah giler pulak tengok drama Korea. Pengaruh dari kengkawan sepejabat laa nii. Drama Korea yang aku paling suka tengok ialah citer Love In The Moonlight. Tak puas tengok sekali...memang korang rasa nak tengok berkali-kali. Drama nii menjadi hit hingga ada permainan games dicipta berdasarkan drama ini...rantai tangan yang dipakai oleh pasangan drama ini juga menjadi jualan hebat macam goreng pisang panas...jualan novel pula meningkat sehingga 56%.




Yang membuatkan aku suka drama nii...ialah kerana jalan ceritanya yang sememangnya best...ada gembira, kelakar, menyentuh hati dan perasaan, rasa cinta dan sedih hingga mengalir air mata...ceeewaaah...bagi yang dalam hati ada taman tuu laaa...

Aku tak boleh tahan betul dengan kesan impak muziknya yang dialunkan kena pulak pada situasi lakonan waktu itu. Bila time gembira...ada pulak muzik kelakar tiba-tiba. Time sedih ada pulak lagu sedih yang membuatkan korang rasa terlebih sayu hingga mengalir air mata...perrrgh!! Memang hebat betul pengarah muzik nii. Ayat-ayat yang digunakan jugak buat korang rasa cair hati gitu...Dengan pelakon yang handsome-handsome...buat korang rasa gila bayang....




Drama ini mula ditayangkan pada 22 Ogos hingga 18 Oktober 2016 di Korea Selatan sebanyak 18 episode yang diadaptasikan daripada novel bertajuk Moonlight Drawn by Clouds yang ditulis oleh Yoon Yi-soo. Direktor bagi drama ini ialah Kim Sung-yoon dan Baek Sang-hoon, cinematographer nya pula Kim Si-hyeong dan direktor muziknya ialah Gaemi.



Drama Love In The Moonlight ini berlatarkan sejarah Raja Dinasti Joseon abad ke 19. Dilakonkan oleh Park Bo Gum, Kim You Jung, Jin Young, Chae Soo Bin, Kwak Dong Yeon, Cheon Ho Jin, Han Soo Yeon, Park Chul Min, Jung Hye Seong serta ramai lagi.






Ceritanya bagi aku memang tidak membosankan...sentiasa ingin menunggu akan episod seterusnya dengan rasa tak sabar. Cerita ini bermula apabila Putera Mahkota Lee Young (Crown Prince) bertemu dengan Hong Sam Nom (Hong Ra On) ....bertengkaran berlaku kerana sikap masing-masing yang berbeza dari segi taraf dan pemikiran.



Putera mahkota selalu menyamar menjadi pegawai istana apabila keluar dari kawasan istana...manakala Hong Sam Nom pula terpaksa menyamar menjadi seorang lelaki kerana ayahnya seorang pemberontak yang menjadi buruan istana.




Keadaan bertambah menarik apabila Hong Sam Nom (Hong Ra On) dengan secara tidak sengaja bekerja di dalam istana sebagai sida (Eunuch) apabila dia dijual bagi melangsaikan hutangnya. Korang rasa macam mana yea....? Seorang perempuan boleh menjadi sida...memang suspen dan menarik serta kelakar....Bagaimana Hong Ra On berjaya melepasi ujian menjadi sida ini...??

 


Pelbagai perkara kelakar dan sedih terjadi apabila putera mahkota Lee Young terjumpa Hong Ra On di dalam istana....mula dari menjadi kawan kemudiannya menjadi pasangan kekasih. Dugaan demi dugaan juga harus mereka tempuhi demi cinta dan juga negara. Selain itu Hong Ra On juga disukai oleh ramai lelaki yang membuatkan putera mahkota  rasa iri hati tetapi putera mahkota ini seorang yang sangat baik..romantik...pandai...dan penyayang.


Pergolakkan dan masalah isu politik terjadi di dalam istana di mana berlakunya perebutan tahta oleh Perdana Menteri serta pengikut-pengikutnya yang ingin menjatuhkan raja dan putera mahkota. Berjayakah mereka...dan bagaimana putera mahkota menyelesaikannya...dan bagaimana akhirnya kisah cinta putera mahkota ini....


Drama ini dilakukan penggambarannya di sebuah tapak bersejarah iaitu....Istana Gyeongbukgung yang dibina pada tahun 1395 yang terletak di utara Seoul Korea Selatan tetapi telah terbakar akibat Perang Imjin. Pada abad ke 19 bangunan ini kemudiannya dibina semula di tanah seluas 40 hektar yang mempunyai 7,700 buah bilik serta menjadi tumpuan pelancong saban hari. Memang terbaik laa cerita ini mengikut persepsi aku...aku bagi 5/5 bintang.

Sekian.

Tuesday, 21 March 2017

Menara Jam JWW Birch Terdapatnya Lukisan 44 Tokoh Terkenal Dunia

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hai korang semua.... Kalau korang datang ke Ipoh...dan melalui kawasan jejak warisan Ipoh...korang akan terpandang sebuah menara jam di kawasan Dato Sagor iaitu bersebelahan dengan Masjid Negeri. Menara jam nii ada kisahnya... ada yang menggelarnya menara jam dan ada pula yang memanggilnya dengan nama tugu. Bagi aku...aku gelarkannya menara jam sebab ada jam di setiap sudutnya. Setahu aku...tugu JWW Birch ini sebenarnya terletak di Pasir Salak iaitu di dalam Kompleks Bersejarah Pasir Salak berhampiran dengan tebing Sungai Perak bersebelahan dengan surau.


Dulu kawasan Dato Sagor ini merupakan medan selera...paling tip top ialah roti telur goyang.... Kini kawasan ini telah dijadikan kawasan lapang atau open space untuk aktiviti jejak warisan. Lokasinya memang strategik kerana terletak di kawasan tumpuan orang ramai untuk menjamu selera dan juga beribadat.



Menara jam ini dibina pada tahun 1917, dengan rekabentuk bersegiempat serta terdapatnya patung di setiap penjuru yang menggambarkan perlembagaan tamadun. Ia dibina bagi memperingati kematian Residen Inggeris yang pertama di Perak iaitu J.W.W. Birch yang telah mati dibunuh di Pasir Salak, Kampung Gajah pada 2 November 1975 oleh Ketua-ketua Melayu tempatan iaitu Datuk Maharaja Lela sebab itu ianya dinamakan Menara Jam JWW Birch.


  
Keistimewaan menara jam ini terletak pada ukiran Patung J.W.W. Birch yang diperbuat daripada gangsa. Manakala di atas menara ini terdapat sebuah jam loceng dan dihiasi patung di setiap penjuru menara jam ini yang bercirikan senibina Itali di Abad ke 18. Kalau tak salah aku 4 patung ini mempunyai maksudnya yang tersendiri...antaranya keadilan..bijaksana dan sebagainya...(sori laa yea aku dah lupa lagi dua maksud tuu).



Menara Jam JWW Birch ini dibina pada tahun 1909 dengan menelan belanja kira-kira $25,00 pada masa itu. Menara jam ini dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Inggeris, Sir John Anderson pada zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Azam Shah.




Pada panel tamadun terdapat lukisan  44 tokoh-tokoh terkenal dalam sejarah dunia direkodkan. Imej yang digambarkan sebagai Nabi Muhamad telah dikikis pada 1990-an kerana mendapat bantahan dikalangan umat Islam sebab tu korang akan nampak satu lukisan tokoh nii pudar...



Menara jam ini mempunyai satu loceng besar yang berukuran 6 kaki X 6 in diameter dengan empat loceng kecil. Bunyinya mengikut sebagaimana bunyi loceng Big Ben.

Ketika diawal pembinaannya dulu....masyarakat Ipoh begitu taksub dengan menara jam ini. Mereka sering tertanya-tanya....siapakah gerangannya yang membunyikan loceng tersebut pada setiap masa, siang dan juga malam.  Mereka tidak percaya bila diberitahu bahawa loceng tu boleh berbunyi dengan sendirinya...kelakar kan!!



Jam pada menara ini masih lagi berfungsi dengan baik pada setiap waktunya... Kedudukan jam ini tepat ke kawasan Lorong Panglima (Cocubine Lane)...

Aku diberitahu oleh kawan aku bahawa... pada masa dahulu.. kawasan ini menjadi tempat popular bagi saudagar-saudagar Cina untuk menghisap candu dan bersuka ria. Apabila jam menara ini berbunyi tepat pada pukul 5 petang...maka bermula laa waktu untuk mereka berehat bagi menghisap candu dan bersuka ria di lorong panglima ini...




Aku perhatikan menara jam ini ada mengalami beberapa kerosakan dan hampir usang serta ditumbuhi oleh pokok tumpang. Kos membaikinya adalah sangat tinggi dan juga kontrator yang mahir dari segi kerja-kerja pemuliharaan bangunan lama sangat sukar diperolehi. Kerja-kerja penyelenggaraan adalah dibawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh.



Semoga Menara Jam JWW Birch ini terus kekal terpelihara di sini sebagai sebuah mercu tanda bersejarah bagi bandar Ipoh.

Sekian.

Sunday, 19 March 2017

Kompleks Sejarah Matang Penuh Dengan Bahan Sejarah

Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,

 
Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Jom ke Tepeng. Tempat bersejarah yang boleh korang kunjungi sekiranya korang ke Taiping ialah sebuah kawasan yang bernama Matang. Kat Matang nii banyak tempat yang boleh korang pergi...salah satunya adalah Kompleks Sejarah Matang. Terletak tidak jauh dari simpang empat Taiping....kira-kira tak sampai 10 minit perjalanan dengan menaiki kereta untuk ke komplek ini.

Kompleks ini merupakan sebuah kota yang dibina daripada batu-bata yang diangkut dari Gunung Hijau, Taiping. Di dalamnya terdapat rumah, pejabat pentadbiran, makam Ngah Ibrahim dan kubu pertahanan.  Kota ini lebih dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim  iaitu menteri Larut pada ketika itu.



Kompleks ini telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan yang merupakan anak kepada Cek Long Jaffar iaitu orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Dahulu Matang dikenali dengan nama Permatang.


Kini Kompleks ini telah dijadikan Muzium Matang  di kawasan seluas 0.8094 hektar. Muzium ini merupakan bangunan dua tingkat daripada bahan batu bata di tingkat bawah dan kayu di bahagian atas.




Kota ini dijadikan muzium bermula pada tahun 1985, setelah ianya diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Koleksi muzium ini terdiri daripada semua jenis artifak berhubung kait dengan kronologi penubuhan muzium ini sendiri. Pameran tetap muzium memperagakan artifak berhubungkait dengan kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada keluarga Cek Long Jaffar, Ngah Ibrahim, Pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu.


Kota ini asalnya merupakan sebuah pusat pentadbiran bagi Daerah Larut yang pada ketika itu menjadi jajahan takluk di bawah kuasa Ngah Ibrahim. Kota ini dibina dalam tahun 1854. Kota ini mempunyai tembok batu sepanjang 131 meter dan lebar 110 meter.  Di dalam kawasan kota ini.... Ngah Ibrahim telah membina sebuah rumah besar yang menjadi kediaman rasmi beliau. Sebuah bangunan setor pula digunakan sebagai tempat bagi menyimpan bijih timah.


 
Selepas Ngah Ibrahim dihukum dan buang negeri, Kota Ngah Ibrahim diambil alih oleh pihak British. Ia digunakan sebagai kediaman rasmi Kapten Tristam Speedy iaitu Penolong Residen disamping digunakan sebagai bangunan mahkamah untuk perbicaraan Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor atas tuduhan membunuh Residen British pertama di Perak iaitu J.W.W. Birch . Mereka didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung di hadapan Kota Ngah Ibrahim ini pada 21 Januari 1877.


 
Long Jaafar pula adalah bapa kepada Ngah Ibrahim dan pada tahun 1840, Long Jaafar merupakan orang yang pertama menjumpai bijih timah di Malaysia iaitu di Larut, Perak. Kerja-kerja melombong menggunakan teknik melampan daripada mangkuk sebesar kuali yang dibuat daripada bahan kayu. Sesetengah tempat pula memanggilnya teknik mendulang.


Kekayaan Long Jaafar melimpah kepada Ngah Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri Jajahan Larut oleh Sultan Abdullah selaku Sultan Perak. Setiap tahun Ngah Ibrahim dimestikan untuk membayar sejumlah wang bayaran kepada Sultan Perak.

Pada tahun 1874, Perjanjian Pangkor ditandatangani di atas kapal HMS Pluto bagi mendamaikan sengketa pelombong bijih timah yang tidak terkawal oleh Ngah Ibrahim. Perjanjian ini memberi kesan yang besar kepada Menteri Ngah Ibrahim kerana beliau tidak lagi mempunyai kuasa bagi mengutip cukai daripada setiap tauke dan pelombong bijih timah.


Perancangan untuk membunuh JWW Birch di Pasir Salak menyebabkan Ngah Ibrahim dibuang ke Pulau Seycheles di benua Afrika. Beliau merayu untuk pulang semula ke Larut tetapi rayuannya telah ditolak. setelah berkali-kali merayu..... akhirnya rayuannya diterima dan dihadkan di Singapura.


Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, Kota ini diletak dibawah pengawasan pentadbiran Inggeris sehingga ianya dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu (1913-1941).
Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) ianya berperanan sebagai Markas Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua tahun 1946, ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1945-1984) dan akhirnya dijadikan sebagai Muzium Matang sehingga kini.

Sekian.