Sunday, 12 February 2017

Taj Mahal.....Mahligai Cinta Shah Jahan Dengan Mumtaz Mahal


Assalammualaikum dan  Salam Sejahtera,
hai korang semua. Apa khabar hari nii...? Semoga sihat dan ceria-ceria ajer hendaknya yea. Hari nii aku nak bawa korang pergi melancong ke Agra India. Syukur aku kepada Illahi sebab nama aku tercalon untuk mengikuti kursus konservasi ke Utara India...tidaklah utara sangat... Punya laa seronoknya tapi kena gi selama hampir satu bulan bermula di Ahmedabad hingga ke Delhi. Aku pun cari laa maklumat kat mr google... Salah satu tempat yang aku berpeluang untuk jejaki ialah Taj Mahal.

Keterujaannya tak dapat aku nak kata... kagum suit tengok keindahan Taj Mahal. Ada yang menangis... Punyalah besar dan luasnya Taj Mahal nii. Masa aku pergi kami kena bayar 50 dollar untuk bayaran masuk.

Kat Luar Taj Mahal nii.. banyak kedai yang menjual cenderamata dari marble...memang cantik..harga boleh tahan. Semasa lawatan dibuat...kerja-kerja konservasi bangunan Taj Mahal ini juga ada dilakukan di ruangan tertentu. Aku dapat melihat dengan mata kepala aku sendiri, mereka tekun melakukan kerja-kerja baikpulih marble yang rosak dan tertanggal. Aku tabik spring kat diorang sebab diorang guna kaedah tradisional untuk kerja-kerja nii semua...Ok laa jom kita mengenali Taj Mahal ini dengan lebih lanjut.



Taj Mahal adalah salah satu monumen yang terkenal didunia dan di tunjuk oleh ICOMOS Sebagai salah satu situs warisan dunia pada tahun 1983. Kriteria penetapan candi Borobudur sebagai properti World heritage adalah kerana Taj Mahal ini merupakan harta warisan budaya yang sangat megah dan dianggap sebagai contoh terbaik dari bangunan-bangunan di Mughal.

Bangunan ini juga merupakan gabungan dan pengembangan berbagai tradisi. Khususnya Hindu, Persian, dan Mughal Arsitektur. Inspirasinya berasal dari beberapa bangunan-bangunan Timurid dan Mughal terkenal lainnya. Ketiga kerana properti ini juga merupakan contoh pertama dari usaha Akbar dalam mencampur hiasan-hiasan gaya Hindu dengan gaya Islam. 

Taj Mahal adalah monumen yang tidak dapat digantikan keindahannya. Bangunan utama dalam Taj mahal adalah Makam-makam. Makam-makam tersebut dibuat diatas batu marmar dengan tinggi enam meter. Terdapat empat menara pada setiap sudutnya yang indah membingkai makam. Bangunan utama dalam Taj mahal tersebut tidak besar, namun sangat indah dan direka dengan seimbang. Ruangan tengah berbentuk segi lapan.
 heritage
Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.


Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Duniayang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.


Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal setelah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kepentingan memperluaskan tanah jajahannya.
Pada tahun 1631, Shah Jahan, maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila isteri ketiganya, Mumtaz Mahal, meninggal semasa melahirkan anak keempat belas mereka, Gauhara Begum. Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematiannya. Pengarang istana mengenai kesedihan Shah Jahan menggambarkan cerita cinta yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj Mahal. Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya. Maharaja Shah Jahan sendiri menggambarkan Taj Mahal dalam perkataan berikut:
Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa.
Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.

Taj Mahal menggabung dan mengembangkan reka bentuk tradisi seni bina Persia dan seni bina Mughal awal. Inspirasi khusus datangnya dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk; Gur-e Amir (makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah Jahan sendiri di Delhi.

Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan baru.

Monumen yang terkenal di dunia dan di tunjuk oleh ICOMOS Sebagai salah satu situs warisan dunia pada tahun 1983. Kriteria penetapan candi Borobudur sebagai properti World Heritage adalah kerana Taj Mahal ini merupakan harta warisan budaya yang sangat megah dan dianggap sebagai contoh terbaik dari bangunan-bangunan di Mughal. Bangunan ini juga merupakan gabungan dan pengembangan berbagai tradisi. Khususnya Hindu, Persian, dan Mughal Arsitektur. Inspirasinya berasal dari beberapa bangunan-bangunan Timurid dan Mughal terkenal lainnya. Ketiga kerana properti ini juga merupakan contoh pertama dari usaha Akbar dalam mencampur hiasan-hiasan gaya Hindu dengan gaya Islam.

Taj Mahal adalah monumen yang tidak dapat digantikan keindahannya. Bangunan utama dalam Taj mahal adalah Makam-makam. Makam-makam tersebut dibuat diatas batu marmar dengan tinggi enam meter. Terdapat empat menara pada setiap sudutnya yang indah membingkai makam. Bangunan utama dalam Taj mahal tersebut tidak besar, namun sangat indah dan direka dengan seimbang. Ruangan tengah berbentuk segi lapan.




Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibena Dinasti Mughal. Bangunan lain yang mendapat gaya senibena ini ialah Timurid dan bangunan Mughal. Ini termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk mereka di Delhi.

Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.


Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal,topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun. Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan, lorong-lorong hiasan bunga. Terdapat empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang mengalir dari syurga.

Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi. Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91, Surah 112, Surah 89, Surah 93, Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 82, Surah 84, Surah 98, Surah 67, Surah 48, Surah 77 dan Surah 39.


Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:

Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha (Puru dari Benarus, Parsi (Iran). Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman. Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.

Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua khatat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.Muhammad Hanif - penyeliamir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.Pengukir dari Bukhara. Kaligrafi dari Syria dan Parsi. Inlayer dari India Selatan. Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.


Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata daripunjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Lanka. Kamelian dari Arab. 28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal. Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhori. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.


Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.

Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jahan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau makam Taj Mahal melalui cermin-cermin yang terdapat pada dinding bangunan tersebut. Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengkebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.

Abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata didindingnya.


Hujung abad ke-19, George Nathaniel Curzon yang menjadi wizurai British di India mengarahkan pembaikan dilakukan dan siap pada tahun 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London. Ketika Perang Dunia II pada 1942, dindingnya rosak akibat serangan udara dari tentera Jerman. Tentera Jepun juga menjadikannya sebagai sasaran serangan udara. Ketika Perang India-Pakistan 1965 dan 1971, Taj Mahal turut menerima padah dari serangan udara.


Pencemaran udara terutama hujan asid dari kilang penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. Sungaijumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.

Jutaan pelancong datang ke Agra, India semata-mata mahu melihat satu daripada 7 benda ajaib di dunia.Bandar kecil sepertitaj Ganji atau Mumtazabad dibina bagi pembinaan bazar dan pasar serta medan caravan.

2-3 juta pelancong datang setiap tahun dan 200,000 darinya pelancong asing terutama bulan Oktober, November dan Februari. Hon kereta tidak dibenarkan. Pelancong mestilah berjalan kaki dari tapak meletak kereta dan bas elektrik.


Shah Jahan dikatakan mahu membina bangunan serupa yang di beri nama 'Taj Hitam' di seberang Sungai Jumna, Idea asalnya kononya daripada Jean-Baptiste Tavernier , seorang pengembara Eropah yang melawat bandar Agra pada 1665. Tetapi anaknya Aurangzeb menentang dan membuang marmar-marmar hitam ke dalam laut. Tetapi jejak eskavasi ke dalam Sungai Jumna pada 1990 hanya menemui marmar-marmar berwarna putih sahaja.

Pada 2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal adalah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak (lahir 1917) menyatakan tapak Taj Mahal itu masih ada ruin-ruin kuil Hindu dan mahu kerja-kerja arkeologi dilakukan.


Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen ke Mahkamah Tinggi Allahabad. Beliau mendakwa Raja Hindu bernamaparmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masihi. Mereka mendakwa Taj Mahal berasal dari istilah 'Tejo-Mahalaya' iaitu nama lain bagi dewa Shiva.

Bukti sunting batu-batu yang diambil di tebing Sungai Jumna telah dibuat ujian tarikh karbon. Hasilnya batu itu 300 tahun lebih tua dari tempoh pemerintahan Shah Jahan. Ujian itu dilakukan oleh Marvin Miller, ahli ekonomi di New York. Johan Albert Mandelso seorang pengembara Eropah yang melawat Agra pada 1638, tujuh tahun selepas kematian Mumtaz Mahal. Beliau tidak menyatakan sebarang kerja-kerja pembinaan Taj Mahal. Peter Mundy seorang British melawat Agra pada tahun Mumtaz Mahal mati. Katanya Taj Mahal telah sedia wujud sebelum Shah Jahan berkuasa. Beberapa panel pada makam menggunakan lambang Hindu seperti Om dan Swastika.


Taj mahal atau lebih dikenali sebagai monumen cinta diklasifikasikan sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia (the seventh wonder of the world). Taj mahal mempunyai seni bina yang halus  serta sukar di tandingi sehinggakan ianya menjadi gambaran keagungan senibina dinasti mughal.taj mahal dibina oleh shah jahan (maharaja mogul 1628m-1658m) sebagai mengenang isterinya mumtaz mahal yang meninggal dunia pada usia 39 tahun ketika melahirkan anak yang ke -14.

Shah jahan atau nama sebenarnya khurram shah telah berkahwin dengan mumtaz mahal atau nama sebenarnya arjumand benu begum pada 1612m ketika mumtaz berumur 19 tahun. Perkahwinan mereka bukan atas dasar memperluaskan kuasa tetapi atas dasar cinta.  Mumtaz Mahal dikatakan tidak pernah berjauhan dengan suaminya dan ini terbukti apabila Mumtaz  mahal sentiasa menemani suaminya setiap kali Shah Jahan melancarkan ekspedisi ketenteraan ataupun perluasan kuasa.

Mumtaz  Mahal berperanan sebagai penasihat politik kepada shah jahan dan sering menemani suaminya itu melancarkan ekspedisishah jahan dan mumtaz memiliki keluarga yang besar dimana mereka memiliki anak seramai 14 orang dan salah seorang anaknya bernama Aurangzeb yang kemudiannya menggantikan bapanya sebagai pemerintah mughal pada 1658m hingga 1707m.

Mumtaz Mahal menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 39 tahun di sisi suaminya ketika menemani suaminya menjalankan ekspedisi ketenteraan pada 17 jun 1631m. Kematian mumtaz mahal memberikan tamparan yang besar kepada shah jahan. Hari-hari yang dilaluinya sangat memilukan.

Menurut catatan sejarah shah jahan dikatakan tidak keruan selepas pemergian isteri tercinta. Dan bertitik tolak daripada peristiwa ini bermulalah epilog pembinaan taj mahal dimana binaan ini bertujuan untuk mengabadikan kisah cinta mereka.


Sebelum mumtaz mahal menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau sempat meninggalkan beberapa wasiat iaitu meminta shah jahan membina tugu sebagai lambang cinta  mereka berdua, meminta shah jahan berkahwin lagi, meminta  shah jahan memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak  mereka dan meminta agar shah jahan menziarahi pusaranya setiap kali tiba ulang tahun perkahwinan mereka.

Shah jahan akhirnya telah membina sebuah tugu cinta yang dinamakan taj mahal. Untuk merealisasikan hasrat membina taj mahal, shah jahan telah membeli sebidang tanah yang terletak di tebing sungai yamuna daripada maharaja Jaipur, Jai Singh dan secara tidak langsung Jai Singh terlibat dalam membekalkan bahan-bahan untuk membina taj mahal termasuklah marmar khas dari makarana.



Menurut catatan sejarah sejumlah 35 jenis batu permata  telah digunakan untuk membina taj mahal. Batu permata yang digunakan diperolehi dari  dalam dan luar negara antaranya ialah marmar putih dari rajasthan, jed dan hablur dari china, firus dari tibet, lazuardi dari afghanistan, nilam dari sri langka dan kamelian dari arab.

Arkitek yang terlibat dalam pembinaan Taj Mahal ialah ustaz Isa dari parsi (Iran). Seni bina Taj Mahal dikatakan dibawa dari Baghdad, Constantinople (Istanbul) dan dimasukkan  unsur-unsur  kepercayaan orang Islam. Sebagai contoh tiangnya diukir nama-nama Allah malahan imej kaabah turut dipamerkan. Pembinaan taj mahal menggunakan tenaga kerja seramai 20 ribu orang dan mengambil masa selama 22 tahun. Pekerja-pekerja ini terdiri daripada tukang kayu, tukang emas dan pengukir yang masyur.

Pembinaan Taj Mahal turut mendapat tentangan daripada alim ulama kerana mereka berpendapat projek itu menelan belanja yang besar dan merupakan satu pembaziran. Ulama pada masa itu berpendapat bahawa sebuah pusara tidak wajar dimuliakan sehingga begitu rupa. Setelah Taj Mahal siap, makam mumtaz mahal dipindahkan dari Zainabadi di burhanpur. Tapi malang buat Shah Jahan setelah Taj Mahal berjaya disiapkan putera kandungnya Aurangzeb telah menggulingkannya dan memenjarakan baginda di Red Fort Agra. Setelah Shah Jahan meninggal dunia baginda disemadikan bersebelahan  makan isterinya Mumtaz Mahal.

Permata senibina indo-islam, Taj mahal merupakan salah satu struktur daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang paling indah pernah dibina. Monumen ini dibina di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isteri kesayangan Mughal Maharaja Shah Jahan yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap pada 1648. Semasa pemerintahan Shah Jahan, struktur ini dikenali sebagai rauza, kemudian, struktur tersebut dipanggil Taj Mahal terbitan dari nama Mumtaz Mahal.

Taj Mahal adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Selain itu, Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1631, iaitu ketika Shah Jahan menjadi Maharaja Dinasti Mughal dan setahun selepas kematian isterinya yang tersayang, Mumtaz Mahal. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 iaitu Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.

Pengarang istana menggambarkan mengenai kesedihan Shah Jahan cerita cinta yang secara tradisi dianggap sebagai inspirasi kepada Taj Mahal. Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya. Bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah. Shah Jahan telah menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan baru.

Berlokasi di Agra yang merupakan bahagian utara dari Uttar Pradesh, iaitu di pinggir sungai Yamuna, Taj Mahal di kenali sebagai contoh karya arsitektur muslim India. Selain itu, Taj Mahal dikenang sebagai lambang cinta abadi Kaisar Shan Jahan untuk isterinya Mumtaz Mahal. Taj Mahal merupakan simbol cinta dan hasrat. Taj Mahal dibangunkan oleh Maharaja Mogul ke-lima iaitu antara tahun 1631 hingga 1648 yang bertujuan untuk mengenang, Arjuman Bano Begum, atau lebih dikenal sebagai Mumtaz Mahal. Permintaan wanita yang sangat dicintai itu dimulai setahun setelah kematiannya.

Pada awalnya, Shah Jahan hanya menyebut masjid itu sebagai makam Mumtaz Mahal, namun akhirnya telah berkembang menjadi Taj Mahal. Taj Mahal jika diterjemahkan bererti "Istana Mahkota", sebuah perluasan dari nama Mumtaz Mahal yang berasal dari Persia. Mumtaz Mahal meninggal pada usia 39 tahun, ketika melahirkan anak yang ke-14 pada tahun 1631. Kematian Sang Permaisuri ini membuatkan Sang Raja begitu berduka. Sebelum meninggal, Mumtaz Mahal telah berpesan "ingin dibuatkan makam yang tak pernah disaksikan dunia sebelumnya untuk mengenangnya".

Permintaan tersebut telah dilaksanakan pembinaannya oleh Maharaja Shah Jahan. Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya. Bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah, Shah Jahan telah menganjurkan penggunaan marmar putih yang dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya telah mencapai tahap kehalusan baru.

Pembinaan Taj Mahal didirikan di tepi Sungai Yamuna, tepat di pusat kota dari Kesultanan Mughal di Agra, iaitu sekitar 204 km di sebelah Selatan New Delhi, India, pembinaannya dimulakan, maka bermulalah konstruksi musoleum megah ini didirikan. Shah Jahan telah memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Arkitek yang paling termasyur, buruh yang mahir, ahli kaligrafi, pemahat batu dan tukang batu datang dari seluruh India dan daerah yang jauh seperti Persia dan Turki.

Pakar tukang batu dari Baghdab, adalah seorang ahli dalam membangun kubah ganda dari Persia, dan seorang pakar tatahan dari Delhi. Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih yang diimport dari Rajasthan, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata antaranya Firus dari Tibet, Lazuardi dari Afghanistan, berlian, jed dan hablur dari china, kristal, topaz dan nilam dari Sri Lanka dan Kamelian dari Arabtelah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun. Bahan bangunan didatangkan dari seluruh India dan Asia Tengah dengan menggunakan 1000 gajah yang membawa material dari seluruh penjuru India ke Agra, akhirnya monumen ini selesai di tahun 1653.

Pembuatan projek megah ini juga tak terlepas dari jasa Ismail Afandi dari Turki dan Ustad Isa dari Persia yang berperanan sebagai arkitek, Qazim Khan dari Lahore yang mendesign emas pada atap kubah, Chiranji Lal yang membuat pola mosaik dari Delhi, Amanat Khan dari Persia sebagai ahli kaligrafi, dan ahli pemotong batu dari Baluchistan, Amir Ali. Kos pembinaan Taj Mahal dianggarkan lebih 32 juta rupee. Namun, kos ini tidaklah banyak ketika itu. Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibina Dinasti Mughal.

Dan berdirilah kubah utama setinggi 57 meter. 28 batu-batuan indah dari berbagai wilayah Asia telah digunakan, seperti batu pasir merah dari Fatehpur Sikri, jasper dari Punjab, jade dan kristal dari Cina, batu pirus dari Tibet, lapis lazuli dan safir dari Sri Lanka, batubara dan batu kornelian dari Arab, dan berlian dari Panna. Lantainya pun terbuat dari pualam yang bercahaya dari Makrana, Rajasthan. Tidak seperti makam Mughal yang lain, taman Taj Mahal berada di hadapan makam. Latar belakangnya adalah langit, sehingga Taj Mahal terlihat begitu bergemerlapan dengan warna di samping, komposisi bentuk dan garisnya yang simetridan sempurna.


Taj Mahal menggabungkan bentuk tradisi seni Persia dan seni Mughal awal. Inspirasi khusus ini datangnya dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk; Gur-e Amir (makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (yang disebut sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah Jahan sendiri di Delhi. Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibangun dari batu pasir merah, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan yang baru.

Suatu ketika dulu Shah Jahan dan keluarga kesultanan sering memakai kapal dari Benteng Agra jika ingin melihat pembuatan monumen ini atau menjenguk makam isterinya, Mumtaz Mahal. Perjalanan ke Taj Mahal dimulai dari pintu gerbang yang dibuat sekitar 275 m jauhnya dari musoleum. Pintu gerbang besar yang lebarnya sekitar 50 m ini dibuat dari batu pasir merah dengan menara bersegi lapan di setiap sudutnya. Pada gerbang ini terdapat pintu yang sangat berat diperbuat daripadalapan jenis logam.

Perkembagan tamadun Islam tidak dapat lari daripada keagungan seninya termasuklah seni ukiran, khat, bina dan sebagainya. Perkembangan seni bina Islam selari dengan pencapaian seni khat, ukir, sains dan teknologi serta seni lukis. Kesemuanya saling melengkapi antara satu sama lain dan akhirnya menghasilkan satu binaan yang dikagumi.

Ketokohan Maharaja Shah Jahan, Shah Jahan atau nama sebenarnya ialah Shahab Uddin Muhammad Shah Jahan I, merupakan Sultan Empayar Mughal di India dari tahun 1628 sehingga 1658. Beliau adalah pemerintah kerajaan Mughal yang kelima selepas Babur, Humayun, Akbar, and Jahangir. Menaiki takhta kerajaan Mughal selepas kemangkatan ayahandanya Jahangir pada tahun 1627. Seperti Akbar, beliau juga berusaha meluaskan empayarnya.

Peristiwa penting yang berlaku pada zaman pemerintahannya ialah kemusnahan kerajaan Ahmednagar (1636), kehilangan wilayah Kandahar kepada Empayar Parsi (1653), dan perang yang kedua untuk menakluki wilayah Deccan (1655). Pada tahun 1658, Shah Jahan telah jatuh sakit. Pada masa inilah puteranya Aurangzeb telah merampas kuasa dan mengurungnya di bandar Agra sehingga kematiannya pada tahun 1666. Pada saat-saat menjelang kematiannya pada tahun 1666, Empayar Mughal telah berkembang seluas 750,000,000 ekar (3,000,000 km2).
Zaman pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Empayar Mughal Tempoh pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Kesenian Islam. Shah Jahan telah mendirikan banyak monumen. Antaranya ialah Taj Mahal di Agra yang dibina bagi memperingati permaisurinya yang tercinta iaitu Mumtaz Mahal (nama lahir Arjumand Banu Begum). Bangunan-bangunan lain juga dibina di Tembok Merah (Qila Mubarak) at Agra seperti Masjid Mutiara, reka bentuk yang lengkap Delhi Tua (Shahjahanabad), istana-istana, Tembok Merah, masjid di Delhi dan Lahore serta bangunan-bangunan di dalam tembok Lahore (sekarang Pakistan).

Maharaja Shah Jahan telah berkahwin dengan Arjumand Banu Begum pada tahun 1607 M. (1025 H.) Dan isterinya diberi gelaran "Mumtaz Mahal" iaitu (Mutiara Istana). Taj Mahal merupakan Tujuh Benda Ajaib di dunia dan Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'Permata senibina Islam.

Al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal Huruf khat thuluth ialah seni huruf utamayang terdapat pada dinding-dinding Taj Mahal. Jurukhat bernama Amanat Khan telah dibawa dari Parsi. 

Struktur ini terletak di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada tahun 1614 hingga 1666 sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi.

Kota Agra terkenal di seantero dunia kerana kewujudan Taj Mahal yang dikenali ‘Dream in Marble’ iaitu bangunan dibina Maharaja Shah Jahan untuk persemadian isteri tercinta, Arjumand Banu Begum atau Mumtaz Mahal.

Taj Mahal adalah sebuah karya arsitektur yang sempurna yang menjadi inspirasi bagi para penyair, pelukis, dan pemusik untuk mencuba dan menyematkandalam Kata, lukisan, dan lagu. Taj Mahal yang sering disebut-sebut sebagai salah satu tujuh keajaiban dunia adalah sebuah makam indah yang sangat besar terbuat dari marmer putih yang dibangun di Agra mulai tahun 1631 dan selesai tahun 1648 atas permintaan raja Mughal, Shah Jahan sebagai peringatan untuk isteri tercintanya. Taj Mahal merupakan seni Islam di India dan merupakan salah satu karya agung warisan dunia yang mengagumkan.

Taj Mahal juga mempunyai taman yang indah yang dibina seluas 300meter yang membahagikan empat quadrant kepada 16 taman bunga. Sebuah kolam air marmar yang ditinggikan dibina ditengah-tengah taman, diseparuh perjalanan daripada Makam dan Pintu Gerbang. Kolam air marmar ini dipanggil sebagai ” al-khawd al-khawthar” yang merujuk kepada “Telaga Al-Khausar” atau “tank of Abundance” di syurga yang dikhabarkan oleh nabi Muhammad. Di sekeliling taman dihiasi dengan pokok-pokok dan juga pancuran air. Taman Parsi ini adalah simbolik kepada empat sungai yang mengalir di syurga (Jannah) dan mengilustrasikan taman-taman syurga.

Keunikan Taj Mahal juga kerana warnanya. Taj mahal dapat merubah suasana hati para pengunjungnya dengan berubahnya warna pada waktu yang berbeza. Pada waktu subuh, marmar akan berwarna merah muda, di tengah hari marmar ini akan berwarna putih berkilat, dan pada petang hari warnanya akan berubah menjadi warna mutiara yang lembut. Pada bulan purnama, bintang di langit akan berkerlipan.

Pada musim hujan, awan mendung akan memberikan kesan warna biru. Warna biru ini akan muncul dan hilang seperti bayangan yang melayang di atas kabus Marmar didalam Taj mahal boleh menjadi kuat, mudah pecah dan ringan, boleh juga menjadi putih, kekuning-kuningan, kelabu, dan juga emas. Berbagai wajah Taj Mahal menandakan bahawa Taj mahal dibangunkan dengan arsitektur yang hebat.

Kubah utamanya lima puluh lapan kaki diameter dan meningkat kepada ketinggian 213 kaki. Ia diapit oleh empat kamar kubah subsidiari. Empat anggun, menara langsing adalah 162. 5 kaki setiap satu. Seluruh makam (di dalam serta di luar) dihiasi dengan reka bentuk bertatahkan bunga dan kaligrafi menggunakan permata berharga seperti batu akik dan yasper. The pintu gerbang utama, chiseled dengan petikan dari Al-Quran dan kerja tatal berani corak bunga, memberikan daya tarikan untuk menawan keindahan. Dewan kubah pusat dan empat kamar bersebelahan termasuk banyak dinding dan panel hiasan Islam.

Makam ini adalah sebahagian daripada kompleks besar yang terdiri daripada pintu masuk utama, taman rumit, sebuah masjid (ke kiri), sebuah rumah tetamu (ke kanan), dan beberapa bangunan mewah yang lain. The Taj adalah di hujung jauh kompleks ini, dengan sungai Jamuna di belakangnya. Taman yang besar mengandungi empat kolam mencerminkan membahagikan di pusat itu. Setiap empat bahagian lagi dibahagikan kepada empat bahagian dan kemudian ke dalam setiap satu lagi empat bahagian.

Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim. Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal yang merupakan satu keajaiban dunia.


Taj Mahal tampak amat anggun dan menarik perhatian sesiapa pun yang berada di kompleks yang luas ini. Tinggi bangunan berkubah besar ini sekitar 55 m, sedangkan tinggi keempat menaranya mencapai 76 m. Marmer yang digunakan sangat tinggi mutunya, sehingga putih tampak mengilat bak kaca. Sedangkan makam Shah Jahan dan isterinya, Mumtaz Mahal terdapat di tengah-tengah bangunan dalam ruang berbentuk oktagonal. Kedua makam ini diletakkan bersisian dalam pagar berukir yang indah, menunjukkan seakan-akan cinta mereka abadi dunia-akhirat.

Taj Mahal berbentuk oktagen dan dibina di atas podium (pentas) batu marmar putih. Bangunan ini mempunyai empat menara di empat penjuru podium. Bangunan ini juga mempunyai bilik yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada makam Shah Jahan dan isterinya. Proses pembinaan bangunan ini telah melibatkan 20,000 buruh yang kebanyakkan terdiri daripada orang Asia.

Seni bina bangunan ini direka oleh arkitek Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya, Ahmad Ustad. Kubahnya direka bentuk oleh Ismail Khan. Selain bangunan Taj Mahal, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion didirikan di Red Fort, Delhi semasa pemerintahan Shah Jahan. Masjid Jami merupakan masjid terbesar di India yang dibina antara tahun 1644M. Hingga 1658M.

Struktur Taj Mahal berdiri di atas yang dibangkitkan, platform persegi (186 x 186 kaki) dengan empat sudutnya dipenggal, membentuk oktagon tidak sama rata. Reka bentuk seni bina menggunakan konsep saling arabesque, di mana setiap elemen berdiri dengan sendiri dan sempurna mengintegrasikan dengan struktur utama. Ia menggunakan prinsip-prinsip geometri mereplikasi diri dan simetri unsur-unsur seni bina.

Kedatangan Islam ke India telah menyebabkan munculnya satu budaya komposit natijah interaksi antara tamadun yang mencampuradukkan budaya Islam dan Hindu dalam sosio budaya masyarakat India terutama dalam bidang bahasa, sastera, perubatan, astronomi, seni halus, muzik, tarian, seni bina dan lukisan.

Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera, astronomi, matematik, perubatan dan lain-lain. Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya, tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India dan Istana Alhambra di Andalusia (kini Sepanyol).

Salah satu fokus utama dalam seni bina Islam adalah binaan Masjid kerana Masjid dan Tamadun Islam seakan-akan mempunyai satu ikatan yang sangat kuat. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah.

Selain binaan kubah yang tersergam indah, ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran merupakan satu lagi motif Islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun Islam yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al-Quran, biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.

Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu adalah hasil pengaruh tamadun Islam. Sebagai contoh untuk semua gambaran di atas, di sini disediakan bukti jelas akan indahnya seni bina yang diwariskan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang memerintah, kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalus bermula pada tahun 1238 hingga 1492M(635-897H). Pada zaman kerajaan ini, Andalus telah mencapai era kemuncak kegemilangan tamadun kesenian Islam.

Kedatangan Islam ke India telah menimbulkan kesan kepada Tamadun India. Antara kesannya adalah menyebabkan kemunculan satu budaya komposit natijah dari interaksi antara tamadun di mana unsur-unsur Islam dan Hindu telah diterima pakai oleh Muslim di India. Antara kesan lain terhadap tamadun India pula ialah kedan dari segi bahasa. Bahasa Urdu telah diperkenalkan. Mempunyai nahu Prakit dgn perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. Ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab.

Manakala dari segi senibina pula, seni bina Turki-Islam mempengaruhi seni bina zaman kesultanan Delhi, sementara senii bina Parsi-Islam pula mempengaruhi seni bina zaman Monghul. Kubah, menara, penggunaan mortar dan konkrit, bentuk geometri merupakan pengaruh Islam. Seni bina Islam berkembang pesat zaman Monghul. Kubah, menara, penggunaan mortar dan konkrit, bentuk geometri merupakan pengaruh Islam. Seni bina Islam berkembang pesat zaman Monghul. Taj Mahal hasil seni bina Indo-Parsi yang teragung dan menjadi salah satu benda ajaib dunia.

Berdasarkan daripada sejarah seni bina Islam dalam pembinaantaj Mahal di India, dapat disimpulkan bahawa pembinaan Taj Mahal adalah bertujuan untuk mengenang, Arjuman Bano Begum, atau lebih dikenal sebagai Mumtaz Mahal iaitu isteri kepada Maharaja Shah Jahan. Mumtaz Mahal merupakan isterinya yang ketiga. Taj Mahal mula dibina pada tahun 1632 dan pembinaannya telah selesai pada tahun1648.

Selain itu, Taj Mahal adalah contoh terbaik senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan Islam. Struktur ini juga merupakan sebuah kompleks bersepadu yang mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.

Setelah Shah Jahan menjadi Maharaja Dinasti Mughal pada tahun 1631. Shah Jahan sering berada di medan pertempuran demi memperluaskan tanah jajahannya, dan pada masa yang sama, isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka yang ke-14 iaitu Begum Gauhara. Shah Jahan, iaitu maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila Mumtaz Mahal meninggal dunia.

Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri dalam menonjolkan hasil seni binaannya, tidak hairanlah jika pernah suatu ketika tujuh keajaiban dunia adalah hasil daripada sumbangan Tamadun Islam. Monumen tersebut adalah Taj Mahal di India dan Al Quran telah menjadi hiasan utama Taj Mahal Huruf khat thuluth ialah seni huruf utama yang terdapat pada dinding-dinding Taj Mahal. Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah.

Selain binaan kubah yang tersergam indah, ukiran-ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran merupakan satu lagi motif Islam yang cuba diketengahkan oleh tamadun Islam yang berkembang sama ada di masjid atau pun di istana-istana. Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al-Quran, biasanya ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan itu adalah hasil pengaruh tamadun Islam.

Sekian.

No comments:

Post a comment